Asyiera tersenyum melihat keletah adiknya Aqeef dan Ariff bermain bola dihalaman rumah..kalau tak mengenangkan kaki yang masih berbalut..pasti dia join main bola..sudah lama dia tak mengelecek bola..pasti seronok..
"Hi senyum sorang -sorang nampak.buat apa tu?
Segera ditoleh ke arah Shafiq yang muncul dengan krim putih ditangan..Sudah dua hari dia keluar hospital.sejujurnya dia happy bila Atuk,nenek dan Shafiq melawatnya di hospital..dan dia sendiri yang paksa atuknya bawa dia balik..tak sanggup dia duduk di wad lagi..bosan dan hatinya turut sakit melihat kemesraan Dr.Adam dan Dr.Kay..tambah-tambahan lagi dia tahu dr Adam anak Puan Halimah.
"Tak buat apa bang..tengok dorang main ni hah..Atuk dan nenek mana..?
Krim putih berukar tangan. segera disapu perlahan krim tu pada luka yang sudah beransur sembuh..
"Atuk kat dalam tu tengah layan berita..nenek dan mak su kat dapur tengah masak.hmmm.Syira,kalau abang tanya sikit,syira janji jangan marah k."tanya Shafiq perlahan..wajah syira dipandang lama..6 tahun dah berlalu dan wajah itu dilihat semakin cantik..tiada lagi baju besar yang sering dipakai syira waktu remaja dulu,tiada lagi topi dan seluar jean lusuh yang selalu dipakai syira sewaktu di kampung dulu.semua dah berubah.
"Abang nak tanya apa?"
"Kenapa selama 6 tahun ni,Syira tak pernah balik kampung..Syira tak rindu abang ke?"ujar Shafiq perlahan..takut didengar oleh kembar berdua di bawah tu.
"Gila tak rindu..mestilah Syira rindu.cuma Syira tak nak jumpa kaq Reha dan Dira..abang Shafiq bukan tak tahu durang tu tak suka syira.."
Teringat kepada Kaq Reha,adik Shafiq dan Adira,anak tunggal Mak ngah.sepupu yang selalu bertikam lidah dengannya..mereka tu lah yang selalu kutuk dia tomboy..selalu hina dia dulu..pernah sekali dia hampir lemas ditolak Adira ketika bermain di sungai dulu dan sebab tu la dia tak suka balik kampung.malas menghadap muka Adira dan Kaq Reha.
"Syira,sekarang ni korang semua dah besar panjang. takkan lah gaduh lagi..abang yakin sangat dorang dua tu dah berubah..tahun ni Syira balik kampung ye?"pujuk Shafiq perlahan.
"Tengok lah macam mana..Syira tak janji."
"Laaa,apasal nak kena tengok lagi?ke Syira ada boyfriend kat sini. tu yang susah nak tinggal tu kan...betul kan."Duga Shafiq.
"Apa abang Shafiq ni...kesitu pulak..kalau Syira ada boyfriend pun Syira tetap akan balik kampung.bukan pasal tu la bang.Syira takde boyfriend la"
Asyiera Adhreena mana ada boyfriend..siapa la yang nak kat dia..setakat penjual bunga..apek tua pun pandang sebelah mata je.Hadi selalu kata lelaki yang akan jadi suaminya nanti sangat malang..dapat isteri tak pandai bergaya,kasar,selalu nak siku orang.tak romantik langsung.
Asyiera mengeluh perlahan..harap-harap tak masin la mulut si Hadi tu...tak pasal-pasal dia jadi anak dara tua nanti.
"Ye ke takde boyfriend..cantik macam ni pun takde orang nak?tak payah tipu abang la."
"Betul la bang.Syira belum ada boyfriend..orang tak nak kat Syira sebab Syira ni penjual bunga jer.tak macam perempuan lain yang ada kerja bagus..."
"Syira ,cinta tu tak pandang status..kerja kat kedai tu pun kerja halal apa..lagipun bukan Syira takde pelajaran..Syira ada ijazah.so,jangan la rendah diri macam ni.Abang Shafiq rasa ada jer orang jatuh suka kat Syira..contohnya doktor yang merawat Syira tu.."usik Shafiq.senyuman terbit di bibir bila melihat wajah terkejut sepupunya.
"Maksud abang?"Syira mennunjukkan minat.
"Maksud abang,doktor tu macam suka kat syira,tengoklah cara dia pandang syira..ekpresi wajah dia berubah bila syira nak balik..dia macam berat hati je lepaskan syira balik..Syira tak perasan ke?"
Asyiera mengeleng kepala berapa kali.Betul ke Doktor Adam suka kat dia..walaupun ada perasaan happy dekat hati, dia tetap menafikan..Mustahil lah doktor tu suka dia..Dia bertahan dekat hospital tu pun tak sampai 1 minggu.Teringat balik perbualannya dengan Puan Halimah..Asyiera segera mengeleng kepala beberapa kali..sebabkan Doktor Adam tu lah dia terlibat dalam kemalangan..Dia tak akan biarkan dirinya jatuh cinta dengan doktor tu.tak akan.!
"Dah lah Syira,tak payah fikir banyak-banyak..Syira tetap balik kampung raya tahun ni.Ok..tak payah difikirkan c reha dan c dira tu..Pandai lah dorang tu berubah nanti.."
"Tapi abang Shafiq,Syira tak janji tau nak balik."
"Syira tetap kena balik. Abang tak peduli..dah lama kita tak kumpul sama-sama..tak raya sama-sama..abang rindu zaman kita kanak-kanak dulu..kita tidur ramai -ramai kat ruang tamu.malam-malam kita duduk berkumpul dengar cerita hantu..abang rindu zaman tu."
Asyiera terdiam..sejujurnya dia pun rindukan kampung di kuala Dungun sana..dia rindu suasana kampung...berbeza dengan suasana bandar ketika raya.Akhirnya dia mengalah.Dah lama tak rasa Rendang kambing Hajah Rokiah...kecur liur dibuatnya...
"Ok,Syira balik kmpung tahun ni..tapi dengan satu syarat..?"Pinta Asyiera..kening sebelah kanan diangkat..
"Syarat apa?"
"Abang kena temankan Syira pergi majlis kahwin anak Puan Halimah minggu depan...boleh?"
Shafiq telan air liur..'Majlis Kahwin'???
"Tapi syira,abang tak kenal siapa-siapa tau kat KL ni..kalau abang tak nak temankan boleh."
"Tak boleh,abang mesti temankan syira jugak. syira tak kira..kalau tak syira tak nak balik kampung."rajuk Asyiera.dia dah berjanji dengan Puan Halimah memandangkan dia tidak dapat mengurus majlis tu.so,dia kena datang ke majlis Perkahwinan kakak Doktor Adam.
"Laa,mana aci main ugut-ugut macam ni."
shafiq mengeluh perlahan..kalau majlis kahwin kat kampung boleh lah tumpang sekaki...ini bandaq besaq..susah nak biasakan diri.
"Aci,maci ..tak kisah la apa pun.syira tak kira.abang shafiq kena temankan jugak..kalau tak,syira tak nak kawan dengan abang ."
rajuk Syira..sengaja badan dikalih membelakangi Shafiq..Asyiera tahu Shafiq tak sampai hati biarkan dia merajuk lama-lama...
"ok lah ok lah,abang temankan syira tapi janji kaki tu kena sembuh cepat.abang tak nak kat sana nanti,syira mengadu sakit kaki pulak...abang tak larat nak angkat tau "Pinta Shafiq mengalah.
Dia pun sebenarnya tak nak Asyiera pergi sorang-sorang ke majlis tu nanti..bahaya ada di mana-mana...
"Beres boss" ujar Asyiera ceria..dah agak dah,abang Shafiq memang pandai pujuk punyalahh...bibirnya menguntum senyuman manis..matanya kembali menhadap ke halaman rumah..menyoroti perlawanan bola sepak Ariff dan Aqeef semula.
Share this novel