'Ya Allah,kau tetapkan lah iman di dada ni Ya Allah..Dah kenapa pulak aku jumpa dia kat sini ni..budak ni takde rumah ke apa..'
Terkejut Asyiera bila nampak Farid tengah bersembang dengan Atuk,Shafiq,Ayah Ngah, dan Ayah Long di ruang tamu..kejap lagi nak berbuka,buat apa lah lelaki ni ada kat rumah ni pulak..
"Apa yang kamu tercegat kat pintu tu syira?dah siap masak?.,kejap lagi dah masuk waktu ni.pergi lah hidang.."Suara Atuk yang 'merdu' tu bergema satu rumah..akhirnya semua 10 pasang mata kat rumah tu pun menoleh kearahnya..
Asyiera Adhreena tersengih..menunjukkan raut wajah yang sedang-sedang manis....segera kaki diayun laju masuk dapur...ditarik tangan Puan Nora yang tengah mengacau Air cendol ke tepi tingkap..matanya dibesarkan dan dia merenung wajah Puan Nora dengan wajah yang kusut.
"Kamu ni kenapa angah..macam baru lepas nampak hantu jer."Puan Nora membebel perlahan..tertangguh kerja mengacau air tadi..tinggal beberapa minitje lagi nak berbuka..
"Mak nampak tak siapa yang sembang ngan atuk kat luar tu...mak nampak tak?"
habis satu badan puan Nora bergegar...ishhh budak bertuah ni..
"kamu ni kan,bakal laki sendiri pun tak kenal ke?tu kan farid."Puan Nora mengeleng kepala beberapa kali.
Jadi betul lah yang bersembang dengan atuk tu Farid??dah kenapa pulak dia datang waktu ni..nak berbuka kat sini ke?ishh tak mungkin lah..atau saja nak singgah sini,nak melawat bakal isteri dia ni ke atau nak melawat Adira ni...confius betul.
"Kenapa dia datang.?dia takde rumah ke mak?ke dah kena halau dengan toklong??"
Puan Nora panjangkan tangan cubit lengan Asyiera..cakap tak berlapik..budak nii kan...Asyiera menjerit..rasa kebas lengan yang diketip Puan Nora.
"Cakap lagi benda mengarut macam tu..apa lah angah ni..,tu bakal suami angah tu..bukan orang lain."
Puan Nora berlalu semula ke meja makan..air cendol tadi dikacau semula..Asyiera mengikuti dari belakang.
"Habis tu,dia buat apa kat sini?tak de angin,takde ribut tiba-tiba muncul.." Asyiera masih mengomel..siapa tak terkejut bila nampak orang yang hendak dielakkan muncul depan mata macam ni.
"Atuk yang panggil..lagipun tak lama lagi kan korang nak kahwin..tu yang datang nak beramah satu family tu..." jawab Mak Ngah yang baru masuk ke dapur....Dibelakangnya muncul Hjh rokiah dan yang lain-lain..tidak lama kemudian kedengaran suara azan maghrib berkumandang dari surau...mati terus pertanyaan Asyiera..Dia duduk disebelah Shafiq,berhadapan dengan Farid..sengaja lah ni orang kat rumah ni nak kenakan dia...ishh takpe,takpe,,ada ubi ada batas,ada soto aku kebas..hehe
Asyiera yang baru nak menyendok mee terhenti..terkejut bila nampak Farid yang duduk di depannya tersenyum manis depan mata..sikit lagi terlepas mee soto yang dipegangnya..
'ishhh tersengih-sengih macam kerang busuk,demam ke apa?' Asyiera tak jadi ambik mee..diteguk milo ais sampai habis..dalam hati tak senang duduk....dia tahu Farid berlakon..yelah depan atuk kan..mesti jadi cucu mithali.
"awakk,awak nak makan apa?nak makan nasi ke mee?saya boleh ambik kan.."Tanya Adira manja..suaranya perlahan namun dapat didengari Asyiera..
Leher Asyiera berpusing 90 darjah.terkejut mendengar suara gedik Adira..tiba-tiba telinganya berasap..'ish,tak boleh jadi ni,bakal laki aku tuuu...'belum pun sempat farid menjawab..Asyiera dah menghulur kari kepala ikan depan mata Farid.
"Farid,syira masak kari kepala ikan ni khas tuk Farid..rasalah...speciel punya ni..Syira sendukkan k.."Tersenyum kecil Asyiera melihat raut wajah Farid yang terkedu..
'Apa ingat aku ni tak pandai belakon ke?ini Asyiera Adhreena la...pelakon No 1 dunia..apa je watak aku boleh buat dengan baik..cuma itulahh,,takde sorang pengarah pun kenal aku..kalau tak,mahu menangis artis kat malaysia ni takde job...'
Asyiera tersenyum manis..puas hati dapat buat adira sakit jiwa..hahaha..wajah Adira masam.nak mengadu dekat atuk tak boleh,almaklumlah.atuk kan lebih sayangkan Asyiera..hish sakit mata melihat sepupunya tu tersengih-sengih.
"Hah,ini lah yang atuk nak..manis jer atuk tengok syira dan farid macam ni.kalau macam ni lah gayanya..bukan lepas raya..tapi hari raya jugak kita sandingkan korang berdua..boleh kan Farid.Syira pun macam dah ready jadi mak budak rasanya".Hj ismail bersuara..terdengar suara lain yang bersorak menyokong pendapat Hj ismail..
Farid hampir tersedak mendengar saranan toksu..cepat-cepat Asyiera menyuakan air kearah Farid..Rasa nak menyorok bawah meja je kala ni...lain yang diharap.lain pulak yang jadi.matanya dapat menangkap kelibat Adira yang macam cacing kepanasan..pasti kau sakit hati kan dira..
"Atukkk..." muka syira merah menyala...malu do..Abang shafiq dan si kembar berdua tu sudah ketawa perli..ishhh tak suka la..Si Farid ni pun satu.bukan nak back up..Asyiera segera angkat kaki..tak kuasa lama-lama kat meja tu lagi..biarlah Adira je yang layan Farid..tak nak dia berlakon dah...
"Angah,nak kemana pulak tu.."tegur Puan Nora.
"Angah dah kenyang."Asyiera tipu sunat..mana ada dia makan apa-apa lagi hari ni...tapi dah satu rumah gelakkan dia..dia terpaksa bohong..lagipun kat surau kan banyak makanan..makan kat situ je lah.sempat lagi ditoleh ke arah Farid yang tersengih..muka hipokrit!!suka lah tu aku berambus dari depan dia..ishhhhhh..
Asyiera segera berlalu keluar dari situ..hatinya panas.dilirik Hj ismail dan yang lain..mereka masih gelak..dah tahu orang tak suka Farid...masih lagi nak kenenkan..siap jemput lagi melaun ni makan kat rumah...geramnya hati.
.
..
Share this novel