Bab 36

Romance Series 5917

Asyiera melangkah lesu masuk ke pejabat.Takde mood sebenarnya masuk kerja hari ni.dilirik ke meja kaq wahida..beberapa orang berkumpul di meja tu dan sudah pasti bergosip tentunya.Dia tersengih.

"Tak habis-habis dengan drama..."

badan dihempas ke atas kerusi .pandangannya kosong.Tangannya cuba menaip sesuatu, tapi mindanya melayang jauh, terkenang Farid.Suaminya betul-betul merajuk kali ini.dia dah banyak kali call Farid tapi hanya Suara operator yang didengar..dia try jugak cari di IG dan di FB,malangnya takde update terbaru dari lelaki tu..


'Kau pergi mana Farid,kau tak rindu aku ke?'

Bisik Asyiera dalam hati,.Dia terlalu rindukan Farid, rindukan muka cemberut Farid., suara garau Farid, dan terutama sekali, lontaran kata-kata kesat Farid.huhu...

Suasana pejabat yang biasanya riuh-rendah terasa sunyi hari ini. Asyiera termenung, membiarkan kenangan manis bersama Farid bermain di mindanya. Dia teringat saat-saat mereka masih kecil dulu.asal jumpa je gaduh.asal jumpa je gaduh.tak pernah terfikir lagi di fikiran Asyiera dia akan gila bayang dengan Farid sampai macam ni.

Tiba-tiba Matanya tertancap pada sesuatu yang tidak biasa. Sejambak bunga warna pink segar, terletak di atas fail yang bertimbun di mejanya

Bunga yang sama dia pernah terima dulu.bunga Daisy.

Asyiera terkedu,siapa pulak yang letak ni.ditoleh ke kiri kanan. namun hampa,takde sesiapa kat situ..Asyiera membelek bunga tu.nasibnya baik jumpa kad.

"For my lovely Asyiera..saya rindu awak.- YH"

' YH? macam pernah nampak YH ni..takkan lah.'
ingatannya terbang ke arah Adam..mustahil Adam yang hantar...kan dia dah Bagi amaran dekat Adam..


"Asyiera,"


'Kuss semangat' segera ditoleh ke arah Yusri Hayder yang baru datang. matanya tajam memandang Yusri hayder.terkejut dia dengar suara lelaki yang begitu hampir dibelakangnya.lelaki tu macam hantu,tiba-tiba je muncul.ishh mamat ni tak faham bahasa betul..dah orang tak suka tapi masih jugak nak menempel.Asyiera mengumpat dalam hati.


" Ya Encik Yusri .ada apa yang saya boleh bantu?"


"Saya nak tanya pasal list bahan mentah yang Puan Rozita suruh print..dah ada?"


"Oo...Ada...skejap ya Encik Yusri."

Asyiera lantas membuka satu fail dan mengeluarkan beberapa helai kertas yang sudah diprintnya kelmarin..Senarai itu akan diberikan kepada pembekal
mereka hari ini..


"lagi satu,pembekal buah-buahan dan sayur-sayuran akan datang sekejap je lagi,so,saya nak awak sediakan tempat untuk letak semua sayur dan buah-buahan baru tu..yg lama nanti saya suruh sesiapa packing.saya ada hal harini..saya tak dapat pergi kilang."

"Okay Encik Yusri..saya akan sediakan sekejap lagi "


"Dah berapa kali saya cakap dgn awak.jgn panggil saya Encik..panggil saya Yusri atau abg Yusri..baru nampak mesra" senyuman Manis dihadiahkan kepada Asyiera .Asyiera menyeringai benci.


" Ada apa-apa lagi Encik Yusri? kalau takde, saya nak buat kerja dulu" Asyiera malas nak dengar ayat buaya lelaki tu..menyeramkan.


" Ala,sekejaplah..baru nak borak."

lagi-lagi Encik Yusri jual minyak. naik berbulu telinga nie.Asyiera tak membalas..sengaja dia menyibukkan diri..bunga tadi diletakkan dalam vase..dah ada tiga vase bunga di atas mejanya..ini kalau dibiarkan,tak sampai setahun dah penuh mejanya dengan bunga..keobsesan bunga Masih ada lagi dalam diri Asyiera..Nasib la Encik Zahid faham fi'il menantunya ni.huhu


"Cantik bunga.."

Asyiera pura-pura busy..malas layan Lelaki buaya tu.


"Awak suka bunga Daisy kan syira.."
kata-kata Encik Yusri mengejutkan Asyiera..dah kenapa lelaki ni tanya macam tu..dipandang lelaki tu serta merta..Yusri Hayder tersenyum Manis..


"Dari mana Encik yusri tahu saya suka bunga Daisy?"

Yusri Hayder Masih tersenyum kambing.meluat betul Asyiera tengok.


"Tu kat depan awak tu berlambak bunga Daisy.dah macam kedai bunga dah saya tengok meja awak ni." Yusri Hayder Masih Cuba menjual minyak.


"Saya tengah busy ni Encik Yusri," mahu tak mahu,terpaksa dihalaunya jugak lelaki tu..tadi katanya ada kerja tapi sibuk menempel kat meja dia ni kenapa.bertubi-tubi sumpah Asyiera dalam hati.

Yusri Hayder hanya berdiri di situ, senyuman masih lekat di bibir.


"Hmm, okaylah.saya pun ada kerja..awak buatlah kerja..tapi jangan kuat sangat kerja syira..bawa-bawa berehat." Encik yusri kemudian berlalu dari situ.pagi ni dia ada kerja diluar bandar.lebar senyuman lelaki tu sebelum meninggalkan Asyiera sendirian.dia mengenyitkan sebelah mata.makin meluat asyiera tengok.

Fuhh lega.Akhirnya dia aman jugak.dia kembali fokus pada kerja namun sesaat kemudian,matanya tertumpu semula pada bunga Daisy di atas mejanya. Ingatannya berputar kembali ke kad yang ditinggalkan tadi.tiba-tiba dia perasan sesuatu

"For my lovely Asyiera... saya rindu awak. - YH."

YH... Yusri Hayder?'

Takkan... bunga ni dari Yusri?

Dia cuba untuk husnuzun, tetapi wajah Yusri yang tersenyum lebar di depan matanya tadi membuatkan hatinya terpaksa suuzun. Mesti dia yang bagi bunga ni.Arggghhhhhh.Dasar buaya tembaga!

Asyiera segera mencabut semua bunga yang ada dihadapannya.dia yakin YH tu Yusri Hayder...siapa lagi yang nama dia diawali huruf YH selain Yusri hayder.?mana ada!Dasar Gorgon..ishhhh..walaupun bunga-bunga tu sangat cantik..tapi bila mengenangkan bunga tu dari Gorgon sebelah meja ni..terpaksa jugak dia sumbat bunga tu dalam tong sampah.meluat!

Dalam sekelip mata mejanya jadi lapang.dah takde bunga daisy lagi dah..vase bunga tu di simpan ke dalam bilik stor..mati-mati dia ingat bunga tu dari Adam.nasib dia tak Tanya pada Adam masa jumpa hari tu...kalau tak,mana nak letak muka ni..

Asyiera kembali duduk di mejanya..dia baru nak sambung berkhayal namun sesaat,dia kembali teringat pasal pembekal yang kejap lagi nak Mai..nak tak nak ,dia terpaksa bangkit.


"syira,"

Asyiera lantas menoleh ke arah empunya suara...Encik Zahid rupanya


" ya yah,ayah nak apa-apa ke?"


" tak,ayah nak tengok kamu..ok ke?"
Asyiera tersenyum nipis.dia tahu ayah mertuanya pasti bimbang tentangnya.dia terus duduk di depan menantunya tu


"ok je yah...syira dah pandai buat kerja sikit-sikit .Puan Rozita banyak membantu syira."


" Bukan pasal kerja..ayah nak tanya pasal Farid.ada apa-apa yang kamu nak kongsi dengan ayah?"

Encik Zahid pelik,hari tu ada jugak Farid cakap dia nak ikut kursus bengkel kat Switzerland.tapi tak tahu bila anaknya tu nak pergi.dan dia tahu Farid memang tak bagitahu Asyiera lagi.kesian jugak menantu dia ni tapi biarlah, dia tak nak masuk campur hal mereka laki bini.


" Tak dak benda nak kongsi pun yah..Syira tak gaduh pun..maybe Farid ada kerja kat luar.."
saja bagi alasan.walaupun alasan tu tak munasabah.


"Oo busy la tuu,takpelah . ermm ni Syira,sebenarnya ayah kesini nak suruh syira ambik cuti..balik ke kl.penat sangat ayah tengok syira ni..kerja kuat sangat..beberapa hari ni ayah perhatikan kamu termenung..tidur tak cukup ..entah makan entah tidak lagi harini."


"Syira ok la yah..Masih bersemangat lagi ni"

"Semangat apa..macam tak teurus adalah.rupa dah macam mati laki!"

Asyiera lipat maut.dipandang wajah Encik Zahid dalam-dalam.apalah ayah mertua dia ni. bergurau tak kena tempat.


"Ayah,Apa niii, tak mahu lah cakap macam tu..dah lah Farid tak tahu kat mana sekarang ni..risau hati ni dibuatnya." Ayah mertua dia ni pun..


"Ayah gurau je lah..tak payah tegang sangat..cuti je lah..rehat kan sikit kepala tu.tak payah fikir pasal kerja.nanti ayah bagitahu Puan Rozita."
Encik Zahid bangun dan segera berlalu.Ada meeting tengah hari ni.


" Ayah dah makan ubat belum.."


"kejap lagi ayah makan lah..kamu siapkan apa yang patut lepas tu balik.rehat awal.."

Asyiera mengganguk perlahan..beruntung ada bapa mertua seperti Encik Zahid..tak pernah marah ..tapi yelah kan ..Encik Zahid memang teringin nak ada anak perempuan..pasti bapa mertuanya happy impiannya tertunai.. Alhamdulilah terima kasih ya Allah..Asyiera segera bangun. dia kena siapkan perja yang Encik Gorgon tu bagi dulu baru dia boleh balik.. dia akan balik kl esuk..tak sabar nak jumpa Puan Nora Dan yang paling penting..dia tak sabar nak pergi Adhreena florist..rindu bunga-bunga kat situ!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience