Bab 37

Romance Series 5917

" Mak tengok angah ni sejak balik haritu termenung je memanjang..angah ada masalah ke ngah..ceritalah kat mak. " Tanya Puan Nora,Dah seminggu Asyiera balik kl..Dan selama seminggu ni lah anak perempuannya tu hanya memerap dalam rumah.pelik jugak melihat Asyiera balik sorang-sorang tanpa Farid.laki bini ni bergaduh ke? pelbagai persoalan muncul di fikiran Pn Nora.

Asyiera mengeluh perlahan.Sengaja dia tambah cuti beberapa minggu.Dah sebulan suaminya menghilang.dia tak tahu nak cari dimana lagi..Nasib baik Tok long dan ayah faham.

Puan Nora memandang tepat ke wajah Asyiera bila anak itu tidak menjawab.Tangannya memegang cawan teh, tapi air dalam cawan itu tak terusik langsung sejak tadi.pelik!.


"Ngah, kalau rasa nak jadi patung kat dapur ni, baik mak letak Angah kat taman bunga je.buat halau burung.Ada jugak faedah." marah Puan Nora. kepalanya menggeleng perlahan melihat sikap anak perempuan satu-satunya itu.

Asyiera tersengih mendengar Puan Nora nk jadikan dia orang-orang.sampai hati!


"Cuba cerita kat mak apa yang ada dalam kepala tu?."

"Takde papa lah mak.Angah cuma nak balik berehat di rumah mak je.rindu masakan mak..lagipun angah boring la makan masakan sndiri kat kampung tu"

Tangannya masih mengacau air teh yang sudah sejuk..


" Tak payah lah kau nak kalentong mak Ngah..kau tu keluar dari dalam perut mak,apa sja yang berlaku pada kau semua mak tahu..kau ada masalah dengan Farid kan.tu la sebabnya Farid tak ikut balik.betul tak?" serkap Puan Nora.jarang serkapnya tak mengena.

Asyiera menggigit bibir,Nampak gayanya tak dapatlah dia sembunyikan apa-apa dari Puan Nora., cepat saja ibunya tahu.Aayiera mengeluh.dia tak tahu nak mulakan dari mana.dia tak nak Puan Nora susah hati.

"Kami ada Salah faham sikit mak..sikit je tak banyak pun." Suaranya tersekat-sekat.Air mata yang cuba ditahan akhirnya jatuh juga. Asyiera tunduk,Dia rasa lega sikit bila dah buka cerita dekat Puan Nora tapi dalam masa yang sama, hati dia masih berdebar menunggu reaksi Puan Nora.yalah,baru beberapa bulan kahwin dah ditinggal suami.nasib-nasib..

Puan Nora bangun dari tempat duduk, mendekati Asyiera.. Perlahan-lahan, tangannya mengusap kepala anak perempuan satu-satunya itu.dah agak dah..Mesti anaknya ni ada masalah.


"Dalam rumah tangga ni ngah, mana ada yang sempurna. Salah faham tu benda biasa.semua orang akan lalui..tapi kita kena pandai cari cara untuk selesaikan..jangan bila kita ada masalah je,kita terus lari..sampai bila nak selesai?." Nada suara Puan Nora bertukar lembut, penuh kasih sayang.

Asyiera angkat muka, matanya yang merah bertentang dengan pandangan sayu ibunya.lagi-lagi air matanya berair


"Bukan Angah yang lari dari masalah mak.tapi Farid.dah sebulan dia tak balik rumah. hilang macam tu je.call takde, mesej apalagi.bukan angah yang lari" Suaranya pecah lagi .dilihat wajah Puan Nora beriak.pasti ibunya terkejut beruk.


"Apa yang sebenarnya berlaku ni ngah?Salah faham apa sampai Farid lari rumah ni."

Asyiera menceritakan semua perkara yang berlaku termasuk perjumpaan dengan Adam..Asyiera terpaksa bagitahu Puan Nora tentang keluarga Adam.terkedu Puan Nora dengar.Adam tu anak Puan Halimah rupanya. baru je haritu dia berniat nak jodohkan budak Adam tu dengan anaknya..nasib baik mereka tak jadi kahwin.


