Ayat pertama yang muncul di kepala Asyiera adalah 'wow'.Melihat Syarikat Ayah mertuanya yang besar dan luas membuat dia menyesal minta kerja di Syarikat tu.Encik Zahid kata jawatan yang dipegangnya nanti ialah sebagai Assistant kawalan kualiti Makanan.Dengar macam tak susah je jawatan tu..dilirik bangunan Syarikat Gemilang sdn bhd dengan hati yang bercampur baur.Dia gembira tapi pada masa yang sama dia sangat gementar.
"Nervous?"Encik Zahid menoleh ke arah Asyiera Adhreena..wajah menantunya pucat.
" sikit ..Ayah tak cakap pun syarikat Ayah ni besar.." telan air liur dibuatnya bila melihat bangunan gah di tengah-tengah bandar ni..
"Tak besar mana tapi Alhamdulilahh.Ni lah tempat Ayah cari makan untuk besarkan Farid.Kenapa Syira?menyesal ke ikut Ayah kerja sini?"
"Eyh takde lah yah..Syira ok je..lagipun ni lah peluang Syira tambah pengalaman..betul tak yah?"
Asyiera melemparkan senyuman manis.Mula-mula kerja biasalah takut kan.,tapi Asyiera tahu esuk lusa dia akan dapat menyesuaikan diri.lagipun Encik Zahid kan ada .mustahil lah dia akan dapat masalah..
Asyiera mengikuti langkah Ayah mertuanya ke ruang pejabat.beberapa pekerja menoleh ke arah mereka.
"Selamat pagi semua.seperti yang kamu semua sedia maklum ini Asyiera Adhreena,menantu Saya.mulai dari hari ini,dia akan kerja bersama kita sebagai Pembantu pengawalan kualiti makanan..dia akan bantu Encik Yusri dan Puan Rozita di bahagian penjualan dan pemasaran.so,saya harap kamu semua dapat beri tunjuk ajar pada dia."Terang Encik Zahid.Dia ingin menambah namun melihat jam di dinding yang menghampiri pukul 8.30..Encik Zahid membatalkan niat.ada kerja yang mesti disiapkan sebelum tengah hari nanti.
"Ayah tinggal dulu syira.kejap lagi Ayah ada meeting.Asyiera ok kan. don't worry, Encik Yusri dan Puan Rozita akan bantu Syira..Wahida pun ada.kalo ada apa-apa hal call Ayah ok ."Encik Zahid segera memandang Secretary yang bernama Wahida.
"Wida,Tunjukkan meja Asyiera dan Saya nak awak bantu dia dan jangan sesekali tinggalkan dia sorang-sorang ok. Appointment Saya untuk hari ini awak tolong cancel..Saya nak keluar,ada meeting dengan Encik Razak." kelihatan wanita yang bernama Wahida itu mengangguk kecil.
Selesai memberi arahan,Encik Zahid lantas meninggalkan Asyiera Adhreena terrkulat-kulat sendirian.dipandang sekilas wajah-wajah dihadapannya sebelum menelan air liur.gulp..seriau!
"Asyiera ingat lagi tak kat akak?Tiba-tiba wanita yang bernama Wahida itu menegurnya..Macam mana dia nak kenal wanita tu sedangkan inilah kali pertama dia menjejaki kaki ke Syarikat tu..kepalanya digelengkan.
"Maaf kak, Syira tak ingat"ujar Asyiera Adhreena.wanita itu tersenyum.
" Dah enam tahun Syira tak balik kampung ni .mana lah nak ingat akak lagi...Syira tak ingat ke kawan baik Reha.sepupu Syira..ala,yang selalu main ke rumah Syira.?ingat tak?"beberapa pekerja sudah kembali ke tempat masing-masing kecuali Wahida dan Yusri Hayder.Lelaki muda yang sedari tadi merenung Asyiera..naik menyampah pulak Asyiera tengok..cuak melihat lelaki tersebut seperti Harimau melihat mangsa..
"Ingat-ingat lupa.,lagipun 6 tahun ni banyak benda berlaku kak Wida.saya dah tak ingat"Senyuman manis tersunging di bibir Asyiera Adhreena..Sejujurnya dia mulai ingat siapa Wida sebenar..Kawan baik kaq Reha..selalu jugak lepak sama-sama dekat sungai suatu masa dulu.
"Btw,sebelum akak lupa..ni Yusri Hayder..Ketua Penjualan dan pemasaran Syarikat kita..Asyiera akan bekerja di bawah pengurusan beliau dan Pn Rozita."
Yusri Hayder tersenyum lantas menghulur tangan..Namun huluran tangan tidak disambut.
Asyiera mengalihkan Pandangan dari memandang wajah Lelaki tersebut. Dia isteri orang,dia takkan sesekali biarkan ada ruang diantara dia dengan lelaki lain selain Farid..Sebenci-benci Asyiera Adhreena dekat Farid,Farid tetap Suaminya.. syurganya di bawah kaki suami..dia takkan biarkan maruah sebagai isteri Farid tercalar sedikit pun..Yusri Hayder ketap bibir.nampak gayanya gadis Manis depan Matanya ni bukan lah gadis yang senang didekati..tapi takpe,lambat laun gadis tu akan biasa dengan dia..lagipun dia berada di bawah pengurusan Yusri Hayder.senang lah dia nak rapatkan diri nanti.
bisik hati Yusri.dia berkira-kira sendiri.
Asyiera lantas bergerak mengikut Wahida ke meja yang disediakan..meja Asyiera betul-betul sebelah meja Yusri Hayder..Asyiera mengeluh perlahan.
"Syira,kalau nak apa-apa atau nak tanya apa-apa..syira boleh tanya Saya." Ujar Yusri..Masih mencuba untuk rapat dengan gadis tu..tapi Asyiera hnya tersenyum kelat.
" Nanti kalau awak nak pergi kilang,saya boleh tumpangkan awak.kita pergi kilang sama-sama."
Senyuman lelaki itu menakutkan Asyiera.mahu tak mahu terpaksa lah dia menolak.
"Takpe Encik Yusri,saya ada kereta sendiri..ermm, kalau tak pun,Saya tumpang kereta Pn Rozita...terima kasih ya.." Asyiera lantas menjauh bergerak mencari Wahida..terasa tak Selamat duduk berdua dengan lelaki tu..Nasib dia lah..siapa suruh nak sangat ikut Encik Zahid kerja..hmm
* * * * *
Hari pertama bekerja dalam sebuah syarikat perindustrian sangat memenatkan Asyiera. rasa menyesal mula menghantuinya.tapi apakan daya nasi dah jadi bubur..tak guna dia menyerah sekarang.
Hari ni jadual dia sangat mudah..pergi kilang, berkenalan dengan semua pekerja..kenal semua product,berkenalan dengan garam,tepung,gula dan mesin-mesin.dia kena biasakan diri dengan suasana kilang .Mujurlah Pn Rozita sangat baik dan sangat membantu.buat masa sekarang Skop kerjanya hanyalah jaga kebersihan makanan.Dan selepas mengikuti kursus bulan May nanti baru dia boleh urus bahagian kawalan Quality dan keselamatan.dia kena belajar dengan serious dan sepenuh hati.Dia tak nak menghampakan Encik Zahid dan Farid.Dia mesti buktikan dia mampu buat kerja lain selain jual bunga..Asyiera balik semula ke office bila jam menghampiri pukul 12.00 tengahhari. Dari jauh dia dah nampak Yusri Hayder duduk di mejanya.keluhan Berat dilepaskan.
" Syira, dari tadi saya tunggu awak.jom lunch"
"Maaf Encik Yusri,buat masa ni,saya tak lapar lagi." Asyiera segera duduk di mejanya dan berpura-pura busy..dia harap sangat lelaki tu pergi..
" sekarang waktu rehat . semua kena makan. takkan awak nak biar perut awak kosong..jomlah.saya belanja makan harini ." Desak Yusri Hayder .Dia berharap sangat Asyiera tak menolak ajakannya .
"Saya tak lapar..Encik Yusri pergilah makan. saya.Ermm" dalam kekalutan,hp Asyiera berbunyi nyaring..Tertera nama Hadi di atas layar.
" Maaf Encik Yusri,,Husband saya call.jadi saya memang tak boleh ikut Encik lunch..maaf.." Dalih Asyiera.segera dia beredar dan menyelinap masuk dalam toilet..Nasibnya baik dapat lari dari lelaki tu. Alhamdulilah.Nasib kau lah Hadi aku tuduh jadi husband aku hari ni.huhuhu
" Assalamualaikum Syira,.kau apa khabar?"
" Waalaikumsalam , Ya Allah Alhamdulilahh Nasib baik kau call aku..tq tau di.."
" Kenapa?kau rindu aku ke?"kedengaran suara ketawa Hadi dihujung sana.
" Rindulah jugak.lama tak dengar cerita kau..kenapa kau call aku ni?"
"Aku nak tanya bila kau balik kl..Kau tak rindu ke kat kedai kau tu..pelanggan kita makin ramai tau syira..aku tak dapat handle la..aku nak kau balik jugak ke sini..kau tak rindu Adhreena's Florist ke?"
Asyiera mengeluh perlahan..dia rindu,dia rindu Adhreena's florist..dia rindu bunga peony,dia rindu taman bunga Puan Nora..tapi apakan daya..dia sudah terlanjur bekerja di syarikat Encik Zahid..dia terpaksa belajar untuk menguruskan syarikat makanan dah lepas ni.
" Di,Aku minta maaf,aku tak boleh balik buat masa ni ..aku dah ada kerja kat sini..baru start kerja ..macam mana nak balik kl?"
"What?? kau kerja apa pulak kat situ.kau lupa ke kau tu ada Adhreena's florist Kat kl ni.."
Asyiera garu kepala yang tidak gatal..terpaksa lah dia cerita semuanya pada Hadi.termasuk perihal pekerja yang bernama Yusri Hayder tu..
" kau hati-hati syira,Aku dengar pun seram..aku takut lelaki tu psycho.habis kau nanti."
" Itu yang buat aku stress ni di..aku takut aku tak dapat bertahan kerja kat sini."
Asyiera menarik nafas perlahan..apa apapun dia kena bertenang..lagipun ini syarikat Ayah mertuanya. Asyiera pasti Yusri Hayder tak akan berani buat benda yang melampau batas.
"Habis tu, Kalo kau dah kerja dekat syarikat tu.Adhreena's florist macam mana?kau nak tutup?"
Tanya Hadi.
"Takkan lah aku nak tutup..kau kan ada..aku yakin kau boleh handle semuanya..erhmm pasal pelanggan banyak tu,aku nak kau buat interview ambil 2 pekerja lagi.Resume mereka sent kat aku nanti. Dan aku nak kau naikkan gaji pekerja kita yang lama dan tambah beberapa supplier lagi untuk kekalkan stock. boleh tak?"
"Ok boleh..nanti aku uruskan..buat masa ni memang ada yang nak kerja kat sini..budak lepasan graduate.tapi aku nak minta kebenaran kau ambik pekerja lelaki..untuk memudahkan penghantaran dari rumah ke rumah.ok kan syira?"
"ok jugak tu..ermm apa-apa pun aku ikut je..aku memang boleh harapkan kau.kau urus lah apa yang baik untuk Adhreena's florist.Aku memang tak dpat balik buat masa sekarang.aku nak yakinkan Farid aku boleh urus benda lain selain dari bunga."
Hadi di hujung Telefon sudah tersenyum simpul..dia tahu Asyiera jenis tak suka buat apa-apa untuk orang lain.pasti kawannya itu dah betul-betul cintakan suaminya.kalau tak masakan dia beria -ia buktikan pada Farid.
"So,bagaimana?Dah jatuh cinta dekat suami sendiri ke?" usik Hadi.dia tahu Asyiera tengah blushing teruk sekarang.
Asyiera terdiam lama.mengira-ngira perasaan sebenar.
" Entah lah di..aku tak tahu apa perasaan aku yang sebenar.kalau aku cintakan dia pun dia takkan pernah balas balik ." suara Asyiera sedikit serak.. Hadi tahu Asyiera menangis.
"Syira,aku minta maaf kalau buat kau sedih"
"kau tak salah pun...tak perlu minta maaf la."
Asyiera ketawa perlahan.bukan salah sesiapa..dia yang salah sebab jatuh cinta dekat lelaki yang dimusuhinya sejak kecik lagi.memang patut Farid tak membalas cintanya.
"Jadi kau dah lupakan Doktor Adam la ni maksudnya ?"Tanya Hadi..dia tahu Doktor Adam Masih menyimpan perasaan pada Asyiera..
"Sejujurnya perasaan aku dekat Doktor Adam tu dah hilang.betul-betul hilang lepas aku nikah dengan Farid .Aku dah takde feeling apa-apa lagi dekat dia."
Ya Asyiera akui dia memang sukakan Doktor Adam..tapi bila dia nikah.itu bermakna dia sudah tiada hak untuk sesiapa lagi selain dari Farid .tak kisah lah Farid benci dan tak suka dia..dia tetap akan Setia pada Farid.Sebagai kawan.dia hanya mampu mendoakan Asyiera tak kira siapa pun yang dia cintai..
Share this novel