Bab 4

Romance Series 5917

Buka-buka mata saja,Asyiera terpandang wajah seorang lelaki berkot putih tersenyum manis kearahnya...hensomnya..dia kat kayangan ke ni?atau dia sedang bermimpi.tak habis-habis hatinya memuji lelaki tersebut..kulit putih cerah.ada kumis dan jambang sikit.'aduhaii senyumannya sikit punya manis daaa.'

"terpegun; dengan kekacakkan saya yer.. "

Erkk,dia tak bermimpi rupanya..Asyiera segera melarikan pandangan ke tempat lain.Malu yang amat.diperhatikan bilik yang nampak pelik.dikanannya terdapat sebuah screen monitar dan dikiri terdapat tiang yang menempatkan beg darah yang bersambung dengan tangan kirinya..dia mula kenal pasti dia berada di mana sebenarnya.tambahan lagi ada dua jururawat turut berada disitu

"Kenapa saya boleh ada dekat sini?"lelaki berkot putih tadi dilihat sedang menulis sesuatu diatas planner.rasanya dia ni doctor.dilehernya ada stetoskop..lelaki itu tersenyum manis ke arahnya..

"awak tak ingat?? awak vroooommmmm,kelepok,keceper,pon pon pon belanggar dengan motokar..."siap dengan acting lagi tu .hampehh!

Asyiera dah lipat maut.,sempat pulak bergurau doktor ni.tu scene pak mat tempe tu rasanya kan..jap! apa? dia accident??..biar betul!dilihat kaki yang berbalut.arghh,baru terasa kakinya sakit..dipandang doktor hensome tu dengan dahi yang berkerut..

"kaki saya kenapa doktor?patah ke?kenapa tak dapat gerak ni."Asyiera mula menangis..tak kan lah dia kena hidup tanpa kaki mulai saat ni..tak mungkin!

"Relax okay,,kaki awak cuma tergilis kereta sikit jer..tak hancur dan tak putus.dah tak payah nangis..saya dah suntik.awak tak akan rasa sakit."

Asyiera ternganga..kakinya tergilis kereta? Ya Allah,macam mana boleh berlaku ni?dia cuba mengingati apa yang berlaku.

masa nak masuk simpang depan kedainya tadi,dia dapat panggilan dari Hadi,oleh kerana memikirkan hal kerja yang mustahak..dia jawab jugak panggilan tu,namun malang tak berbau bila ada proton saga melintas laju depan matanya ..dia tak sempat tekan brek...dan dalam sekelip mata saja dia rasa badan dia melayang tinggi di udara dan masa tu lah dia tak sedar apa yang berlaku. tahu-tahu sudah terbaring dalam wad ni dengan doktor hensome.

"Ni telefon awak,tadi kawan awak kol dan saya dah memaklumkan keadaan awak dan saya jugak dah suruh dia maklumkan keluarga awak yang awak dirawat di hospital ni.."

Asyiera rasa nyawanya direntap kuat.mamposs! kalau abah dapat tahu dia accident,confirm abah tak bagi dia bawa motor lagi lepas ni..Air mata kembali mengalir di pipi..lupa seketika pada doktor yang setia merenungnya.

"Bawa bertenang,kaki awak akan sembuh,saya akan buat sehabis baik untuk awak pulih seperti biasa..jangan risau k"pujuk doktor muda tu..dalam keaadaan macam ni,pesakit akan mudah tertekan dan tidak dapat mengawal diri..dia dah lalui pelbagai ragam pesakit bila pesakit dapat tahu kaki dah hilang,atau kaki dah patah dan macam-macam perkara lagi.dia nak gadis di depannya bertenang..

"Doctor,motor saya macam mana?motor saya tak rosak kan doktor?motor saya masih elok kan?" pertanyaan Asyiera membuatkan lelaki itu terkejut..dah kaki berbalut macam ni pun gadis ni masih ingat kat motor dia..tak sayang nyawa ke apa dia ni?

"Err tadi pihak ambulance cakap.,motor awak dah hancur kat tempat kejadian..maaf tak beritahu lebih awal.."
Asyiera rasa semangatnya mati.motor kesayangannya dh tiada.perlahan-lahan dia tutup mata.dia nak melapangkan fikiran.ketukan di pintu buat dia tersedar kembali..tersembul wajah Abah dan mak..dibelakang mereka diikuti oleh Along,Ariff,Aqeef dan Hadi dengan muka cemberutnya..Asyiera telan air liur..pahit!

"Assalamualaikum Doktor,saya Ayah Asyiera Amir dan ni mak Asyiera."Encik Amir mengenalkan diri.

"Saya Adam.Doktor Adam."
huluran tangan disambut mesra.dia mempersilakan mereka duduk.

"Macam mana dengan anak saya doktor?"tanya puan Nora.belas melihat wajah pucat anak perempuan tunggalnya dengan kaki yang berbalut tergantung kemas depan mata.


"Makcik tak perlu bimbang..anak Makcik selamat.dia cuma cedera ringan dan alhamdulilah dia ok..cuma ,saya nak memaklumkan pada makcik dan pakcik,yang kaki dia tak dapat digerakkan buat sementara waktu." doktor muda itu memandang Asyiera tak berkelip..timbul rasa kesihan pada gadis tu.


"Kenapa doktor?kenapa kaki anak saya?"Suara garau abah kedengaran sedikit kuat.Asyiera tutup mata.pandangan tajam abah buat dia gentar..apalagi melihat riak wajah Along dan Hadi yang mencuka dari tadi..Wajah Mak je yang nampak sedih dan nampak bekas air mata di pipi Puan Nora..

"kaki dia cedera , digilis kereta sewaktu accident tu tapi tak teruk sangat., tadi saya dah suntik dan dia akan okay.buat masa ni,kita tengok macam mana,kalau tak de perubahan kita terpaksa buat operation." Usik doktor Adam..sengaja hendak menakutkan Asyiera..

Asyiera segera memandang wajah Doktor Adam.mata mereka berlaga..tadi doktor tu tak cakap pun kakinya nak dipotong..dia cakap kaki dia akan ok..kejam sungguh.!mata Asyiera dah kembali berkaca.dipandang Puan Nora minta belas kasihan.

"See,Angah dengar tak doktor Adam cakap apa?kenapa tak pernah dengar cakap abah..sekarang tengok siapa yang susah.Abah dah banyak kali pesan jangan pakai motorsikal tu lagi.tapi angah degil..sekarang tengok siapa yang terbaring dekat sini.?"

Encik Amir dah menghambur kemarahan pada Asyiera,dia hanya ada seorang anak perempuan..dia tak nak Asyiera dapat apa-apa masalah..betul la ada pepatah melayu kata jaga lembu sekandang lebih senang daripada jaga seorang anak perempuan..walaupun maksud peribahasa tu lebih kepada maksud anak gadis yang liar,tapi ea tetap boleh digunakan dalam situasi macam ni.nak dikurung dalam rumah tak boleh..dibiarkan bebas keluar macam ni lah jadinya..dah tahu motor tu selalu eksiden pun masih jugak nak bawa.


"maaf bah..angah bukan nak langgar cakap abah.tapi tadi tu bukan salah angah,ada kereta laju depan angah dan angah tak sempat tekan brek..im sorry abah"

wajah Asyiera semakin pucat.kecut perut lihat wajah abah yang marah..


"Betul tu pakcik,ada saksi nampak kereta saga meluncur laju dan menyebabkan kemalangan itu terjadi..menang bukan salah anak pakcik.Dan untuk pengetahuan pakcik,lelaki yang bawa kereta tu dah meninggal dunia di tempat kejadian." Sampuk Doktor Adam .tak sampai hati melihat wajah sugul gadis tu kena marah dengan Ayahnya.Asyiera mengucap syukur dalam hati..gembira sebab doktor back up dia..dah la hensome,baik hati pulak tu..alahai ,anak teruna siapa la ni agaknya..


"ok,kali ni abah maafkan angah.tapi lepas ni angah tak boleh bawa motor lagi..kemana-mana angah pakai forcuner angah tu atau Land Cruiser abah.dan mulai saat ni,angah jangan melawan cakap abah lagi.promise?"

'memang tak boleh bawa motor lagi dah bah.dah hancur dah pun' guman Asyiera.namun hanya berani diluahkan dalam hati..karang diluahkan betul-betul karang kena tengking pulak..

"promise." katanya sepatah..

"Along bila balik?kaq ija dan budaq-budaq tak ikut sekali ke long?"Asyiera sengaja tukar topik..Dia tak nak keruhkan keadaan..sementara doktor Adam dan dua orang jururawat tadi meminta diri untuk keluar,memberi ruang kepada Asyiera bersama keluarga.

"Sebenarnya along balik bulan depan.tapi bila Hadi kol along bagitahu keaadaan angah.along terus minta cuti.kaq ija kamu pun cuti mengejut.ada kat rumah tu.nia dan mia tengah tidur..takde siapa jaga.."tutur along lembut..

Asyiera rasa bersalah..kesian along..terpaksa cuti awal semata-mata nak jenguk dia di hospital.ni bermakna cuti raya nanti along tak de cuti lagi lah kan.ini Hadi punya pasal la ni..dia pergi report kat along dan abah buat apa?

"sorry long,along terpaksa cuti awal disebabkan angah.."Asyiera mahu berdiri untuk memeluk along..namun pergerakkannya terhenti bila Puan Nora menyuruhnya berbaring semula..along yang datang menghampirinya dan memeluk erat bahunya..Asyiera betul-betul rasa bersalah..


"Don't worry,along cuti 2 hari jer ni..Raya nanti along tetap balik..lagipun lama tak balik kampung..sekarang angah berehat betul-betul ok.nampak gayanya angah kena stay lama la kat hospital ni ..kasian yerr dia.."usik along.


"Alhamdulilahh,angah tak dapat larang kita main game lagi riff..angah tingal kat sini mulai sekarang.hahaha.."gembira betul Aqeef ..siap High five lagi dengan Ariff..ish.kurang asam!


"Tunggu la korang dua.,kaki angah baik nanti,angah buang telefon korang kat semak.baru padan muka.."


"Kau kena dengar cakap doktor syira,baru cepat keluar.tapi aku tahu kau jenis liat nak telan ubat.so,lama lagi lah kau kat sini.."perli Hadi.

Ni lagi sorang,asyik nak makan dia saja..nak telan orang...tak habis-habis perli..


"Ye Encik Hadi Bakhtiar..nanti aku telan semua ubat kat hospital ni k..biar aku cepat sembuh dan aku dapat hempuk kau lepas ni."


"Eeleh,kaki dah tergantung macam ni pun nak hempuk aku lagi.kau perempuan ok..bukan spesis tu kan.ada hati nak hempuk aku.."
tak habis-habis dia memperli Asyiera..dia dah cakap banyak kali jangan bawa laju .tapi mana kawan dia ni dengar..sekarang dah tiga kali terbongkang kat sini.padan muka..cari nahas lagi..


"Abah,Mak tengok hadi ni,tak habis-habis perli angah..:"Adu Asyiera.geram sangat dengan hadi.bukannye kesian tengok dia terbaring sakit macam ni..

Encik Amir mengeleng kepala..dia tahu betul persahabatan anaknya dan hadi macam mna..sekasar-kasar hadi,hadi tetap setia jadi kawan Asyiera sejak university lagi..dan Encik Amir gembira Asyiera berkawan dengan hadi.sekurang-kurangnya ada yang boleh jaga Asyiera bila dia dah masuk kem nanti.


"Sudah-sudah lah korang ni pun..macam anjing dan kucing.abah kawinkan karang baru padan muka dua-dua..dah.angah,kamu kena dengar cakap doktor..jangan buang ubat kamu pulak..abah nak tunggu kamu kat sini tapi abah kena masuk kem pagi esuk sebelum subuh.so,biar mak kamu je lah yang temankan ye..dah pukul 1 dah ni.angah kena banyak rest ok..."

Puan Nora mengangguk..tak sampai hati tinggalkan Asyiera sorang-sorang kat sini..


"Eyh,tak pe la aunty,uncle..saya ada..saya boleh jaga Syira..lagipun uncle baru balik takkan aunty tinggalkan uncle pulak kan.tak pe..saya boleh tolong tengok kan c syira ni..saya akan paksa dia makan ubat.uncle jangan risau k."

Asyiera mengganguk laju...biar hadi jer teman dia..abah baru balik dari kem,takkan mak nak tingalkan abah sorang pulak kan kat rumah.walaupun ada along.dia tetap risau..apalagi ada si kembar berdua tu..lagi tak boleh harap..Asyiera tak nak susahkan keluarga dia..susahkan Hadi takpe.Hadi yang punya angkara...sebab hadi lah dia ada kat sini..hampeh punya kawan!

Doktor Adam datang semula dan memaklumkan masa melawat sudah tamat..Dr. Adam menghantar keluarga Asyiera balik..tersenyum manis Asyiera melihat doktor yang hensome tu depan mata..tinggal bulan-bulan kat sini pun tak pe.yang penting boleh tengok doktor tu hari-hari..hahahah.selepas bersalam dengan semua ahli keluarga,Asyiera menghantar keluarganya balik dengan sorotan mata...


"Doktor,nak tanya sikit boleh..?"tiba-tiba hadi menegur Dr. Adam yang baru masuk ke bilik wad yang menempatkan Asyiera.Dr Adam yang sibuk merekod menoleh sebentar ke arah Hadi.


"Tanya lah.."acuh tak acuh je doktor Adam menjawab.pelik betul Asyiera..tadi bukan main baik,cakap pun lemah lembut..sekarang bila Abah dah balik. terus keluar gigi taring..ishh...buang tabiat ke apa doktor ni.


"Doktor ni baru kerja kat sini ke?tak pernah nampak pun..selalu doktor saiful yang rawat Asyiera..dah 2 kali si Asyiera ni eksiden.tak pernah jumpa pun Dr.Adam..Dr.saiful pergi mana?dan satu lagi..kenapa saya rasa macam pernah jumpa doktor sebelum ni..?kita saling kenal ke?"Hadi dah berpeluk tubuh menghadap Doktor Adam..wajahnya masam.

Adam membalas pandangan Hadi.rasa terbakar jer tengok budak Hadi ni..banyak betul songehnya.pandangan Adam beralih pada Asyiera yang turut merenungnya. Ahh,mata tu..
mata yang dulu pernah buat dia tak tidur malam.

"Dr.saiful dihantar bertugas di pendalaman kat Pahang sana..dan saya ganti doktor Saiful di hospital ni..ada masalah ke?"buku rekod ditangan di tutup dan tangannya di simpan dalam poket coat putih yang tersarung kemas di tubuhnya.

Hadi angkat bahu..mulutnya dijuihkan sedikit.kenapa dia rasa tak puas hati saja Doktor Adam ni ganti Doktor Saiful...rasa tak selamat pulak si Asyiera ni dirawat di hospital ni..

"kita pernah jumpa ke sebelum ni ?"sekali lagi Hadi tanya soalan yang berlegar-legar di kepalanya sejak tadi.Giliran Doktor Adam pulak yang angkat bahu dan mulut menjuih...terpaku Asyiera memandang kedua-dua jejaka depan mata..bunyi macam orang bergaduh je ni.dorang ni tak perasan ke ada awek cantik terbaring kat atas katil ni..Huh!.beberapa minit kemudian,pandangan Adam terarah ke arah Asyiera..Asyiera terkedu.


"Awak berehat la,jangan risau..buat masa ni kaki awak akan ok..saya nak balik dulu..kalau ada apa-apa atau perlukan bantuan apa-apa.tekan button ni dan nurse yang bertugas akan datang kesini ok..kalau nak minum suruh (muncungkan mulut ke arah Hadi yang dari tadi merenungnya) ambilkan..esuk saya datang lagi dan periksa keadaan awak." Arah Doktor Adam kepada Asyiera..Asyiera tersenyum manis memandang Doktor Adam hingga hilang dari pandangan.rasa tak sabar pulak nak tunggu bulan bertukar tempat dengan matahari...tak sabar nak jumpa doktor tu semula.


"Kurang asam betul doktor tu..dia ingat dia siapa.tak lah hensome sangat..harap baju coat putih tu je..kalau pakai baju macm aku ni.,aku rasa aku lagi hensom la.."bebel Hadi..Asyiera tersedar dan terus menoleh ke arah Hadi.


"Kau kenapa?apa yang kau tak puas hati dengan doktor adam tu?pelik lah kau ni."

Hadi menjeling Asyiera..sakit betul hati ni.


"Kau tak nampak dia layan aku macam apa?dengan kau bukan main lembut lagi..dengan aku.?acuh tak acuh beb..aku rasa aku kenal la doktor tu"beritahu Hadi..wajah dan namanya mengingati Hadi tentang seseorang..tapi dia lupa siapa.


"Kau semua orang kau nak marah..cuba bawa relax..banyak benda lagi yang patut kita pikir..contohnya pasal Puan Halimah..apa aku nak buat ni..aku tak dapat jalan ni."

"tu lah kau,yang kau tak dengar cakap aku sapa suruh...kan dah kena bala..ikutkan hati aku memang aku nak beli kain kafan betul-betul untuk kau..biar kau taubat lepas ni..nasib baik kaki kau je yang patah riuk..kalau kepala yang digilis tadi..hilang wajah kau yang cantik tu tau tak..tak makan saman betul la kau ni"marah Hadi,Asyiera mengetatkan muka..ada saja salahnya dimata hadi ni..pelik betul dia.

"Apakau kata tadi,aku cantik?wahahaa,first tyme aku dengar Hadi bakthiar puji aku cantik.hahahahha...makasih di." Asyiera dah bantai gelak..selama ni tak pernah sekali pun Hadi puji dia..selalu main kutuk jer.tapi biasalah lelaki..mana nak pandai ambik hati.ego tinggi melangit..


"Perasan,mana ada aku cakap muka kau cantik..aku kata,karang hilang muka itik kau tu..katik"Hadi buang pandang ke telefon bimbit di tangan..matanya dilarikan dari wajah Asyiera.


"Eleh,tak payah lah pura-pura..kalau nak puji tu..puji jer lah..tak payah selindung bagai.." hilang mengantuk melayan Si Hadi ni...ada saja ragamnya..


"tak kuasa aku,..dah lah lupakan..berbalik dengan masalah Puan Halimah..kau jangan bimbang la.,aku rasa mak kau dah bagitahu Puan Halimah tu..biar lah aku dan Encik Hendry yang uruskan..ok..tak perlu bimbang..esuk pagi baru aku ambik bunga daisy kat kedai.selebihnya biar EnciK Hendry uruskan..dah la tidur..bengkak pulak mata kau esuk..aku pun nak tidur..mengantuk ni.tidur sana."Hadi bergerak ke sofa berdekatan..badan dah letih sangat..dapat tidur sekejap pun best ni..baru saja nak merebahkan badan kat sofa,Asyiera memanggilnya semula.


"Di,kau jangan buat apa-apa masa aku tidur k..kalau kau buat apa-apa kat aku ,kita putus sahabat.kau dengar tak ni"

Asyiera memberi amaran..bukan dia tak percaya kawan dia seorang ni..tapi dia kena waspada..syaitan ni kalau dah menghasut,siapa pun jadi..tak kira orang.


"Ish kau ni,ingat aku hinginn sangat kat kau.buang masa ja..dah tidur sana...sekali lagi kau merepek,aku cium betul-betul waktu kau tidur karang.nak sangat?."


"Cuba lah kalau berani...aku tumbuk mata kau sampai lebam"Ashiera dah gerun..gila apa hadi ni..tapi bila difikir-fikir, mustahil lah..Hadi bukan jenis macam tu...Hadi lelaki yang bertanggungjawab dan jujur...dia kenal Hadi..

"Kalau tak nak,tidur!!bising je."marah Hadi.badan dikalih membelakangi Asyiera..mata dah berat sangat ni.nak buka pun dah tak larat.
Asyiera turut memejamkan mata..nak dipusing badan tak dapat, kakinya tergantung.terpaksa la dia tidur menghadap siling malam ni.tutup je mata,wajah Doktor Adam terbayang.entah kenapa dia rasa cakap hadi betul..kenapa macam pernah nampak ye wajah Dr.Adam ni..tapi kat mana?customer Adhreena's florist ke? aduhai cepat-cepat lah siang hari...tak sabar ni nak jumpa doktor adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience