Bab 16

Romance Series 5917

Akhirnya sampai juga dia di depan rumah atuk dan neneknya dekat kampung...dah beberapa tahun dia tak jejak kaki di rumah itu.tiba-tiba hatinya dipagut rasa sedih yang amat..sebentar lagi dia akan jadi isteri orang..isteri kepada lelaki yang dia tak suka..lelaki yang paling dibenci.

Arghhh...macam mana la hidup dia kelak..


"Syiraaa..lama sungguh Mak Ngah tak nampak kamu.Ya Allah budak ni."

Jeritan Mak Ngah yang nyaring menghilangkan resah di hati..segera dia berlari anak menuju ke arah Makngah yang masih berbaju tidur..rindu sangat kat Mak Ngah,Ayah Ngah, Mak Long,AyahLong..Mak Ngah Asnah terus memeluk Anak buah dia.enam tahun tak balik kampung..rasa bangga jugak Mak Ngah Asnah bila nampak penampilan Syira yang jauh berbeza.


"Mak Ngah Apa khabar?Syira rindulah " meleleh juga air matanya ke pipi..Pipi Mak Ngah dikucupnya lama.


"Kenapa balik tak beritahu Mak Ngah."soal Mak Ngah sebaik saja pelukan terlerai.


"Saja..Nak Surprisekn Mak Ngah."

Mak Ngah Asnah tersenyum meleret mendengar jawapan syira. melihat wajah syiraa depan mata sudah cukup mengembirakan hatinya.


"Ni balik sorang je ke?yang lain tak ikut sekali.?Ni betul ke Makngah dengar kamu kemalangan..kenapa boleh kemalangan pulak syira..bawa motor laju lagi ke?"

Asyiera ketawa lepas..ni atuk la ni yang beritahu kat semua orang dia accident ..terharu jugak Asyiera bila semua orang risau pasal dirinya.


"Betul makngah,syira kemalangan 2 minggu lepas..tapi dah ok dah pun..kaki jer yang sakit sikit..tak payah risau ok.."Asyiera segera memeluk Makngah Asnah..


"Mak,adik-adik,atuk dan nenek balik petang nanti.Syira je balik awal sikit dengan abang Shafiq tadi.Tapi abang Shafiq singgah pekan kejap.nak beli barang sikit.."Makngah Asnah menganguk perlahan.


"Ayah ngah,Mak Long dan Ayah Long mana Makngah.. ?"Asyiera dan Makngah Asnah melangkah masuk ke dalam rumah..


"AyahNgah kerja,petang nanti balik lah..Mak Long dan Pak Long kamu dah pindah kat rumah sebelah..sayang tanah satu tu dibiarkan macam tu.tu yang Ayah Long kamu buat rumah kat situ tu.."

Asyiera menganguk perlahan.patut la sunyi rumah ni.diperhatikan keadaan rumah yang masih nampak sama seperti enam tahun lepas.rindunya nak beraya kat sini..


"Itu je??Dira?tak nak tanya khabar Dira?"duga Mak Ngah Asnah.Dia tahu persengkataan dua sepupu tu..dia kenal anaknya macam mana..Asyiera kembali menoleh kearahnya..wajah Asyiera tenang.


"Makngah minta maaf bagi pihak dira..Makngah pun tak tahu nak buat apa lagi dengan dira tu..dari kecil sampai sekarang tak pernah dengar cakap Makngah.Makngah tahu syira tak balik sini pun sebab anak Makngah kan..maafkan dira ye sayang.."

Asyiera hanya mengangguk perlahan..sebenarnya dah lama dia maafkan Adira cuma hendak bersemuka dan jumpa dengan sepupu dia tu perlukan masa..dia masih terasa dengan setiap butir bicara Adira 6 tahun lalu.

"Dah lah Makngah.,usah dikenang benda dah lepas..Syira dah maafkan Adira dah pun..Syira balik ni pun sebab Syira nak puasa kat sini,dah lama kita tak iftar dan terawih sama-sama.Syira rindu semua tu Makngah.."

Ya betul,dia memang rindu nak jalani kehidupan di kampung..seminggu je lagi dah nak masuk bulan Ramadhan.dan Asyiera nak habiskan bulan ramadhan dan syawal tahun ni di kampung..lagi satu sebab dia balik kampung adalah atuk dia nak dia kahwin dengan Farid selepas raya Ni!!.arrrghhh.

Makngah Asnah meminta diri sebentar.badan dah melekit sangat sebab belum mandi..Asyiera mengambil keputusan untuk berehat..perjalanan jauh dari KL ke Kuala Dungun sangat memenatkan.dia melangkah ke bilik lama Maklong,buat sementara ni,dia akan tinggal di bilik itu..bilik lamanya sudah diambil alih oleh Adira..dan gara-gara perebutan bilik itulah bermulanya pergaduhan Adira dan Asyiera suatu ketika dulu.

"Hoii,ingat dah lupa asal usul tinggal kat bandar tu.buat apa kau balik sini?."

Teguran Adira menghentikan langkah Asyiera..badannya dikalih menghadap Adira yang muncul dari dapur..Memang dia dah jangka sepupunya tu belom berubah.masih suka terjerit-jerit macam dulu..ishh buat sakit hati tul.


"Hishh kau ni dira,aku baru balik kan.tak perlu jerit macam tu sekali,tak hormat tetamu la kau ni..apa punya manusia pun aku tak tahu.." Perli Asyiera..suara diperlahankan sehalus mungkin..biar Adira tahu yang Asyiera Adhreena depan dia ni dah berubah 100%...bukan minah tomboy yang selalu dihina dan dimaki seperti 6 tahun lalu.

wajah Adira berubah...matanya tak berkelip melihat perubahan gadis itu depan mata..hatinya tiba-tiba sakit melihat kedatangan Asyiera di kampung itu semula.


"Kau buat apa kat sini?dah lama tak balik,tiba-tiba balik pulak hari ni.."Adira masih tak puas hati.

"Sebab aku dah lama sangat tak balik la aku terpacak kat sini sekarang ni..lagipun ni rumah atuk aku jugak.so,aku ada hak sama macam kau nak tinggal atau tak kat rumah ni."tukas Asyiera sambil tersengih.


"ooo ye ke?Baru teringat family kat kampung?selama ni kenapa tak balik?lupa diri ye tinggal kat bandar?" perli Adira..

Asyiera ketap bibir.

"Kalau aku lupa diri,aku dah tak pijak kaki kat kampung ni lagi tau,aku balik sebab atuk yang panggil.dia rindukan aku.so now,aku kat sini,depan mata kau."

Adira yang memandangnya sinis mula berubah wajah.


"Asal kau tahu,atuk tak rindu kau pun..atuk panggil kau balik sebab dia malu.ada cucu berpelajaran tinggi macam kau pun tak guna..kerja jual bunga jer kat bandar.lain la macam aku,sekolah tak habis pun dapat kerja dalam office." Dia bercekak pinggang di hadapan Asyiera..Siapa tak bangga dapat kerja bagus dan kedudukan yang selesa di Kuala Dungun ni..Secretary syarikat besar..ramai yang cemburu dengannya..dan dia pasti sepupunya itu pun cemburu dia dapat kerja lebih bagus di kampung ni.

Asyiera hanya mampu tersenyum nipis..malas nak begaduh macam budak kecik.lagipun dia penat sangat.dia perlu berehat.


"Suka hati kau la dira..kau kata la apa pun, aku tak kisah..ye memang aku kerja jual bunga je kat bandar tu.tapi aku happy.tak susahkan sesiapa okay.Dah la,daripada layan kau kat sini,lebih baik aku masuk bilik..mengantuk aku tengok muka kau!"

Asyiera mempercepatakan langkah menuju bilik Mak long yang bersebelahan dapur.namun sesaat dia menoleh semula ke arah Adira yang masih terpaku disitu.

"Btw,for Your information,aku bakal berkahwin dengan Farid.buah hati kau tu..so,aku harap kau redha kan je lah kekasih kau tu kahwin dengan aku k.and thanks sebab sebelum ni kau tolong jaga jodoh aku dengan baik.Arigato gozaimass."

Asyiera tersenyum nipis melihat wajah kaku Adira.nampak sangat sepupunya tu tengah menahan marah.


"Apa kau merepek ni!! tak payah perasan sangat laa..kau ingat Farid nak kahwin dengan kau ke?kat bandar tu takde cermin ye?kau nak aku belikan?kau sedar tak kau tak layak untuk dia.Apasal pulak kau nak kahwin dengan Farid ???!!!".

Adira hampir hilang kawalan..dia tak habis fikir.Sudah la dia masih terkejut dengan kepulangan Asyiera yang mendadak dan kini ditambah pulak berita Asyiera bakal berkahwin dengan Farid.Lelaki pujaannya..Memang tak masuk akal.baru semalam dia jumpa dengan Farid dan Farid tak cakap apa-apa pun..ke perempuan ni berangan?


"Good Question.aku harap kau boleh tanya benda ni balik kat atuk..sebab atuk tak dengar cakap aku..kau berdoa la banyak-banyak supaya atuk dengar cakap kau..kau kan pandai bodek orang.harap-harap mulut kau masin.."

Asyiera lantas mninggalkan Adira yang masih terpaku,terkaku macam batu depan pintu dapur.'pandai pulak mulut tu diam..'

Pagi tu Asyiera tidur nyenyak sampai petang..sedar dari tidur, atuk dan ahli keluarga dia yang lain dah ada kat kampung.riuh satu rumah bila mereka berkumpul macam ni.Hanya Adira sahaja yang tak suka bergaul dengan orang.dia lebih suka memerap dalam bilik baca novel.Tapi Asyiera tak peduli.lantak lah dia,janji tak kacau hidup dia sudah!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience