Jam menunjukkn pukul 730 mlm,farid masih belum pulang..Asyiera segera bergegas mandi dan menunaikan solat maghrib...selesai solat dia terus ke ruang depan..dilirik bilik atuk yang terang benderang..atuk dah balik nampaknya...
lauk pauk tadi dipanaskan dalam microwave...kepalanya ligat memikirkan farid yang masih tak nampak batang hidung
"Syira,farid mana?belum balik lagi?"
Asyiera mengeleng kepala perlahan..jarang suaminya balik lambat macam ni..selalu farid akan balik tengahhari untuk makan dan solat..dipandang Encik Zahid dengan riak wajah bimbang.
"Banyak kerja kot yah..."
"kamu dah makan ke belum?" Tiba-tiba Encik Zahid teringat menantunya belum makan dari tengahhari tadi.wajah sugul Asyiera dilirik.
"Belum yah..ingat nak makan dengan farid tadi.takpelah..syira pun tak lapar sangat..
Asyiera tiba-tiba rasa tak sedap hati..perasaannya gelisah...dilirik jam yang tergantung di dinding.aduiii...apasal jam dekat dinding ni lambat sangat bergerak..
Encik zahid segera berlalu ke ruang depan untuk menonton tv..tinggallah Asyiera terkulat-kulat seorang diri depan pintu.
Bunga Daisy purple yang diletak di meja makan tadi di ambil semula dan dibelek.Baru pertama kali dalam seumur hidup, dia tak happy dapat bunga..bunga dari orang mesteri.!..kalau sebelum dia kahwin dulu,dia dapat bunga sebegini..pasti dia akan happy..pasti dia akan jaga bunga tu baik-baik..tapi sekarang?bermacam-macam benda negetif bermain di fikiran..
"Assalamualaikum.."
Asyiera tersentak.cepat-cepat dia buka pintu..bunga tadi diletak semula di atas meja makan.
terkejut dia melihat Farid berdiri depan pintu dengan wajah yang pucat.
"Waalaikumsalam...kau kenapa ni?"
Hampir terjerit Asyiera melihat lutut kanan farid yang luka..tangan dan pipi farid pun turut lebam..
"kau gaduh dengan samseng ke farid?"
tanya Asyiera panik..Encik Zahid dan Toklong kassim turut meluru ke depan pintu.
"samseng apa..Aku jatuh motor lah.." balas Farid agak keras..tangan asyiera ditepis kasar..Asyiera mengigit bibir menahan geram..buat penat je dia bimbang..bukannya dihargai.ishhh.
"Dah-dah jom masuk.."toklong kassim segera mencelah..Asyiera mencebik.air mata jatuh menitik.dia terkesan dengan sikap sambil lewa keluarga farid...segera dia bangkit dan berlalu ke dapur..biarlah farid urus diri sendiri..nak tolong pun kena marah..selepas menyediakan makan malam ...asyiera terus masuk ke bilik..
"Farid,Asyiera tu tanya je..tak perlu lah kasar macam tu...isteri kamu tu bimbang tau ..sejak siang tadi dia tak makan...dia tunggu kamu balik..ni tak,baru masuk rumah dah melenting..tak kesihan ke dekat dia.." tegur Encik Zahid..dia tak suka tengok layanan Farid kasar sebegitu.
Farid diam tak berkutik..rasa bersalah menghantui diri..dilirik meja makan yang penuh dengan masakan..tiba-tiba matanya terpaku pada bunga daisy yang diletakkan isterinya di atas meja makan tadi.peluh mula keluar membasahi baju yang dipakainya.
"Jangan sampai suatu saat nanti,isteri kamu pergi tinggalkan kamu..kamu ingat isteri
kamu tu tak cantik?tengok tu..ada orang berani hantar bunga untuk isteri kamu...kamu tak jealous?" perli Encik Zahid..
"Ala,setakat bunga macam tu,semua orang boleh beri zahid..tak payah kamu nak banggakan sangat lah syira tu...Entah-entah Menantu kesayangan kau tu memang menjalin hubungan dengan orang lain..tu bunga dari kekasih dia lah tu...ayah tahu sangat la perangai budak -budak zaman sekarang ni. mana boleh percaya." Toklong kassim segera menyampuk..dia tak suka dengar menantunya puji cucu adiknya itu...rasa macam sakit sangat telinga mendengar Zahid memuji-muji Asyiera.
"Ayah,kalau ya pun tak suka syira,tak payah lah ayah fitnah dia...dia duk kat rumah ni setiap masa menjaga saya...masa bila pulak dia menjalin hubungan dengan orang luar ni..Ayah jangan mengarut boleh tak?"Zahid dah panas punggung..segera dia angkat kaki masuk ke bilik..Ayah mertuanya itu bukannya boleh dilayan sangat..makin dilayan karang,makin teruk difitnahnya si syira tu nanti.
Farid yang mendengar perbualan ayah dan atuknya mula dilanda perasaan gelisah.tak kan la isterinya curang..segera dia melangkah pergi ke bilik tidur....dilihat Syira sudah melelapkan mata..nampak jelas mata isterinya lebam...pasti lepas menangis..Digaru kepala yang tidak gatal..farid sendiri pun tidak faham apa yang sedang berlaku..sejak mereka sah bergelar suami isteri lagi dia sudah berazam untuk lupakan pergaduhan mereka..dia dah tak nak bertikam lidah dengan Asyiera lagi..tapi setiap kali dia berhadapan dengan Asyiera...setiap kali itulah kemarahannya menjadi-jadi..Ada saja benda yang tidak kena dimatanya.kadang-kadang tengok Asyiera keluar dari bilik mandi pun boleh buat dia marah..secepat kilat otaknya mencari sebab untuk bergaduh dengan Asyiera..takkan lah dia dah mula jatuh cinta dengan isterinya ni?erkkk...
Dengan langkah perlahan.,Farid segera menyambar tuala yang tergantung di belakang pintu dan berlalu ke bilik mandi...kakinya terasa kebas untuk berdiri lama-lama disitu...pedih pada lutut dan pipinya dirasakan tembus sampai ke tulang...agak lama jugak lah dia mandi..hampir saja farid menjerit bila lutut yang luka terkena pancuran air..digigit bawah bibir perlahan..dia tak nak Asyiera terjaga mendegar jeritan dia nanti.
keluar saja dari bilik mandi..dia terkejut melihat Asyiera yang sudah duduk bersila atas katil.mata isterinya merah.
"Sorry aku ganggu kau tidur.."
Asyiera menarik nafas perlahan...dia bukan tidur pun..saja je tutup mata..konon tak nak ambil peduli tapi hati tak sampai hati pulak biarkan farid sakit macam tu...cepat cepat dia bangun dan ambil medicine tool dekat almari..tanpa mempeduli farid yang hanya bertuala.Asyiera menghampiri farid dan menariknya ke tepi katil. segera disapu lutut farid dengan ubat..tangan dan wajah farid turut dibersihkan..begitu kusyuk Asyiera mengubati Farid.
"Syira"
Panggilan Farid menyedarkan Asyiera.segera dia angkat wajah menatap suaminya yang merenungnya sedari tadi.
"Thanks sebab ambil berat.." ujar farid perlahan..mata masih tak lepas dari menatap wajah sang isteri.
Asyiera segera berundur setapak..malu pulak rasanya bila farid cakap macam tu..Farid yang baru tersedar segera terdiam...beberapa detik kemudian barulah dia bersuara kembali.
"Emmm...Ayah cakap kau tak makan...kenapa?nanti kau sakit aku jugak yang susah"
"Selama ni kau peduli ke kalau aku sakit.?.biarlah..lagipun aku tak lapar ."tukas Asyiera..lantas dia berpaling dan melangkah ke bilik mandi...sengaja melarikan diri dari farid..tiba-tiba jantungnya berdegup kencang...betul ke farid peduli kalau dia sakit.?
"Mestilah aku peduli...kau kan isteri aku!"
Farid mengekori Asyiera hingga depan pintu bilik mandi.beberapa saat kemudian baru lah Syira keluar dari bilik mandi..
"Kau anggap aku isteri kau ke?"
sinis pertanyaan Asyiera..bibirnya menguntum senyuman mengoda.
"Me... mestilah...tak akan aku anggap kau orang gaji aku pulak"hampir tercabut halkum farid melihat ekspresi Asyiera... seksi giler..gulpp..
"Tapi....aku anggap kau penyanggak.!!.so tak payah nak peduli aku sakit ke tak..." balas Asyiera kasar..matanya dibesarkan dan senyuman tadi mati serta merta...terkejut beruk farid dibuatnya
"Kau sehari tak panggil aku penyangak tak boleh ke?Apa masalah kau dekat aku hah?"
Hairan betul farid,bila dia cuba berbaik dengan Asyiera,Asyiera pulak buat perangai..macam mana nak bagi hajah Rokiah cucu berdozen kalau macam ni lah gayanya..Farid mengaru kepala yang tidak gatal.
"Tak boleh!!sejak azali lagi nama penyangak tu dah tertanam dalam kepala otak aku.ingat senang ke aku nak buang.."
Farid segera membuang pandang ke dinding..sakit hati betul bercakap dengan dia ni..laju kakinya menapak ke almari..selepas pakai baju dia terus keluar...sebelum keluar,sempat lagi dia menjeling isterinya yang duduk di meja solek...
"Aku nak tanya ni..siapa beri kau bunga tu?"
Tanya Farid tiba-tiba...wajah isterinya dipandang tunak.
"Abang khalid"jawab Asyiera sepatah.
betul lah kan,abang khalid yang datang rumah dia dan bagi bunga tu..dia tak tipu ok
"Khalid bagi bunga tu??"tanya Farid terkejut.
"ye lah...dia yang datang rumah tengahari tadi bagi aku bunga tu..tak caya kau tanya lah Ayah."
Farid ketap gigi..buat loyar buruk pulak bini dia ni..
"Loyar buruk kau kan..aku maksudkan siapa yang belikan kau bunga tu..bukan yang hantar ke rumah ni.?."Dia ni karang,ada jugak yang kena lesing ni kejap lagi..
"Oooo...lain kali soalan tu terang-terang la sikit..Aku pun tak tahu siapa..takde nama..dia tulis YH jer ..kenapa tanya? kau cemburu?"giat Asyiera...Alangkah happynya dia kalau betul farid tengah cemburu sekarang ni..namun riak wajah selamba farid buat dia terkilan.
"tak jealous pun,btw..good for you..kau minat bunga kan..so,im happy . jaga elok-elok bunga tu ye.."farid lantas bergegas keluar.perut sudah memulas-mulas minta diisi.nampak jelas wajah isterinya yang bengang.sekali lagi dia berhenti dan menoleh kearah Asyiera .
"Jom temankan aku makan..kau tak makan dari siang tadi kan...jom lah"
Asyiera menjuihkan bibir...ingat dia nak temankan ke?sorry to say arr.,jangan harap!
"jom lah...aku lapar ni,ke kau nak aku mengadu kat atuk yang kau tak nak temankan aku..kau nak dengar atuk membebel ke?"ugut Farid..dia tahu Asyiera tak kan melawan punya kalau dia babitkan nama atuk sekali..and sah,Asyiera terus bangkit dari meja solek.sebelum bangun Asyiera Sempat baling bantal kecik ke mukanya. nasib baik dia sempat elak!...wahaha
Share this novel