"Cinta ni ngah,umpama kita masak kari.kalau tak de garam, jadi tak sedap..Tapi kalau terlebih garam, tak dapat pulak nak dimakan.Angah faham kan?.Kalau mak jadi Farid, mak pun mungkin buat benda yang sama., Tapi bagus jugak., itu tandanya Farid sayang Angah.sebab tu dia pergi.dia tengah cemburu tu." pujuk Puan Nora .

Asyiera mendecit tak puas hati.


"cemburu apanya mak,Bukan budak sekolah lagi,. Dah tua bangka dah pun.."


"Tu la beza lelaki dengan perempuan, Perempuan kalau cemburu,kita akan luahkan,kita akan bagitahu depan-depan.tapi berbeza dengan Lelaki, mereka takkan cakap,tak nak bagi kita nampak yang mereka cemburu.Alaaaa ngah..Angah jangan risau la.. mak tahu Farid sayang Angah.Bagi Farid ruang.lelaki ni perlukan masa untuk fikir. Angah kena sabar.

Asyiera terdiam. Kata-kata Puan Nora perlahan-lahan masuk ke hati.


"Tapi Mak." Asyiera bersuara perlahan. "Kalau dia betul-betul tinggalkan angah macam mana?"

inilah yang paling ditakuti Asyiera..kalau Farid memang dah tak nak balik ke rumah semula mcm mana?..takkan dia muda-muda ni jadi janda?


"Dah ada rasa ke ngah?bukan haritu Angah tak suka Atuk jodohkan dengan farid.?" usik Puan Nora. Alhamdulilah anaknya bahagia

Asyiera menggigit jari.memang dah lama ada rasa.,cuma dia sendiri tak pasti perasaan itu cinta atau sekadar sayang macam keluarga..tapi bila berjauhan begini,dia sedar dia tak dapat tipu diri sendiri.Dia jadi rindu giler-giler dekat penyanggak tu..adussss

Asyiera tersengih memandang Puan Nora..dia tahu maknya akan faham isi hatinya saat ni.malu pulak nak bagitahu sendiri.nanti di dengar oleh si kembar berdua kat bawah tu,habislah dia.sampai raya tahun depan dia kena bahan nanti.huhu.
Puan Nora menepuk bahu anaknya perlahan


"Dah, jangan nangis lagi. Mak masak ayam lemak cili padi kejap lagi.fav angah kan.Angah makan dulu, tak payah bimbang tentang Farid.kejap lagi balik la tu.

Asyiera tergelak kecil di celah tangisannya.


"terima kasih mak.."

. "yalah,lepas makan karang,tak payah lagi nak berperap kat bilik.tengah hari buta ni tak panas ke berkurung dalam bilik TU..bunga peony kau tengah mekar kat taman..kesian takde siapa jaga.mak pun takde masa .banyak kerja kat rumah."

Asyiera kembali ceria..dia lupa akan taman peony..dia memang rindu dengan bunga tu semua. .petang karang dia Mesti ke Adhreena florist.nak jumpa Hadi.

* * * * * *

Pintu kaca kedai florist terkuak perlahan, dan Asyiera melangkah masuk dengan muka masam. Dia tak peduli dengan pelanggan yang tengah pilih bunga. Fokus dia hanya satu: Hadi.

Hadi tengah sibuk menyusun bunga lily di kaunter. Bila nampak Asyiera, dia terus tersengih.


"Syira! lama giler tak jumpa kau.kenapa muka tu ketat sangat. kau rindu aku ker"

Asyiera terus berdiri depan kaunter, tangan bersilang di dada.rasa nak ketuk je kepala si Hadi ni.


"Kau ni memang tak nak tengok aku bahagia kan di?" lenting syira,semua orang yang ada dalam kedai tu menoleh kearahnya.


"Eh, kau tersampuk Jin mana pulak hari ni syira..datang2 terus nak makan orang..kau okay tak ni?"

Asyiera lantas bergerak ke office..ramai pulak org harini..dia tak nak gaduh depan orang.hilang keayuan nanti.Hadi mengekori dari belakang.


"Kau ni teruk tau di,yang kau bagitahu Adam pasal aku dipaksa kahwin dengan farid kenapa?tak pasal-pasal Adam datang ganu buat kecoh..buat Hal betul la kau ni.." Apa lah Nasib ada kawan mulut murai ni..dia siku betul-betul nanti baru padan muka


"Takkan lah Adam serang kau kat sana..dia buang tabiat ke apa"


"Bukan aku tapi Farid.Aku tak tahu apa yang berlaku antara dia dengan farid..tapi untuk pengetahuan kau.Farid dah lari tinggalkan aku sebab Adam!"


" Lari? kau biar betul?.Err sorry Syira,aku mengaku,aku ada cerita sikit. Tapi aku tak sangka dia datang kat kampung kau dan serang Farid. kau serious ke ni?" terkejut beruk Hadi dibuatnya.


" kau tengok muka aku,aku tengah buat lawak ke sekarang?"


"tak,dia macam ni syira,haritu kau sendiri jugak yang cakap,perkahwinan kau ni tak bahagia. so,sebagai 'bestfriend' kau,aku ingat kau akan bahagia kalau Adam yang jadi suami kau...bukan Farid"

Asyiera mengeluh..salahnya jugak sebab cerita kat Hadi

" Memang betul aku pernah cakap aku tak bahagia..tapi tu dulu di.sekarang ni aku baru je nak rasa kebahagian tu, tapi belom sempat nak bahagia.Adam datang dan huru harakan semuanya, aku tahu kau nak aku bahagia,aku hargainya tapi aku tak nak lah kau jaja kisah perkahwinan aku ni pada Adam..aku dah takde rasa dengan Adam sikit pun di."

wajah Hadi semakin pucat.mengekek katawa Asyiera dalam hati..padan muka! biar kau rasa bersalah sampai bila-bila Hadi bakhtiar.!


"Sorry Syira, sumpah aku takde niat! Kalau aku tahu dia nak buat kecoh kat sana, dah lama aku bagi alamat rumah orang lain." sempat lagi Hadi buat lawak.

Asyiera geleng kepala.nak marah pun tak guna..semua dah berlalu.

"Ni Kali je Tau..lepas ni janji,kau jangan buat cerita kat siapa-siapa lagi kisah aku dgn Farid.."

"Confirm tak cerita dah!" Hadi angkat tiga jari, macam gaya pengakap.niat nak senangkan hati Asyiera.alih-alih dia yang buat masalah.

Asyiera tarik nafas lega. Sekurang-kurangnya, satu masalah dah selesai. Tapi sebelum dia sempat duduk, Hadi bersuara lagi.


"tapi kau kena bagi aku kredit sikit."


"Kredit apa pulak?"


"Yalah,kalau bukan sebab aku, kau takkan sedar yang kau memang betul-betul sayang Farid.tengoklah sekarang,.kau dah gila bayang dengan suami kau sendiri..betul tak?? nampaknya aku dah jadi hero dalam kisah cinta kau ni."


"Hero kepala hotak kau."

Hadi letak tangan di dada, pura-pura sentap. "Astaghfirullah, bahasa kau syira, Aku ni penyelamat rumah tangga kau tau, hormat sikit."


"penyelamat apanya ,buat hubungan aku makin retak adalah .ishh..nasiblah kau ni kawan baik aku .klo bukan, dah lama siku aku hinggap kat kau di."


"kasar betul la kau sejak berlaki ni! kau kenapa..buang tabiat?patut la laki kau lari..klo aku jadi Farid,aku tak tunggu sampai sekarang.dari First nite dulu aku dah lari...seram!"

Asyiera menyeringgai nipis. Geram dia dengar ayat yang keluar dari mulut Hadi.betul-betul dia rasa nak siku mamat ni.tapi nama pun abang kawasan,mana makan saman.


"ok la Hadi,makasih tau.di. Untuk jadi hero dalam kisah cinta aku."perli Asyiera.sehabis lembut.sengaja nak bagi Hadi kembang Kempis.


"cakap sekali lagi. Aku nak rekod buat ringtone."


"ko blah sekarang.!" marah Asyiera

Nasib dia lah ada 'bestfriend' mcm Hadi Bakhtiar.
Asyiera segera keluar menuju kaunter..malas dia bertekak dengan Hadi...dia rindu Adhreena florist..dah lama tak balik kampung...sementara berada di kl ni,dia mahu uruskan semua kerja yang tertangguh..Lepas ni entah bila lagi dia nak balik KL...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience