Farid menghempas badan di atas sofa .tinggal dua buah kereta lagi nak diservice..sepanjang hari dia sibuk mrepair kereta.petang ni baru dia dapat berehat..sufian dari tadi tak nampak batang hidung.pergi makan agaknya.Baru je berkira-kira untuk melelapkan mata.Farid terdengar sebuah kereta masuk ke dalam bengkel.seorang lelaki berkemeja keluar dari kereta.Smart.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam, Encik nak repair kereta ke?" Farid lantas berdiri dan mencuci tangan..dipandang ke arah lelaki tu dari atas ke bawah dengan rasa kagum..kemas sungguh..pasti org-org government.kalau tak pun pasti anak org kaya.
"Saya nak minta tolong tengokkan semua tayar kereta saya ni.rasanya dah kurang angin.."
" Okay,sekejap saya tengok dlu" Farid menganguk faham..segera di cek smua tayar..Dua didepan masih elok lagi.tapi dua tayar kat belakang dah Kempis..Farid lantas mengambil lug wrench dan jack kereta..ditarik tayar spare ke bawah kereta.Dia fokus memasang tayar sehingga terlupa jam sudah melebihi pukul 6:00 ptg.
" Erm Encik,kat sini mana nak cari gerai makan." tiba-tiba pemuda tu bersuara. dari tengah haritadi dia tak jamah sebarang nasi..Farid panggung kepala.dilirik jam yang tergantung.cepat pulak masa ni berlalu.
" Kat area sini takde.tapi kat depan tu ada lah.boleh jalan kaki.tapi kalau guna kereta dalam 5 minit je sampai..Kalo encik nak pergi makan dulu ,Encik boleh lah ke sana sementara saya masih tukar tayar Encik ni.tak jauh pun..selang dua selekoh smpai la.."
"Oo...hampir je?kalau macam tu takpe lah...saya tunggu je lah.malas nak Jalan kaki."
Farid tersenyum nipis..biasalah, org bandar memang tak suka jalan kaki..semua harapkan mesin.tu la lemau,sikit-sikit badan sakit..
"Encik ni dari mana?hendak kemana" Tanya Farid..dia dah selesai tukar satu tayar..tinggal sebelah lagi.dilirik pemuda yang smart berbaju kameja tu.berbeza sungguh dengan orang kampung.lelaki tu tersengih.
" Saya dari Kuala Lumpur. ni pun first time saya datang ke terangganu ni"
"jauh perjalanan Encik..buat apa kat sini"
"Nak jumpa kawan..mengikut alamat yang saya dapat ni..rumah dia dekat area sini.Awak kenal tak seorang perempuan nama Asyiera Adhreena Binti Amir dekat sini?"
Spannar yang berada di tangan Farid terjatuh ke lantai.Terkejut beruk Farid dibuatnya.Farid lantas memandang pemuda tu dengan pandangan tajam. pelik,kenapa pulak lelaki ni cari isterinya.
"Macam mana Encik kenal Asyiera.?dan Kenapa nak jumpa dia?" Farid lantas bertanya..dia nak tahu siapa dan mengapa lelaki ni cari isterinya.ada hubungan apa.
"Saya kawan dia. dah lama syira tak balik kl..saya rindu.sebab tu saya nekad datang sini cari dia.saya tak tahu pun rumah dia yang mana satu..by the way,awak kenal Asyiera ke?"
Farid memandang lelaki tu dari atas ke bawah.. memang jauh betul penampilan dirinya dengan lelaki tu.Bagai langit dengan bumi.tiba-tiba Farid rasa tercabar..Rasa cemburu meluap-luap di dada.sudahlah lelaki ni ungkap perasaan rindu depan Suami Asyiera sendiri..what the fishhh.
"Asyiera tu dah kahwin,dah hidup bahagia dah pun..tak payah lah kot Encik cari dia lagi."
Farid cepat-cepat buat kerja .dia tak nak lelaki tu jumpa dan tanya lagi mengenai Asyiera..hati kelakiannya terluka..
"Saya tahu dia dah kahwin.tapi saya tak rasa dia bahagia seperti apa yg awak cakap.saya nak jumpa dia..sekejap pun jadilah.awak tahu dimana rumah Asyiera?" sekali lagi Khairil Adam bertanya.rasanya dah banyak kali dia tanya dimana rumah Asyiera..tetapi kenapa lelaki ni asyik mengelak dari menjawab.susah payah dia datang ke terangganu ni..takkan senang-senang dia nak balik macam tu je..
" Beginilah Encik,"
"Panggil Je Adam." sampuk Khairil Adam. Farid menarik nafas semula sebelum menyambung.
"Buat masa ni dia takde kat rumah,so,sia-sia je Encik Adam pergi rumah dia "
"Dia pergi mana?btw it's okay...saya boleh tunggu..just tell me je kat mana rumah dia"
Hati Farid semakin panas.lelaki ni tak faham bahasa ke..dah kira baik dia masih berlembut .kalau ikut sakit hatinya ni.dia tibai mamat ni dengan lug wrench yang dia pegang ni.Arggghhh.
"Suami dia kuat cemburu,so lebih baik Encik Adam balik je sebelum suami dia tahu.Saya cakap macam ni demi kebaikan Encik Adam jugak."
Dia dah Bagi amaran.jangan cakap dia tak bagi warning nanti. Takde hujan takde angin tiba² hatinya ada kilat sambar menyambar sekarang ni..Asyiera tu bini aku!!! dalam kalut,Sufian datang.terkejut jugak dia dengar suara riuh dalam bengkel..sufian segera menghampiri Farid.
"Baguslah kalau suaminya tahu..takde lah saya susah nak pisahkan mereka nanti.Asyiera boleh jadi milik saya seorang. lagipun saya dengar cerita,suaminya hanya kerja kampung..so,memang tak sesuai untuk Asyiera Adhreena yang merupakan graduation kedoktoran..."
Kata -kata Adam bagai belati tajam yang menghiris hati Farid.Farid kaku. Hatinya terbakar dan mendidih sekarang ni.tak sangka lelaki tu menghina dirinya depan-depan. tangan sudah dikepal kuat-kuat.Bila-bila masa je meletup.
Graduation kedoktoran.?.patut lah Selama 6 tahun ni,Asyiera susah nak balik kampung..rupanya dia sambung study dekat kl sana.kenapa Asyiera tak pernah cerita kepadanya.kenapa dia biarkan Adira menghinanya dan memperli dirinya hanya pandai jual bunga?.dan lagi satu, kenapa beria-ia benar Asyiera nak kerja dengan Encik Zahid. adakah syiera malu ada suami kerja workshop macam aku' ???Arghhhh..kepalanya sakit! .bermacam-macam teori bermunculan di mindanya.namun sesaat kemudian dia melepaskan keluhan lega.. Kalau betul Asyiera malu dia kerja workshop,kenapa isterinya suruh dia jangan berhenti kerja di workshop ni.
"Maaflah kalau apa yang saya nak cakap ni buat Encik Adam sedih, tapi sebagai Suami Asyiera, saya cukup pasti saya takkan lepaskan Asyiera sampai bila-bila. Saya rasa Encik Adam dah buang banyak masa tanya dimana rumah isteri saya..So,tayar kereta Encik Adam pun dah siap..Apakata Encik Adam bayar RM 250.00. dan berambus dari sini.Encik letak je duit dekat atas meja.dan Silalah balik ke Kuala Lumpur semula."
Farid melap tangan sambil bergerak ke belakang meninggalkan Khairil adam..sengaja dia menjauhkan diri.farid takut dia tak dapat mengawal diri.mati dia kerjakan lelaki tu nanti.sementara Khairil Adam terkejut beruk..tak sangka lelaki tu suami Asyiera.kenapa dia tak perasan..rasa bersalah pulak dia kutuk Suami Asyiera hanya kerja kampung.Tapi rasanya dia tak Salah..dia datang sini pun memang nak dapatkan Asyiera..orang kata apa..best man win..so,.dilirik sufian yang baru masuk..segera dihulur duit tayar dan perlahan-lahan Khairil Adam keluar dari situ..kalau dia tahu tu bengkel suami Asyiera.dia takkan masuk situ..dia tak boleh mengalah hanya dengan warning dari Farid.selagi dia tak jumpa Asyiera.selagi tu dia tak balik kl.
Farid membuang pandang ke luar tingkap..hatinya masih sakit mengenangkan perbualan tadi. Farid hairan,kenapa dia rasa tercabar melihat penampilan dirinya berbanding Adam? tergugat ke dia?atau cemburu ke dia?Farid meraup wajah kasar..takkan la dia dah jatuh cinta dengan Asyiera..mereka kan musuh selama ni.Arghhhhh Farid sakit hati.Kenapa dia cemburu sangat.sedangkan dia tahu Asyiera tak pernah dan tak akan menyintai dirinya.
Share this novel