Bab 26

Romance Series 5917

Farid meninjau -ninjau ke jalan raya...jam menunjukkan pukul 630..tapi kelibat isterinya masih belum kelihatan..bermacam benda bermain di fikirannya sekarang ni..


"Awak buat apa kat luar ni?"

Farid yang sedang mengalamun tersentak.ditoleh ke arah Adira yang tercegat dibelakangnya.Adira baru selesai mandi..


"Saya tunggu Syira balik."


"Tunggu Syira?dia pergi mana?sepatutnya isteri yang tunggu suami balik rumah..bukan suami yang tunggu isteri balik...isteri jenis apa dia tu?" Sindir Adira..rasanya ini peluang terbaik untuk buat hubungan farid dan Asyiera retak .


"Adiraaa.....pleasee...tak payah nak mulakan .."

Farid tahu apa yang nak disampaikan Adira..dia tak boleh berdiam diri bila Adira sengaja hendak mencari kesalahan isterinya..


"Betul apa saya cakap..hari dah gelap pun masih tak balik...isteri jenis apa tu yang tak pandai ingat suami kat rumah.."bidas Adira balik.suaranya di perlahankan sedikit..dia tak nak atuk ,dan nenek dengar kata-katanya..pasti dia akan susah nanti.

Farid ingin membalas kata-kata Adira namun suara Asyiera memberi salam menganggu perbualan mereka.


"assalamualaikum"

"Waalaikumsalam.kau dari mana?"tanya Farid mendatar..sebolehnya dia tak nak berkasar dengan Asyiera hari ni.Belum pun sempat Asyiera membalas pertanyaan Farid..Adira sudah menyampuk.


"Dah puas cuci mata kat luar tu?kesian Farid kat rumah tunggu isteri yang tak padai nak urus rumah tangga..merayap je kerja.entah apa lah dibuat kat luar sana,sampai lupa jalan nak balik rumah.."

Asyiera ketap bibir...hatinya sakit diperli sedemikian rupa..direnung Farid yang masih setia merenungnya dari tadi.mulutnya ingin menjawab tapi hatinya melarang..lantas kakinya melangkah laju menuju ke bilik..tak guna bergaduh macam budak-budak...

"Syira..."

Farid lantas mengekori Asyiera ke dalam bilik..Farid tak nak Asyiera mengamuk.Asyiera duduk di birai katil..tangannya tangkas membuka pin tudung yang melilit dikepala..panggilan Farid tak dipeduli..

"Syira..."tegur Farid perlahan.

"iam Sorry..aku keluar tak bagitau kau.lepas asar tadi aku pergi bendang sana..kaq Reha teman aku..kami berbual sampai tak ingat jam...maaf"

Farid menarik nafas lega..dia cuma takut terjadi benda tak baik je tadi...

"Pack barang malam ni..esuk pagi kita pindah ke rumah Ayah.."Arah Farid tegas..sejujurnya dia tak suka cara Adira perli Asyiera tadi.Asyiera isterinya,dan hanya dia je yang layak marah dan tegur isterinya...

"Dulu kata,nak stay seminggu lagi kat sini..kenapa nak pindah esuk pulak"tanya Asyiera tak puas hati.dipandang Farid yang sudah bersedia hendak menunaikan solat maghrib..

"Aku tak nak Adira marah kau lagi..aku tak suka..hati aku sakit dengar dia marah kau..."Ada nada bimbang pada suara Farid..Asyiera hampir tak percaya pada apa yang didengarnya..hatinya berbunga riang.


"Farid"

Farid yang sudah berdiri menoleh ke arah Asyiera..senyuman manis Asyiera membuatnya terkedu..


"kau boleh tunggu sekejap tak..aku nak mandi dulu...kita solat sama-sama."pinta Asyiera sebelum dia masuk ke bilik mandi bersama sehelai tuala.

Sekali lagi Farid terkedu..ada perasaan pelik muncul di hati.

ini kali kedua dia mengucup tangan Farid selepas akad nikah minggu lalu...ada perasaan sebak mnghambat tangkai hati kala tangan farid disalam penuh hormat selesai solat.
Farid tergamam..terasa sejuk tangannya disalam Asyiera .cepat-cepat dia melipat sejadah dan meletakkan dalam almari..hati tak menentu..

Asyiera segera berlalu ke dapur...perut yang kosong berbunyi nyaring minta diisi..kedengaran suara Hajah Rokiah dan Mak Ngah Asnah berborak di dapur..


"Nak syira tolong apa-apa ke nek?"


"tolong susun pinggan dan cawan je atas meja tu..kejap lagi kita makan..Farid mana syira?"


"Ada kat bilik nek,baru selesai solat tadi." tangan Syira tangkas menyusun pinggan dan cawan diatas meja...


"laaa,aku ingatkan bergaduh tadi...yelah isteri keluar rumah tanpa pengetahuan suami.pasti gaduh besar kan..kalau aku jadi Farid,dah lama aku tinggalkan isteri macam ni.."perli Adira yang baru muncul..


"Adiraa,kenapa cakap macam tu?kamu sehari tak cari masalah ,tak boleh ke?"tegur Mak Ngah Asnah..tak habis-habis Anaknya cari masalah.

Adira hanya menjongkit bahu..matanya masih merenung Asyiera tanpa berkelip

"Takpe la Mak Ngah,Syira naik Atas jap panggil Farid..mak Ngah ,Dira,nenek dan atuk makan la dulu..." Asyiera lantas meluru naik tangga.Air mata dilap dengan hujung lengan baju tidur yang dipakainya..

Farid yang duduk di katil terkejut melihat Asyiera masuk kebilik dengan mata yang berkaca...game ditangan ditutup.

"kau kenapa?"tegur Farid,


"Takde papa laa,dinner dah ready..nenek panggil makan."panggil Asyiera dengan seyuman hambar


"kau tak makan ke?makan la dulu.lepas makan nanti sambung kemas."Tegur Farid bila melihat Asyiera menarik luggage bag dari atas almari.


"aku tak lapar.kau makan la dulu atuk dah tunggu kat bawah tu.."Asyiera terpaksa tipu..dia tak nak menghadap muka adira waktu ni..lebih cepat dia siapkan kerja mengemas barang.lebih cepat dia masuk tidur..

Farid kehilangan kata-kata..ingin dipaksa dia tidak berani.terpaksa la dia turun sorang.


"Farid,syira mana?tadi kata nak panggil kamu turun..."tegur Haji Ismail..kesemua 5 pasang mata memandang tepat ke arah Farid..

"Dia cakap dia tak lapar tuk..."Adu Farid..matanya terus melirik ke arah Adira..dia pasti Adira penyebabnya..

"Tuk,nek..farid rasa Farid dan syira nak pindah kat rumah ayah...boleh tak?kesian ayah takde yang jaga...Atuk kassim pun bukannya sihat sangat.."

"laa,ye ke?kamu dah bincang dengan Syira ke Farid.." Hajah Rokiah menyampuk

"Dah nek,Farid dah bagitahu dia.dan kitaorang ingat nak pindah esuk...lagipun farid kesian dekat Syira tu..stress memanjang je dekat sini.tu yang nak bawa dia tinggal kat sana tu..biar dia rasa suasana baru.."

"Kalau dah stress sangat tu,suruh lah dia kerja..banyak kerja kosong kat kampung ni...buat apa nak susahkan diri pindah-pindah rumah pulak..oppss,aku lupa...syira hanya pandai tanam bunga kan...dia mana reti buat kerja lain..betul tak ?" sampuk Adira..dia sakit hati..kenapa nak pindah pulak . dah la tak dapat kahwin dengan farid..dan sekarang farid pun dah tak nak tinggal dekat sini..ish...susah la nak jumpa farid lepas ni.

"Adira,jaga sikit mulut tu..tak baik cakap orang macam tu.."tegur Mak Ngah Asnah..dia tak suka cara adira bercakap dengan farid. ..Adira buat derk..Haji ismail memgeleng kepala mendengar ayat yang keluar dari mulut adira.

"Adira,kau ada cakap apa-apa ke dekat syira tadi?"tanya Farid sebal..matanya merenung tajam adira yang baru saja menghina isterinya...dia tak suka.

Adira yang tengah mengunyah nasi tersentak.matanya dilarikan dari direnung Farid.

"Mana ada aku cakap apa-apa dekat dia..awak jangan main tuduh ye.."

Hajah Rokiah dan Hj ismail hanya memandang..

"please la Adira....Asyiera tak pernah buat salah pun..untuk pengetahuan kau,aku bawa syira pindah dari sini bukan sebab dia stress takde kerja nak dibuat..tapi aku tak nak dia stress menghadap kau yang suka cari kesalahan dia..dia tu isteri aku..dan aku tak akan biarkan kau sakitkan hati dia lagi.." Farid lantas berdiri...dia hilang selera..kini baru lah dia tahu kenapa Asyiera tidak pernah balik kampung sebelum ni..semuanya sebab mulut Adira.!

laju langkah farid naik ke bilik...dilihat Asyiera sedang bercakap di telefon.ditoleh ke sebelah kiri dimana dua buah beg bagasi sudah siap dikemas.


"ermmm...okay.Take care..love you."

farid lantas duduk di atas katil.."siapa"?

"Mak,dia kirim salam..."


"waalaikumsalam.."jawabnya perlahan..langkah isterinya dipandang dengan hujung mata.Asyiera yang sedar dirinya diperhati mula berdebar-debar.laju dia menyapu losen ke tangannya.


"Excuse me,boleh tolong tepi sikit.aku nak tidur"


"Awal lagi lah..tak kan nak tidur dah ?" tanya Farid tak puas hati


"kata nak pergi rumah Ayah..kena lah bangun awal..kalau kau lambat bangun,jangan harap aku nak kejut."balas Asyiera sambil menepuk bantal..sengaja dia beralasan..tiba-tiba dia malu pulak dengan farid malam ni.


"kau okay dah ke?"


"Dah okay dah...tak yah risau la.."Asyiera merebahkan badan ke bantal.sebiji lagi bantal dibawa ke pelukan..lega bila dapat merehatkan badan..farid turut merebahkan badan setentang dengannya..mata keduanya berlaga menghadirkan perasaan yang halus dalam hati masing-masing.namun tak sampai seminit asyiera terpaksa tutup mata...malu..


"syira?"


"ermmm..." sahut Asyiera dengan mata yang masih terpejam..


"Kau cantik sangat harini.." ada keikhlasan pada suara farid...isterinya nampak comel jer dmata dia...dengan rambut separas bahu...menampakan leher yang jenjang dan putih...telan air liur dibuatnya..

Lama baru Asyiera membuka mata..farid puji dia weyhh.macam tak percaya je..Automatik jantungnya berdetak kencang..dilihat farid yang sudah nyenyak tidur..selama ni dia anggap farid seorang yang ego..tak berperasaan..kayu..tapi dia silap..sebenci-benci farid pun,dia tetap jaga Asyiera dengan baik..solat tak pernah tinggal...dia jaga maruah syira walaupun mereka bermusuh dari kecik..kalau orang lain,belom tentu akan jaga syiera sebegitu sekali...giliran dia pulak merenung wajah lelaki itu...kulit farid sawo matang..rambut yang menutupi mata farid disisip ke tepi..baru kali ni dia dapat merenung wajah farid lama-lama..hensome jugak dia ni...walaupun tak sekacak adam..dipegang dada yang berombak kencang..


"Terima kasih sebab risaukan aku tadi.sayang jugak kau dekat aku kan.." Usik asyiera perlahan...pipi farid diusap perlahan sebelum dia melelapkan mata..doa tidur dibaca dan akhirnya dia terlena..dan Farid pun tersenyum dalam tidur...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience