Seminggu je lagi nak kahwin..Asyiera semakin berdebar.sehari selepas Farid berbuka puasa dekat rumah Hj ismail..giliran Asyiera pulak berbuka puasa dekat rumah Farid..Rumah Farid besar dan sunyi..hanya 3 orang je kat rumah tu termasuk Farid..mula-mula cuak jugak.tapi Ayah Farid,Uncle Zahid seorang yang sangat baik..sebijik macam abah.toklong pun layan dia baik..tapi baik toklong ada makna..Asyiera masih ragu-ragu dengan toklong kassim..tak habis-habis dia suruh cepatkan tarikh nikah...macam ada benda je toklong kassim ni nak buat..
"Syiraaa..termenung apa tu?"tegur Hadi.Asyiera yang termanggu dekat office tersentak..nasib takde heart attack..kalau tak,kempunan atuk nak tengok dia kahwin minggu depan..
"Jangan lah sergah aku macam tu.kau ni kan di..."bunga orkid ditangan di lontar ke arah Hadi..hari ni hari kedua dia di kuala lumpur..dia kena balik uruskan kedai..cuti dah bermula...alhamdulilah melimpah ruah rezeki di bulan ramadhan ni...so,sedikit sebanyak..dapat lah dia hulur bonus sebulan gaji kat pekerja -pekerja dia...Adhreena's florist tutup 2 minggu..sebab tu dia kena siapkan tempahan klien awal..
"kau ni kenapa syira..sejak sampai hari tu kau tak habis-habis termenung..tak kan baru tinggalkan kampung dua hari dah rindukan lelaki tu..kata tak suka.."bidas Hadi..hadi bawa sebakul peony d hadapan Asyiera..bagi Asyiera,peony bunga yang paling cantik..dia suka sangat bunga tu....bunga peony tadi dibelek.
"siapa cakap aku suka kat dia..aku cuma terfikir apa masa depan aku jer.."Asyiera kembali termenung..bunga peony purple yang dipegang dipusing-pusing..
"Aku ni kan syira,kalau nak kata alim tu takdelah..tapi aku tahu lah sikit-sikit pasal hukum-hukum ni..aku konfius lah beb...kau dengan Farid tu saudara kan..atuk korang adik-beradik kan?so,boleh ke korang kahwin?." Tulah persoalan yang selalu bermain difikiran Hadi sejak kebelakangan ini..Alang-alang Asyiera dah balik ni,dia mesti dapatkan jawapan.
Asyiera mengangguk lemah..
"Anak toklong kassim sebenar aunty Aida..bukan uncle Zahid..uncle zahid tu menantu je.so aku dan farid tak sedarah..sah nikah.."
Hadi nampak terangguk-angguk.nampak gaya nya semakin susah lah dia tolong khairil Adam mengorat c Asyiera ni.dari gaya Asyiera cakap sahaja Hadi sudah dapat teka macam mana feeling Asyiera sekarang .
"kau dah macam boleh terima dia je aku rasa..kau tak marah lagi ke?"
"Nak marah pun tak guna sekarang ni di,tak siapa dengar cakap aku..semua orang nak kami kahwin.."
Ni yang tak boleh ni..sebut pasal kahwin jer air mata nak mengalir...sudah lah puasa..boleh batal puasa kalau macam ni hari-hari..
"Ok ok...kita lupakan pasal tu.aku nak tanya ni,kau tak rindu Doktor Adam.?" Hadi terpaksa ubah topik bila melihat Asyiera hampir menangis
"kenapa aku nak rindu doktor Adam...?"
Asyiera mengerutkan dahi..dah lama tak dengar nama doktor Adam..ye lah,,dalam sebulan dua ni asyik fikir Farid saja ..nak fikir benda lain pun tak sempat..
"Dia cari kau..hampir setiap hari datang sini.kalau bantu aku tak pelah jugak."
Asyiera mengeluh perlahan.rasanya dia pasti akan bahagia kalau jodoh yang atuk aturkan untuknya, doktor Adam..teringat wajah doktor Adam yang kacak.dengan rambut yang kemas,senyuman yang manis...nak nak lagi bila dia tengah merenung sambil kedua-dua tangan kat poket coat putih yang sentiasa tersarung kat tubuhnya...hati yang sangat keras pun boleh cair.
"Kenapa dia cari aku?kau cakap apa kat dia?kau bagitahu dia ke aku nak kahwin?"bertubi tubi soalan ditujukan pada Hadi.kalau boleh dia tak nak Doktor Adam tahu dia nak kahwin..dia pun tak tahu sebab apa. yang pasti,dia tak nak Doktor Adam jauhkan diri bila jumpa dia kelak.
"Of course aku bagitahu..bulan puasa ni tak baik tipu..lagipun aku nak tahu jugak lah perasaan dia dekat kau.."
"Maksud kau?"
"Aku rasa dia cintakan kau..riak wajah dia betul-betul kecewa bila aku bagitahu kau nak kahwin..kau tak nak fikir semula ke rancangan nak kahwin dengan Farid tu."
Asyiera mengerutkan dahi...Adam cintakan dia?perlukah dia happy dengan berita ini.?apa patut dia buat?
"Entah lah di.aku...aku tak tahu apa aku nak buat sekarang.."
"tak payah buat apa-apa..just buat apa yang hati kau nak buat...ikut hati kau...hati tak kan menipu,hati jugak sentiasa tahu apa yang patut dibuat.."
Asyiera mencerna kata-kata bersahaja Hadi.dia memang sukakan doktor adam..dia memang gembira bila doktor Adam suka kat dia..tapi bagaimana dengan atuk?lagipulak,layak kah dia berdamping dengan Doktor Adam...dia bukan orang kaya,jauh lagi bukan ada kerja yang bagus .dia penjual bunga..hanya PENJUAL BUNGA!layak kah dia dengan seorang lelaki yang kaya,ada rupa dan ada pekerjaan bagus macam doktor Adam..layak ke?
Share this novel