Bab 1

Romance Series 5917

Asyiera Adhreena menepuk-nepuk belakang leher yang lenguh..dari pagi tadi lagi dia terpacak di taman bunga milik keluarganya ..perutnya dah berbunyi..terik matahari yang terpacak di atas kepala didonggak..kulit mukanya yang cerah kini dah berubah warna..segera dia melarikan diri ke bawah pohon mangga kepunyaan Puan Nora.mukanya panas.

Taman bunga yang luasnya 7 hektar itu dipandang dengan hati yang gembira. bunga bunga peony kegemarannya sudah tumbuh subur..senang hati melihat bunga peony kaler pink dan purple tu berlumba-lumba untuk hidup dalam pasu.mulai esuk,bunga tu sudah boleh dihantar ke kedai bunga Adhreena's Florist untuk digubah.

Sekali lagi perutnya berbunyi nyaring..Asyiera segera berlalu ke arah motosikal yang terletak tidak jauh dari situ..Dia betul-betul lapar,breakfast tadi hanya sempat minum air kopi sahaja.perjalanan yang mengambil masa 10 minit dari kebun ke rumah dirasakan terlalu jauh.sesampainya dirumah,segera dia mencari kelibat adiknya Aqeef dan Ariff yang leka bermain game Mobile legend di ruang tamu.

'ishh si kembar berdua ni .tak habis-habis dengan game.'


"Aqeef,Ariff mak mana?"Asyiera meletakkan beberapa plastik berisi bunga peony yang baru dipetiknya didepan pintu.Esuk barulah dia bawa ke butik.Aqeef yang leka menghadap telefon hanya memandangnya sekilas.dia tengah dalam perang ni.mesti fokus..kalau tak rank tak naik.


"Korang dengar tak angah tanya ni?" Asyiera melenting.kalau dah main benda tu,rumah terbakar pun kembar ni tak akan perasan.

"Bising la angah.kitorang tengah war ni.nanti tak pasal-pasal jatuh rank."balas Ariff.dia meluruskan kaki supaya dapat duduk dengan lebih selesa.Aqeef yang tengah berbaring turut membalikkan tubuh.dia main game sambil meniarap pulak sekarang..

Asyiera lantas merampas oppo F9 Ariff.'tengah perang yerr..hah kejap lagi perang ketiga nak meletus.nak perang sangat kaannn '..


"Angah!!,apa main rampas-rampas ni..bagi balik telefon tu "jerit Ariff agak kuat.
hah!kan keluar suara binggit Ariff.Ariff dah buat muka..bertuah punya kakak! Asyiera buat derk jer..lantas dia duduk disebelah Aqeef..giliran dia sambung main game yang berjeda sekejap.dia pun terror ok main benda alah ni.selalu dapat MVP..

"Angahh bagi lah balik..Ariff dah banyak kill tu.."nada Ariff semakin tinggi.dia tak puas hati..dia berusaha merebut oppo F9 tu dari tangan Asyiera.telefon di tangan berjaya dirampas balik.namun dah terlambat.game dah tamat.team mereka kalah teruk..

"tengok tu angah..kan dah AFK...ishh..angah punya pasal la ni."jerit Ariff.hobi kakaknya ni memang cari pasal ke apa..sakit tul hati.tak pasal-pasal hilang satu bintang.Asyiera tersenyum senget.padan muka!

"Game je kot..bukannya betul-betul.lagipun,sapa suruh tak jawab angah tanya tadi..lain kali kalau pekak kan lagi telinga tu,angah buang terus oppo kau tu dalam sungai..nak sangat ."Asyiera menarik pipi Ariff kuat..geram.

Ariff mendengus kasar.pipi nya digosok laju-laju.sakit.

"Mak ada mesyuarat.petang sikit baru balik" sahut Aqeef perlahan.tangannya menekan -nekan hp di tangan.

"Mesyuarat apa?"

Ibunya kan suri rumah tangga sepenuh masa..dari mana pulak datangnya mesyuarat-mesyuarat ni.dahi Asyiera berkerut seribu. takkan mesyuarat PIBG kot..belom pun hujung tahun.

"Mesyuarat tingkap",balas Ariff berseloroh.hilang wajah masam bila teringat balik kejadian pagi tadi.Asyiera ketawa perlahan.ingatkan mesyuarat apa tadi.

"Makcik Gayah datang bergosip lagi ke harini?"

Asyiera bangun dan melangkah laju ke dapur.lupa yang dia tengah lapar tadi.Makcik Gayah ni jiran mereka.pagi petang siang malam kerjanya membawang je..habis satu kampung ni diajaknya bergosip.tak terkecuali Puan Nora..hampir setiap petang makcik gayah datang bertandang Ke rumah mengajak Puan Nora bergosip...Nak dihalau tak sampai hati pulak..dengar kan ajelah bebelan makcik Gayah tu

"Bukan makcik Gayah .kali ni dengan orang lain..mama kata kawan mama waktu sekolah dulu."Aqeef mengikuti Asyiera ke dapur dan turut duduk di meja makan..tangannya mencapai kuih donut yang masih panas dimeja..tiba-tiba Papp! tangannya rasa pedas..laju je tangan kirinya mengosok tangan kanan yang baru dipukul kakaknya.perit.

"Tangan dah cuci ke belom?tangan tu pegang telefon dari tadi kan qeef.Entah bakteria apa yang melekat dekat hp kau tu.pergi cuci dulu." Arahan Asyiera dijawab dengan sengihan Aqeef.Aqeef berlalu ke sinki manakala Ariff masih duduk terpaku di ruang tamu.tak habis lagi merajuk budak sorang ni.

"Riff,sudah-sudah lah main game tu...jom makan..tak payah nak merajuk sangat.perang sebenar lima bulan dari sekarang..Ariff dah ready ke belum.?"pujuk Asyiera perlahan...wajah adiknya itu masih ketat..Aqeef Azzim dan Ariff Azzmin kini berumur 17 tahun dan tidak lama lagi akan menghadapi peperiksaan SPM.walaupun kembar,mereka mempunyai perangai yang berbeza.Ariff seorang yang panas baran dan mudah berjauh hati.manakala Aqeef seorang yang cool dan lebih positif.Ariff aktif bersukan dan selalu mewakili sekolah dalam pertandingan badminton.Aqeef pulak lebih suka membaca buku dan cemerlang dalam pelajaran.yang sama hanyalah rupa dan minat mereka pada game.PUBG,ML,CLASH OF CLAN dah menjadi makanan rutin mereka.mereka boleh habiskan sepanjang hari dengan bermain game.

"Angah tau tak,Ariff kena panggil noob kat game tadi..tak pernah tau Ariff noob..semua ni angah punya pasal la.."Ariff masih tak puas hati..kerusi makan ditarik kasar.Bau kari kepala ikan dan sup ayam mengamit selera.

"Aikk,bukan selama ni memang noob ke?." usik Asyiera.muka Ariff semakin masam.pinggan nerisi nasi dihuku ke arah Ariff dan Aqeef...mereka berdua ni lah penghibur dia..sunyi rumah kalau mereka tiada.dan gara-gara itulah Asyiera menentang keras tindakan ayahnya Encik Amir,seorang pegawai tentera yang ingin mendaftarkan Aqeef dan Ariff untuk menyertai ketenteraaan selepas tamat sekolah nanti.cukup lah abahnya seorang jer yang tinggal berjauhan dengan mereka..dia tak nak adik-adiknya ikut jejak abahnya.boleh sasau hidup di buatnya.


"Angah,along tak balik ke tahun ni? puasa dah dekat" tanya Aqeef.
mereka ada seorang abang yang sudah pun berumah tangga yang bekerja sebagai seorang guru dan kini ditugaskan di Johor bahru.Along mereka Aliff azham hanya akan balik cuti hujung tahun dan cuti perayaan sahaja.kadang-kadang sampai 3 tahun tak balik..jarang mereka dapat berkumpul bersama

"Tak payah berharap qeef.tahun lepas pun tak balik..along tak rindu kita la tu.dah agak dah." ujar Ariff perlahan.bunyi macam orang berjauh hati..Dia menguis-nguis nasi.Dia rindukan along,rindukan kaq Ija,rindukan nia dan mia ..anak buah dia.dah lama tak beraya bersama.Asyiera yang menyuap nasi terhenti.dipandang wajah Ariff dan Aqeef silih berganti.dia pun rindukan along.tapi dia tahu alongnya sibuk kerja..along ada keluarga sendiri untuk ditanggung.

"kenapa cakap along macam tu?mana kau tahu along tak rindu?" tempelak Aqeef.

Ariff terdiam..'kalau rindu balik lah kampung..ni tak! orang lain pun sibuk jugak'.terasa berpasir nasi yang di telan.masa dia kecik dulu,along selalu balik kampung.along ajar dia dan Aqeef bermacam-macam perkara..along selalu bawa mandi sungai.Dan along selalu back up dia dan Aqeef kalau kena marah dengan abah.. tapi, semenjak along kahwin.along selalu sibuk.along tiada masa nak bawa dia lepak lagi..kalau kena marah dengan abah,along dah tak ada nak back up dia..tapi,dia tak boleh salahkan along.Ariff tahu,along sibuk sebab nak tanggung anak isteri.akhirnya dia beralah.dia pun dah besar panjang.dia boleh jaga diri sendiri..lagipun dia ada aqeef.mereka kembar.mereka boleh jaga satu sama lain..dan dia masih ada angah..walaupun angah suka buli dia..tapi angah selalu ada disamping dia..Angah selalu penuhi permintaan dia dan Aqeef..dan paling penting angah tempat dia minta nasihat masa nak tackle awek dulu..Angah baik walaupun Angah la penyebab dia kena marah dengan abah..yelah.Angah yang pandai-pandai bocorkan rahsia girlfriend dia pada abah..

"Sudah lah Ariff,Aqeef,jangan difikirkan lagi.Angah yakin hundred percent along balik tahun ni..kita tunggu dan lihat ok."pujuk Asyiera perlahan..kali ni wajah Ariff dan Aqeef dah ceria.mereka meneruskan suapan yang tergendala..

Selesai makan,Ariff dan Aqeef masuk ke dalam bilik..mereka nak buat homework.petang sikit baru mereka turun main bola kat padang hujung kampung.ada perlawanan persahabatan dengan budak kampung sebelah lepas ni. Asyiera pulak bersedia untuk mengubah bunga-bunga peony yang dibawa dari taman bunga tengahari tadi.sejak kebelakangan ini,banyak tempahan bunga yang dia dapat..Alhamdulilah..tak sia-sia dia buka kedai bunga Adhreena's florist tu..perniagaan semakin maju walaupun dulu abah dia kata jual bunga tak menjamin masa depan..abah suruh dia sambung study peringkat Phd pulak..Dia ada ijazah dalam bidang kedoktoran.dia boleh kerja dimana-mana hospital yang dia suka..dia boleh apply mana-mana klinik bila-bila masa saja.tapi dia tak nak..minat dia pada bunga.dia belajar bidang perubatan pun sebab abah yang suruh.dan dia sendiri terkejut yang dia boleh cemerlang dalam bidang tersebut..sedangkan masa study dulu,dia selalu ponteng kelas..Asyiera dan Hadi bakhtiar, classmatenya yang merangkap kawan baiknya akan lepak dengan budak pertanian di library.Asyiera lulus dan dapat gred bagus tetapi Hadi gagal..Hadi berhenti belajar dan balik kampung.dan kini Hadi partner dalam bisness bunga yang diusahanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience