Asyiera membuang pandang jauh ke tengah sungai.sudah lama tak singgah..selepas sarapan tadi dia terus ke sini..merehatkan otak..mindanya terbang melayang ke arah Farid..Betul ke apa aku buat ni? kahwin dengan Farid??Bahagia ke aku kahwin dengan lelaki yang aku musuhi sejak kecik lagi..dia terima aku ke?Kalau dia bunuh aku macam mana??ooohh tidak..tak mungkin..
"ehemmm"
Asyiera menoleh bila terdengar bunyi deheman seseorang dari belakang. Farid! Lelaki yang tinggi lampai bertshirt biru muda terpacak di belakangnya..perlahan-lahan Farid menghampiri Syira..6 tahun tak jumpa dan kini gadis tomboy tu ada depan mata.Matanya hampir terkeluar melihat perubahan Syira..sejujurnya dia terkejut melihat gadis itu datang ke sungai ni..berhari-hari dia menghabiskan masa di sungai tu memikirkan Syira yang tomboy,syira yang garang,syira yang tak seperti perempuan lain..pagi ni tiba-tiba syira muncul dengan imej yang berbeza.betul ke depan matanya ni Syira atau hanya khayalan dia?
"Bila kau balik?"Farid merenung lepas gadis didepannya..pagi ni tak ramai orang kat sungai.Hanya beberapa orang nelayan sahaja yang turun ke laut demi mencari sesuap nasi..Gadis itu masih tenang memandang jauh ke tengah sungai..
"Aku tanya kau ni,bila kau balik?kau buat apa kat sini?"nada suara farid mendatar.
Asyiera masih diam..Rasanya Farid dah nampak apa yang dia buat kat sini..tak perlu jelaskan pun..Hatinya masih sakit dengan tindakan atuknya..dia ke sungai sebab nak tenangkan fikiran yang terganggu.alih-alih berjumpa pulak dengan si pembawa masalah..Asyiera berpeluk tubuh dan memusingkan badannya ke arah lain..
"Kau dengar tak aku tanya ni?" tengking Farid..pantang betul dia kalau pertanyaannya tak dijawab.gadis ni pulak sengaja mencabar dirinya
Asyiera kembali memusingkan badan menghadap Farid..Farid memang melampau.
"Aduii,bisinglah kau ni..aku balik 3 hari yang lepas..kenapa?aku tak boleh balik ke sini ke? Ini kampung aku..so,suka hati aku lah nak datang sini atau tak."
Busy body betul!Hilang mood dia lama-lama dekat sungai ni..Syira ingin berlalu pergi namun tangannya ditarik kasar oleh Farid..buat seketika mereka saling bertatapan.
"kau dah tahu kita akan kahwin lepas raya?"
Farid memberanikan diri bertanya.sebenarnya dia tak nak pun kahwin dengan Asyiera.tapi dia kena tahu jugak pendapat gadis tu.
"kalau aku tahu pun kenapa?kau nak kita celebrate ke macammana?"
Perli Asyiera,Sudah lah dia sakit kepala memikirkan hal yang tak masuk akal tu..lelaki ni pulak tanya balik benda yang sama. tak tahu nak luahkan mana perasaan bengangnya sekarang ni.
"Kau jangan ingat aku kahwin dengan kau sebab aku suka kau..kau sedar diri sikit ye..kalau tak permintaan atuk aku dan toksu,aku tak ingin lah kahwin dengan kau..kalau aku dah benci .sampai bila-bila aku benci.kau faham tak!?"
Asyiera menarik semula tangannya yang masih digengam Farid.Air mata tiba-tiba jatuh menitik di pipi.entah kenapa kali ni dia terkesan sikit dengan kata-kata Farid..Besar sangat ke kebencian Farid kepadanya.?
"Kau dengar sini,kalau kau benci aku.aku seribu kali lagi benci kau..kau ingat aku terhegeh-hegeh nak kahwin dengan kau ke?.jangan perasan...aku pun tak sudi lah.."
Berdesing telinga Farid mendengar ayat yang keluar dari mulut syira..wajah gadis tu berubah merah seperti menahan marah.
"Aku tahu niat toklong sebenar farid,so,kita kahwin atau pun tak,aku takkan biarkan dia dapat apa yang dia nak. kau faham!"
Asyiera Adhreena segera berlalu dari situ..meninggalkan Farid yang masih kaku..Apa niat sebenar atuk??apa yang atuk nak dari syira?bertubi-tubi soalan menerpa fikiran Farid.
"Syiraaa,tunggu jap"
Farid terpaksa mengejar Asyiera yang jauh di depan.
"Jangan halang aku boleh tak?kau nak tanya apa lagi?"Asyiera hampir menengking Farid. matanya Memandang tepat wajah jejaka dihadapannya.
"Apa sebenar niat atuk aku?apa yang kau tahu?"
Atuk ada niat tak baik kat syira?kenapa Atuk kassim tak bagitahu dia?selama ni dia tak pernah terfikir atuk dia ada niat yang tak baik untuk jodohlan dia dengan gadis depan matanya ni...
"Kau tanya lah dia sendiri..Diakan atuk kau,bukan atuk aku..and one more thing,kau cakap kau benci aku kan..so,apakata kau cari jalan batalkan pernikahan kita nanti..tak kisah lah apa kau buat,aku akan setuju..janji kita tak kahwin.."
Farid nampak terkejut..terasa mulutnya digam.Syira nak dia batalkan pernikahan tu??memang dia pernah terfikir nak batalkan,dia nak hancurkan pernikahan tu..tapi kenapa harini hatinya tak setuju .Farid dapat rasakan hatinya mula sakit..
"kau dengar tak ni.?" ujar Asyiera perlahan.
"Dengar..aku akan cari jalan. don't worry.."
hanya tu je ayat yang mampu dia ucap.hatinya tiba-tiba berbelah bagi.Farid hanya dapat menyoroti langkah Asyiera masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi..Dia tak suka Asyiera..dia tak nak kahwin dengan gadis tu.tapi kenapa hatinya seperti merelakan perkahwinan mereka nanti..
* * * * * *
Khairil Adam mengeluh untuk sekian kalinya..fikirannya tak mementu sekarang...dia teringat kat Asyiera sepanjang hari.
"Temenungkan apa tu dam?"
Ditoleh ke arah lelaki yang sudah separuh abad tu..wajah pak mat bersih.tenang sekali.
"Takde papa la pak mat.fikir kerja yang banyak ni jer..Napa Pak Mat tak tidur lagi.?"
"Pak Mat bukan budak-budak kamu nak tipu...kamu ada kekasih ye Adam.."teka pak mat lagi..Sebelum ni doktor muda tu tak pernah termenung pasal kerja.Doktor professional..biasalah.
Khairil Adam tersengih.mengiyakan tidak,menafikan pun tidak.segera dia menghampiri Pak Mat dan menyelimuti lelaki itu..jam menunjuk pukul 10 malam.dia tak nak Pak Mat sakit lagi..namun pergerakkannya terhenti apabila jari jemari pak mat menarik tangannya perlahan.
"Kalau kamu suka dia,pi kejar dia...bagitahu dia kamu cintakan dia..jangan patah semangat..Hidup ni hanya sementara nakk,pak mat tak nak kamu sedih macam ni.."ujar Pak Mat lagi..Khairil Adam umpama anak dia..sejak tinggal dihospital ini lima bulan yang lalu.,dia rasa bagai diberi peluang untuk bersama anaknya..kehilangan anak dalam kemalangan kereta 5 bulan lalu benar-benar mematahkan semangatnya..kereta yang dinaikinya bersama anaknya teebabas ke dalam gaung..nasibnya baik sebab masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang segar walaupun terpaksa kehilangan kedua-dua kaki..manakala anaknya tidak dapat diselamatkan dan meninggal di tempat kejadian..untunglah dia dirawat di hospital ni dan berjumpa dengan Dr Adam.Dr Adam banyak membantunya pulih dan sebab itulah dia hanya nak Dr.Adam saja yang merawat dia.
Khairil Adam terdiam..kepalanya ligat mencerna setiap butir ayat Pak Mat..'betul jugak ,mana boleh patah semangat macam ni..Lelaki tu baru boyfriend Asyiera..belum jadi suami lagi kan..hmmm, kau tak boleh mengalah Khairil Adam.kalau kau mengalah,kau sendiri yang akan menyesal.peluang tak selalu datang dua kali..percaya la kau akan menyesal kalau kehilangan Asyiera.'bisik hati Khairil Adam perlahan..senyumn terukir di wajahnya.
Ditoleh kearah Pak Mat yang sudah melelapkan mata disebelahnya...'Kesian Pak Mat..dia dah kehilangan dua kaki pun masih kuat.masih mampu meneruskan hidup.sedangkan dia,baru direject sikit dah putus asa,.tak patut tak patut..'.
Share this novel