Bab 33

Romance Series 5917

Malam tu Farid sengaja balik awal..dia nak tanya soal Adam dekat Asyiera.tapi dia takut jugak kalau Asyiera akan Salah sangka dan memperli dia.Bagaimana kalau dia bertepuk sebelah tangan saja selama ni? Bagaimana kalau Asyiera ketawakan dia? Farid yakin sangat Asyiera takkan pernah jatuh cinta kepadanya..digaru kepala yang tak gatal.


"Assalamualaikum,awal kau balik harini?" suara ceria Asyiera Adhreena sedikit sebanyak dapat menyejukkan hati Farid.hilang semua masalah.

Ditoleh ke arah isterinya yang baru balik dari kilang..entah kenapa malam ni dia rasa isterinya sangat cantik..perasaan marah dan cemburu kembali datang.Farid tak menjawab..dia hanya duduk atas katil memerhati semua tindak tanduk Asyiera.Asyiera nampak happy.

"kau ok ke ni?kenapa diam..lutut kau sakit lagi ke Farid.?"

Hairan.tak biasanya Farid berdiam diri macam ni..segera diambil medicine box atas almari.
Asyiera menapak ke arah Farid dan segera dicek luka Farid yang sudah kering. Farid hanya membiarkan..dia rasa disayangi bila Asyiera ambil berat terhadap dirinya namun bila terkenangkan kata-kata Adam..Farid jadi sentap.Asyiera seorang mahasiswa kedoktoran.mestilah dia pandai mengubati Luka kan.sungguhnya dia malu..dia hanya pekerja workshop..mana lah layak dibandingkan dengan Asyiera dan Adam yang punya segalanya..Farid menarik lututnya kembali dari dipegang Asyiera.


" Kau kenapa Farid? aku ada buat Salah ke?"

Asyiera tersentak.,susah sangat ke untuk dirinya dicintai Farid..dia dah cuba jadi isteri yang baik..tetapi kenapa Farid tak nampak semua tu.Tak pernah lagi Farid abaikan dia seperti sekarang..kalo dia ada masalah pun semua dia akan luahkan pada Asyiera. walaupun hakikatnya Farid hanya melempiaskan kemarahan pada Asyiera..Asyiera tak kisah..janji dia tahu beban apa yang di tanggung Farid..dia tak suka tengok Farid berdiam diri..dia rasa bersalah sangat-sangat.


" Farid jawablah.apasal senyap?"

tanya Asyiera.wajah Farid ketat.wajahnya dipalingkan ke dinding.


" Farid.,kau dengar tak ni?" Desak Asyiera..

Farid membuang pandang ke arah Asyiera..wajah isterinya sayu..timbul rasa bersalah dihatinya.dia melepaskan keluhan berat sebelum kembali menatap Asyiera..kepalanya serabut memikirkan Asyiera dan lelaki itu pernah bercinta suatu masa dulu.


"Apa maksud Kau kerja dengan Ayah?" pertanyaan Farid membuat Asyiera mengerutkan dahi.. bukan mereka dah pernah bahas ke pasal ni sebelum ni.?


"Mana ada maksud apa-apa.aku nak teman dan jaga Ayah kat office.tu je.kau pun tahu aku tak buat apa-apa kat rumah..so salah ke kalau aku jaga Ayah .?"

Farid membuang pandang ke tingkap..jawapan Asyiera tak memuaskan hatinya.


"Selain jual bunga,kau pandai buat apa?" Tanya Farid kemudian.dia duduk bersila menghadap Asyiera.dia nak tahu sejauh mana hubungan Adam dengan Asyiera..


"Maksud kau?" Asyiera mengerutkan dahi.apasal pelik sangat suaminya malam ni.semua soalan menyakitkan hati.


"Aku tanya kau,selain jual bunga...kau pandai buat apa?kau belajar apa dekat kl dulu."


" Dari mana Kau tahu aku belajar dekat kl ?"


"Jawab je lah...kau belajar apa dekat kl dulu?aku tahu kau sambung study dekat sana.kan. please jawab.aku nak tahu"

" Aku belajar medik." jawab Asyiera polos

" kenapa jual bunga?"

Asyiera panas telinga..kenapa Farid tanya benda yang tak kena -mengena dengan hidup mereka berdua.siap tanya pasal hal kerjaya lagi.Farid menyesal ke bini yang dia kahwin ni hanya penjual bunga?!


" kenapa Tanya macam tu?kau malu aku jual bunga? kau takut org akan hina kau sebab isteri kau ni hanya penjual bunga?macam tu ke?" Asyiera terkedu.tiba -tiba mata masuk habuk.hina sangat ke jual bunga di zaman sekarang ni.Farid segera menoleh..nampaknya Asyiera dah Salah faham


" sikit pun aku tak pernah malu kau jual bunga aku cuma sakit hati..kau x bagitahu aku kau belajar dalam bidang perubatan.kenapa dulu waktu Adira kata kau tak pandai buat apa-apa kerja..kau hanya diam..kenapa tak bagitahu dia yang kau graduation perubatan selama ni ..kenapa? dan aku rasa kau yang mungkin malu ada Suami kerja dekat workshop macam aku kan..cakap lah"

Suasana tegang tiba-tiba..Asyiera merenung wajah Farid dalam-dalam..wajah tu memerah.

"Kalau aku malu,dari awal lagi aku suruh kau berhenti kerja..untuk pengetahuan kau Farid,aku bersyukur sangat kau kerja dengan sufian tu..dan bagi aku,kau hebat..tak semua orang ada kemahiran hidup macam kau..dan pasal Adira.." Asyiera berhenti sekejap dan menarik nafas sebelum melanjutkan bicara.

"Aku tak nak gaduh dengan Adira lagi Farid. cukuplah..aku dah tak peduli apa pun yang dia katakan.dan dia tak perlu tahu tentang hidup aku. aku rasa semua orang tak patut tahu aku pernah study dulu.aku malu.aku kecewakan harapan abah.abah nak sangat aku jadi Doktor. tapi aku tak tunaikan pun..aku teruk kan.tapi aku tak pernah menyesal buka kedai bunga tu..aku harap kau boleh terima diri aku sebagai penjual bunga dan alang-alang kita dah cakap hal ni,,aku nak minta maaf sebab gara-gara aku ,kau terpaksa berpisah dengan Adira.." Ada cecair panas jatuh menitik ke pipi Asyiera..suasana hening seketika.

Farid terdiam..bukan ini yang dia harapkan.. sejujurnya,sejak 6 tahun lepas dia hanya anggap Adira sebatas adik ..tak lebih dari itu.hanya Adira sahaja yang anggap hubungan mereka special. Farid malas nak ambil serious.dia membiarkan Adira menganggapnya kekasih.Sejak dari dulu lagi hanya seorang sahaja ada di dalam hati Farid..cuma seorang...tapi itulah,perangai dan kelakuannya x seperti perempuan lain.dan itu lah yg mnyebabkan dia benci sehingga akhirnya jadi punca dia mati rasa terhadap perempuan.tapi kini hatinya mula ada rasa sayang dan cemburu pada seorang perempuan. perempuan yang sama.direnung wajah isterinya yang sayu..


"Aku pun tak kisah pasal Adira.lantak dia lah.Aku dah tak de kena mengena dengan dia..yang aku peduli sekarang ni,siapa Adam?Apa hubungan kau dengan lelaki tu?"

Asyiera bungkam..terkejut dengan ayat last yang Farid lontarkan.apasal tiba-tiba lari topik? chop chop...Adam mana pulak ni?Khairil Adam or Adam lain?dan macam mana pulak suaminya kenal Adam.


"Kejap,Adam yang mana satu ni?" mustahil Khairil Adam..kan ke lelaki tu dekat kl.bila masa pulak laki dia ni kenal Adam.bertubi-tubi soalan menerpa fikiran Asyiera

" Berapa banyak Adam yang kau kenal?"
Asyiera menelan air liur melihat jelingan Farid..sinis sekali kata-kata Farid.nampaknya Adam yang dimaksudkan Khairil Adam la kan..


"Kalau kau maksudkan Khairil Adam.. dia classmate aku masa study dulu.tapi dah lama aku tak jumpa dia,last jumpa before kita kahwin haritu..tu je..btw,macam mana kau kenal Adam?

Farid merenung wajah isterinya dalam-dalam..tak de pulak wajah tu menunjukkan riak cemas atau gelisah. kalau betul Adam tu kekasih Asyiera,pasti isterinya itu cuak sekarang.


"Boleh percaya ke?tak kan lah classmate biasa je..sampai ke terangganu dia cari kau..dah macam kekasih pulak.."perli Farid.


"Adam cari aku?bila?"


"terkejut?teruja ke boyfriend kau cari kau hingga ke sini.?dah lah tak payah nak tipu aku..perempuan semua sama..pandang harta!"

Farid ingin berlalu keluar..hatinya panas..dia takut tak dapat mengawal cemburu yang tiba-tiba menjalar dalam hati.namun tangan halus isterinya menarik kuat baju t-shirt yang dipakainya..


"Farid,dengarkan aku.Aku takde hubungan apa-apa dengan Adam..Aku tak tahu apa motif Adam datang sini cari aku..kau tak boleh tuduh aku macam tu..."

Farid senyap.badannya tetap tak bergerak sedikit pun.Asyiera tak boleh diam lagi.dia terpaksa berterus terang.


"Aku tahu kau benci aku, Farid.Aku tahu kau terpaksa terima aku.Tapi aku tak dapat tipu diri aku lagi. Sejak kita kahwin, aku cuma nampak kau. Aku dah terima yang kau suami aku, dan aku janji pada diri sendiri yang aku akan berubah untuk kau"

Dia cuba mencari pandangan mata Farid, tetapi lelaki itu hanya diam membisu, tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Farid, aku takde orang lain. Adam tu cuma classmate aku, tak lebih dari tu. Kami terjumpa semula pun baru-baru ni..dia doktor yang jaga aku masa aku accident beberapa bulan lepas.Tu je. takde apa-apa hubungan special antara aku dengan dia. Kau jangan tuduh aku macam tu.Kau dengar tak ni?"
Tapi Farid terus diam, kepalanya terasa berat dan berdenyut-denyut. Dia tak tahu siapa yang harus dia percaya. Kata-kata Asyiera seperti angin lalu, tidak memberi kesan sikit pun dalam hatinya. 'Mustahil Adam datang ke kampung ni cuma sebagai classmate..mustahil," fikir Farid. Dia yakin Adam ada niat lain, mungkin mahu merampas Asyiera daripadanya.Tak boleh, Farid tak boleh biarkan itu berlaku. Dengan hati yang penuh rasa marah dan keliru, Farid bangun dan melangkah keluar dari bilik tanpa menoleh sedikit pun ke arah Asyiera. Asyiera hanya mampu melihat bayangan Farid yang semakin menjauh.

Air mata Asyiera mengalir perlahan di pipi. Dia dah luahkan segala-galanya kepada Farid, tapi nampaknya Farid tak peduli langsung. Dia jadi buntu, fikirannya bercelaru. "Kenapa Adam jumpa Farid? Apa sebenarnya yang dia nak?"Asyiera tahu yang dia tak boleh biarkan keadaan terus jadi macam ni. Dia kena cari Adam, kena tahu kenapa Adam buat semua ni. "Aku tak boleh biarkan Adam hancurkan rumah tangga aku."Asyiera nekad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience