Asyiera mengerutkan dahi.'Pelik sangat ke aku hari ni?' hampir semua mata-mata orang dalam dewan memandangnya sedari tadi..dahi dah berpeluh kuat.laju saja kakinya mengatur langkah menghampiri Hadi...Dewan yang besar dan boleh memuatkan hampir 7000 tetamu itu kelihatan hebat.
"Di,sini kau"Hadi yang sibuk berbincang dengan Encik Hendry memandang tepat ke arahnya.Encik Hendry,wedding planner yang mereka upah tadi memang pakar dalam bab menghias ni..kebanyakkan pengantin akan mengupah Encik Hendry untuk atur majlis kahwin.hasil tangan Encik Hendry memang tiptop..customer akan berpuas hati dengan kerja yang dihasilkan.
"..kau tak nampak aku tengah disscus tu.kau nak apa?"Hadi merungut.time macam ni lah si Asyiera ni melalak..dia menapak ke arah Asyiera yang berdiri disebelah meja utama.
"Cuba kau tengok aku,kau nampak something yang pelik-pelik ke kat aku?"Asyiera segera possing depan Hadi..mana la tahu ada yang tak kena.ye la,tak habis-habis orang memandangnya..
"Apa yang pelik?biasa je aku tengok..takde yang menarik."Hadi buat muka selamba..selepas tutup kedai tadi,Asyiera dan Hadi bergerak ke alamat yang Puan Halimah beri.Encik Hendry dan beberapa lagi pekerja dibawah Encik Hendry turut hadir untuk memulakan dekorasi dewan majlis persandingan anak sulung Puan Halimah.Wedding yang bertemakan Royal Garden dan Fairytale sangat hebat.singahsana pengantin nampak mewah..bunga orkid dan dan bunga jasmine menjadi 'main theme' untuk majlis tu..Asyiera yang mengenakan blouse merah cair dan tudung bawal hitam yang hanya dipin kiri dan kanan..nampak simple dan tak berstyle..dengan kasut adidas dan seluar jean hitam..nampak sangat tak sesuai berada disana.
"serious lahh di,aku rimas la orang tengok aku dari tadi..aku tak suka..macam ada apa-apa je kat muka aku sekarang. betul ke tak da papa ni,atau aku cantik sangat hari ni.."lebar sengihan Asyiera..mata bulatnya bersinar..
Hadi dah tersenyum sengit.perasan!
"jangan perasan boleh tak..orang tengok kau sebab hairan..kenapa kau (sambil menunjuk penampilan Asyiera dari atas kebawah) boleh dress up macam ni.tu jer." perli Hadi.saja di sakat gadis yang sudah mencuka didepannya itu.
'kurang asam punya kawan..ni ke namanya bestfriend? tak pandai jaga hati kawan betul!!'.Azween mendengus kasar.sekurang-kurangnya bagi la semangat sikit.
"Elehhhh..kau cakap je lah kau jealous sebab takde orang pandang kau kat sini.kan..betul tak? mengaku je lah di."usik Asyiera,biasalah orang jealous memang macam tu..ada je bahan nak memperli..walaupun dari dulu dia dah tahu Hadi memang jenis kasar kalau bercakap.
"cehh,takde makna aku nak jealous dengan kau.buang masa!.dah lah,daripada kau merayau-rayau tak tentu hala macam ni,lebih baik kau ikut aku ke depan. banyak kerja nak dibuat.kalau macam ni la gayanya,lebih baik aku yang incharge everything.."
Hadi dah mula membebel..aduhaiii 'kalau tahu tadi,.tak ingin aku ajak si Hadi ni.bukannya membantu..kena bebel adalah.'gerutu Asyiera dalam hati
"Bila masa aku merayau?kau tak nampak aku tengah kerja ni."Asyiera segera berlalu ke meja makan yang sudah dipasang kain lapik bewarna emas..kerusi disusun serapi mungkin.saja nak tunjuk rajin depan Hadi.
"Tak payah kelentong aku..kerusi tu dah elok tersusun dari tadi..dah lah,jom ikut aku jumpa Encik Hendry..tak payah sentuh kerusi tu.banyak lagi kerja belum berbuat .jom.." Hadi dah menarik hujung baju Asyiera untuk mengikutinya.Mahu tak mahu,Asyiera terpaksa menurut langkah Hadi.takot makin panjang pulak bebelan hadi lepas ni..
Dari jauh dia dah nampak Encik Hendry tengah serious berbincang dengan Puan Halimah
"Hah,ada pun kamu Rina.Makcik baru nak kol Mak kamu..nak suruh Mak kamu ingatkan kamu untuk datang sini.terima kasih ye sayang.Sudi bantu makcik atur majlis anak makcik ni.." Puan Halimah dah memeluk Asyiera erat.lega bila gadis itu ada depan mata sekarang ni..
Asyierap hanya mampu tersenyum..kalau diikutkan hati, memang dia tak nak datang.dah macam Stadium bola dah besar dewan ni.tapi bila terkenang kan wanita di depannya ini kawan baik mamanya..dia terpaksa akur.lagipun Hadi dan Encik Hendry turut serta dengannya di situ.jadi dia tak lah bimbang sangat.
"Eyh tak la makcik,bukan Rina yang buat pun.Encik Hendry yang uruskan..Rina cuma bantu sikit-sikit jer.Rina dah beritahu makcik kan Rina tak pandai buat semua ni ."Berhati-hati Asyiera mengutarakan kata..takot menguris hati Puan Halimah.
"Takpe sayang,makcik faham..janji kamu datang dan urus..tak kisah lah berapa banyak tukang deko,wedding planner kamu bawa..makcik tak kisah..janji yang inchargenya kamu..kamu yang uruskan semuanya..cuma itulah..ada masalah sikit ni sekarang ni..tu yang makcik turun malam ni.."
Kata-kata Puan Halimah buat Asyiera mengerutkan dahi.
"masalah apa Puan?"Encik Hendry dan Hadi saling pandang memandang..pelik betul bunyinya.setahu Asyiera,mereka dah buat tema seperti yang di rancang.takde benda yang tinggal.
"Anak makcik yang bongsu.adik pengantin..dia tak nak bunga orkid dan jasmine.dia nak bunga daisy..so,terpaksa lah korang bertiga ubah balik bunga -bunga ni semua..boleh?"
Asyiera angkat muka..Apasal pulak anak bongsu Puan Halimah melebih-lebih ni..yang nak kahwin anak yang sulung kan..kenapa pulak mereka kena ubah ikut cita rasa si adik..
"Makcik ,maaflah kalau Rina cakap. Rina nak tanya,kenapa kita kena ikut citarasa anak bongsu makcik tu..rasanya bunga daisy tak sesuai digunakan untuk tema Fairytale dan Royal Garden..Orkid dan jasmine saja bunga yang sangat sesuai untuk royal Garden..jasmine putih buat suasana nampak mewah dan ea satu-satu bunga yang melambangkan kesucian."
Asyiera peluk tubuh..dia tak suka kalau ada orang yang pandai-pandai ubah konsep..dia nak Orkid dan jasmine..dan ya kalau betul nak bunga daisy..suruh lah anak bongsu Puan Halimah tu kahwin,Dia boleh tolong incharge..tak payah kacau konsep orang lain..hampir 70% hiasan pelamin dan hiasan di tengah-tengah dewan menggunakan orkid dan jasmine...takkan nak ubah..last minit dah ni.
"Makcik tahu sayang tapi anak makcik ni suka sangat dengan bunga daisy..so,dia nak majlis kakaknya bertemakan Royal Garden yang menggunakan bunga daisy..its unik.."
"Tapi kenapa baru sekarang cakap.masa kita bincang tadi,Puan tak kisah pun dengan bunga pilihan kami..dan pengantin sendiri kata ok..banyak kerja nak dibuat puan kalau kita change konsep last minit macam ni.." Sampuk Hadi.
Dia pun tak setuju.,apa ingat kitaorang ni robot?sekejap nak ni..sekejap nak tu..dari petang tadi sampai lah pukul 10 mereka terpacak dalam dewan ni.letih tau..baju pun tak tukar lagi.
"Tadi makcik memang tak kisah..tapi sekarang baru makcik ingat,anak makcik tu nak bunga daisy..please Rina..,makcik ada dua anak je Rina..apa saja kehendak mereka makcik akan turuti.."
Asyiera dah kelu lidah..tak faham apa yang berlaku..berdaulat betul anak bongsu Puan Halimah ni...sampaikan apa saja kehendak dia ,Puan Halimah ikut..Kalau lah anak puan Halimah tu kecik macam adiknya..sudah pasti disiat-siat kulit biar takde kulit lepas ni.Cerewet nak mampus! mengada-ngada. bukan dia yang nak kahwin pun.
"Anak makcik yang bongsu ni sekarang kat mana?ada kat sini ke?."Asyiera dah melilau kiri dan kanan.dia nak jugak kenal siapa yang cerewet sangat ni.kalau boleh nak hempuk sekali kepala anak bongsu Puan Halimah ni.mana tahu otak nya dah longgar kat kepala tu.suka sangat susahkan orang.tak pasal -pasal mereka kena ubah balik hiasan.
'karang aku tukar dengan belon karang,tak jadi majlis kahwin pulak nanti.tak pasal-pasal jadi majlis hari jadi..baru padan muka!.'gerutu Azween sakit hati.
"Dia tak dapat datang.ada kerja katanya..sebab tu makcik yang turun.boleh kan Rina..tolong la ye"pujuk Puan Halimah Lembut.Asyiera tersenyum kecil..terpaksa la bersetuju.dipandang Encik Hendry yang berdiam diri sedari tadi..wajah Ecik Hendry turut berubah..nampak gayanya lambat lagi lah nak balik ni.nak kena siapkan jugak 50 % hari ni..2 minggu lagi majlis resepsi..hanya 2 minggu. nasib baik Encik Hendry banyak pekerja.jadi kerja cepat siap.
Puan Halimah berlalu pergi selepas habis berbincang.Dia tahu Asyiera boleh uruskan..dia percaya pada gadis itu.gadis itu berkebolehan , lebih dari apa yang disangka.Encik Hendry turut berlalu dari situ.banyak kerja yang nak dibuat dan dia perlu cepat.meninggalkan Asyiera dan Hadi yang masih terpaku.
"so,what we gonna do?nak ubah semuanya?tak sempat la Syira.. yang kau setuju kenapa?"Hadi bercekak pinggang menghadap Asyiera..geram.kenapa perlu ikut arahan adik pengantin?last minute macam ni memang tak sempat.
"Kau nak bertekak ke dekat sini.? kalau kau tak nak tolong..kau boleh balik.aku tak paksa..kau tahu kan di,.aku tak sampai hati.she's best friend my mom..lagipun aku malas nak berdebat dengan Puan Halimah.dah lah di,.sekarang ni apakata kau tolong aku.lagi cepat kita buat kerja.lagi cepat kita balik.ok.and now,.aku nak balik kedai.nak ambil bunga daisy..nak kena gubah balik bunga-bunga tu.."Asyiera segera berlalu,namun Hadi cepat sahaja menghalang pergerakkannnya.
"Kau nak balik butik?agak-agak lah syira..jauh kot.."Hadi dah naik risau..esuk tak boleh ke?nak jugak malam ni ambik dah kenapa.tiba-tiba dia rasa tak sedap badan.
"aku pergi sekejap je ni..ambik bunga pastu datang balik.."dia dah bersedia nak balik kedai..Hadi mengikut dari belakang sampai ke tempat motor Asyiera park..
"Biar aku je lah yang ambil kat kedai,kau tunggu sini dengan Encik Hendry.."
"Eyhh tak pe,aku boleh buat..sekejap je ni..kau tolong keluarkan bunga orkid dan jasmine tu k...esuk aku tak dapat datang.aku kena pergi taman bunga mak aku..banyak bunga dah berkembang aku rasa.so,ini je peluang aku nak bantu apa yang patut kat sini..aku pergi kejap je ni.."Helmet dah diletak atas kepala...enjin dah di start dan motorsikal merah hati Asyiera yang dah berusia 6 tahun tu sudah sedia hendak bergerak..
" syira,nah kau pakai kereta aku,tak yah pakai motor ni"nada suara Hadi bertukar cemas..dia dapat rasakan sesuatu akan berlaku.kunci kereta dihulur kepada Asyiera.
"Tak nak arr..tak best bawa kereta kau tu.ini best..boleh main cilok-cilok..Dah lah.aku gerak lu..apa-apa hal kol aku."Motorsikal merah itu segera mengaum pergi dan meningalkan asap hitam dari ekzos untuk Hadi..Hadi terkulat-kulat..tercengang melihat Asyiera yang memecut meningalkan dirinya sendirian di situ..seminit berlalu,barulah dia masuk semula ke dalam dewan..Asyiera tak pernah dengar katanya.susah betul nak nasihatkan kawan dia seorang ni..haihh
Share this novel