Motorsikal yamaha 135LC merah hati parking betul-betul depan pintu Adhreena's Florist.Asyiera turun dari motor dengan hati yang kusut.bunga yang digubah semalam dipegang erat.Helmet ditangal kasar..hilang mood pagi ni bila terkenang kata-kata Puan Nora petang semalam.kaki dihentak-hentak kuat sambil melangkah masuk ke dalam kedai.Hannah yang sedang melap cermin melirik sekilas..pelik dengan sikap boss yang berubah.Hadi menghampiri Asyiera..ditangannya ada planner..
"Syira,apahal muka kau tu?macam tertelan ubat nyamuk je aku tengok.ada masalah ke?" tegur Hadi.kerusi ditarik dan dia duduk menghadap Asyiera..planner tadi diletakkan di atas meja..bunga peony yang sudah digubah Asyiera ditarik dan dibelek..cantik!.
"Kau pernah nampak orang telan ubat nyamuk ke?"bidas Asyiera.geram.
Hadi dah mengaru kepala yang tidak gatal..kenapa dengan kawan dia ni.cakap macam tu pun sentap ke.
"kau kenapa ni..dari dalam office tadi aku dengar bunyi motor kau tu..kalau ya pun ada masalah,jangan di ress motor tu.kecut perut aku .aku ingat kau merempit tadi."
Ini la perangai yang dia kurang berkenan dengan Asyiera Adhreena.Elok-elok ada kereta ,dia pakai jugak motor kapcai dia ni..alasan dia apa?senang nak cilok-cilok masuk lorong.tak payah tersangkut dengan jammed..Ish.tak sayang nyawa betul c syira ni.bukan tak pernah accident .Dah dua kali terbongkang di hospital tapi tak serik-serik jugak.tunggu tulang patah dua dulu kot baru dia ni bertaubat agaknya.Hadi mengeleng-geleng kepala..
Asyiera hanya memandang sekilas..
"kalau aku merempit pun kenapa?Paling teruk pun aku terlantar kat hospital jer..rasanya tu lebih baik dari kena pergi majlis kawan baik mama tu..kau nak tahu di ,semalam kawan baik mama Puan Halimah datang ke rumah.dia suruh aku incharge majlis perkahwinan anak dia.Puan Halimah ingat aku ni apa.wedding Planner? dia tak tahu ke wedding planner dengan penjual bunga macam aku ni 'BERBEZAA' .ataupun dia ingat aku ni Eric Leong..Suka hati je suruh aku deko majlis tu nanti.aduiii,stress aku lama-lama kalau macam ni.."
Hadi dah ketawa kuat.penjual bunga jadi wedding planner?tak pelik ke bunyinya..
"kau??jadi wedding planner?serious la weyh" Tak dapat dibayangkan Asyiera jadi wedding planner..Entah macam mana la rupanya majlis orang tu nanti..mesti tunggang langgang kawan dia buat.Asyiera kan tomboy.hahahaa..oppss!ye ker tomboy? mana ada tomboy suka bunga..
"Hah gelak..gelak kuat-kuat..sampai terkeluar juga halkum kau tu.Apa punya kawan la kau ni.."lantas planner depan mata diangkat dan planner mendarat di kepala Hadi..kuat betul bunyinya.hadi mengaduh kesakitan.
"Sakit la syira..kau ni..Aku rasa kan makcik Nora ada 4 orang anak lelaki lah.bukan 3..baik kau check jantina kau semula.takot dah bertukar sekarang ni..ganas macam lelaki."selamba je Hadi bercakap.sekali lagi planner tu buat pendaratan mengejut.kali ini bahu Hadi jadi mangsa.Hadi tak sempat mengelak..macam ada tulang patah rasanya ni.
"Nak aku pukul lagi.?sekali lagi kau sebut pasal jantina..aku hentak kau dengan siku ni! siku aku ni tajam tau.berlubang kepala kau kalau kena.."tempik Asyiera..dia paling pantang dengar orang cakap dia tomboy atau perangai macam lelaki..darahnya cepat panas.Gara-gara tu jugak dia jarang balik kampung datuk nenek sebelah abah di Kuala Dungun terengganu.sakit telinga mendengar sepupu sepapatnya melabel dirinya tomboy.Asyiera tahu dia kasar..tapi dia bukan tergolong dalam golongan tu.Gila apa nak jadi pengkid.Nalurinya tetap naluri perempuan ok..memang dia suka pakai bju besar-besar,pakai jean,pakai jacket kulit, bawa motor laju-laju satu KL..tapi dia bukan tomboy..simpang malaikat empat puluh empat!
"Sorry beb,aku lupa."Hadi tersengih menunjukkan lesung pipit di kedua -dua pipinya..
"Sorry naik lorry lah.."Asyiera masih merajuk..bukannnya bantu dia lagi menyakitkan hati adalah.
"jangan la marah.aku betul-betul tak sengaja cakap macam tu.hmmm macam ni lah.,kau bagitahu kat Puan Halimah kau tak pandai buat kerja tu...kau cakap kau bukan wedding plannner..suruh dia cari wedding planner lain...kat KL ni belambak tau.cari kat butik pun ada.."cadang Hadi..dia tak nak kawan dia merajuk..
"Kau ingat aku tak cakap macam tu?..aku siap merayu lagi kata aku tak nak buat .aku tak pandai hias² segala macam ni..tapi kau tahukan mak aku macam mana.mana dia nak dengar..aku kata jangan menyesal kalau dewan tu nanti pecah dan berterabur..Puan Halimah ketawa lagi adalah..dia cakap dia tak kisah,janji aku yang atur segalanya..so,aku nak cakap apa lagi..takkan nak rosakkan majlis orang..kalau orang tanya siapa yang incharge..dah tentu-tentu nama aku tercemar..pening aku di.."
"Habis kau nak buat apa sekarang?"
Hadi bergerak ke rak..satu besen bunga orkid di angkat dan dibawa ke meja.dia kena siapkan 165 tempahan bunga hand bouquet low budget yang simple tapi cantik..untuk graduation UKM kuala lumpur next month..Bunga Daisy dan orkid jadi pilihan student tahun ni..Iman dan Arissa pembantu Adhreena's Florist segera membantu Hadi..seorang lagi pekerjanya Hannah setia melayani customer di kaunter.Hannah bertugas sebagai cashier..
"Aku tak tahu la di,aku buntu..aku tak dapat fikir apa dah...kalau aku tahu,baik aku sambung Phd jer.ikut apa abah aku cakap.."
Keluhan berat dilepaskan.
"Tak baik mengeluh macam tu syira,jangan disesali benda yang dah berlalu..ini yang kita mahu kan,kita nak buka bisness bunga..takkan lah gara-gara Puan Halimah sorang kau dah putus asa macam ni."pujuk Hadi..bukan senang mereka nak memulakan bisness mereka..banyak rintangan yang perlu dihadapi terutama sekali dari Encik Amir.penat-penat Encik Amir membiyai pelajaran Asyiera dalam bidang perubatan.keluar-keluar je,anak perempuan dia mengambil keputusan untuk menjadi penjual bunga..Hati ayah mana yang tak sedih..Tapi bila mengenangkan keobsesan anaknya terhadap bunga..Encik Amir bersetuju..asalkan anaknya bahagia..dia akan turut gembira..Dia hanya ada seorang anak perempuan..apa saja permintaan Asyiera dia akan turuti.
"Aku ada satu Idea..macam ni,kau upah wedding planner betul-betul dan ajak dia dengan kau nanti kat majlis tu..then lepas semua dah settle nanti..kau charge la mahal sikit dengan puan Halimah.minta sekali harga upah wedding planner tu nanti..dia berkeras nak kau uruskan semua kan..so,dia pasti mampu bayar lebih untuk kau..aku jamin.. ."
Asyiera dah senyum meleret.ye tak ye kan..kenapa lah dari tadi tak terfikir benda tu..
"Brilliant...tak sia-sia aku ambil kau jadi partner aku" Asyiera angkat signal ibu jari pada Hadi.terbaikk.kepala terus rasa ringan.hilang mendung di wajahnya..pasal mencari wedding planner tu hal kecik jer .bukan susah pun nak cari.berlambak kat kl ni. On google,then klik sana,klik sini.Dah siap! berbaris nama pengusaha wedding planner..tinggal pilih yang mana kita nak je..cari yang murah tapi hasil tip top..senang kan.semua maklumat di hujung jari.
"so,bila majlis tu syira?"
"Dua minggu lagi..plan last minute .tapi aku kena pergi sana malam ni.aku nak kau temankan aku kat sana nanti..kau pun tahu aku ni tak selesa pergi tempat grand macam tu..boleh kan di"
Hadi mengangguk. dia memang suka pergi majlis kahwin..dia suka tengok gubahan bunga - bunga kat situ..dia rasa berinspirasi.
"Nanti aku bagi alamat Puan Halimah tu...kau tunggu aku kat sana.ok.."senyuman terukir di wajah.
Hadi panggung kepala.kenapa tak pergi ke majlis tu bersama-sama..kalau dia sesat macam mana
"jap syira,maksud kau,kau tak pergi dengan aku ke?kau pergi sana pakai motor kapcai kau tu.biar betul kau ni"
"Ada masalah ke pakai motor?best apa tak pernah sangkut dengan jammed.."
"Aku tahu lah..tapi kenapa tak ikut aku?bahaya la kau pakai motor kau tu..Motor tu dah 2 kali accident..aku takot sesuatu berlaku pada kau kali ke 3.dan kalau kau ikut aku.kau boleh jimat duit minyak."pujuk Hadi..sebenarnya dia takot Asyiera bawa motor malam-malam.Bahaya.sudah lah kawan dia ni bawa motor macam pelesit.Ditegur langsung tak mendengar.hampehh betul..
"Kau bawa kereta slow gilerrr...tak nak arr.aku nak wili malam ni..nak join tak?" pecah ketawa Asyiera bila melihat raut wajah Hadi berubah.
"kau jangan cari pasal syira,kali ni kalau kau masuk hospital aku tak akan peduli dah.aku beli kain kafan,terus panggil orang kampung buat tahlil untuk kau..nak sangat masuk kubur awal kan..kau try la kalau tak percaya.." Marah Hadi.tak padan dengan badan..badan kurus nak mewili.,entah terangkat ke tidak motor tu nanti.Syira ooo Syira,tak sedar diri tu perempuan..karang panggil tomboy,sentap!!
"Apa ni di.kau doakan aku mati ke?sampainya hati kau.."
Asyiera merajuk..sedih bila kawan baiknya doakan dia mati..sampai hati betul..
"Dah kau nak sangat merempit..lagipun,kau nak suruh aku buat apa?bagi semangat kau merempit? macam tu..jangan harap!"
Asyiera terdiam..dia melawak je tadi tu.
mana la dia ada kudrat nak angkat motor tu nak mewili..berat nak mampus.memang cari nahas tu kalau dia buat aksi tu..Tujuh hari tujuh malam Puan Nora membebel karang..
"Aku gurau je lah..kau ingat aku gila nak buat aksi macam tu..aku kan budak baik,tak terlintas di fikiran pun nak merempit..tak pasal-pasal orang percaya aku ni tomboy...tak nak aku"
terang Asyiera.sempat lagi dia puji diri sendiri.
"Cehh,masuk bakul angkat sendiri."tempelak Hadi..Asyiera tersengih sengih macam kerang busuk.
"Habis tu?.nak tunggu kau puji aku,Huh! tak merasa beb..sampai aku bejanggut kau tak akan puji punya.."Asyiera memperli balik.
Hadi dah mengeleng kepala..sakit hati melayan kawan dia sorang ni.ada saja jawabnya..
"Malas aku layan kau..baik aku buat bunga ni...karang tak siap kau membebel pulak.." bunga hand Bouquet siap ada patung teddy bear kecik lagi dibuat Hadi..cantik,simple dan harga pun berbaloi..memang sesuai untuk mahasiswa dan mahasiswi...perfect!
"Ok lah aku masuk office dulu..apa-apahal lapor kat aku k..dan satu lagi..jangan lupa petang karang kita pergi dewan Puan Halimah.Ok."
Asyiera Adhreena melangkah masuk ke dalam pejabat..banyak lagi benda nak dibuat kat dalam sana.
Share this novel