Adira memandang tepat wajah Farid yang kaku didepannya..Bebakul-bakul persoalan yang berlegar-legardi kepalanya sebelum dia datang tadi,tapi kini mindanya kosong.persoalan yang banyak tadi sudah terbang entah kemana..lidahnya kelu menatap wajah pujaan hatinya itu.
saja dia datang ke bengkel Farid.dia tahu Farid tak akan datang berjumpa dengannya dekat sungai ataupun kat mana-mana..Farid seorang yang kuat pegangan agama..dia tahu batas seorang lelaki dan wanita..Apalagi di bulan ramadan.pasti Farid tak akan datang berjumpa dengannya.
" Cakap la,kenapa senyap je ni"
Farid tahu apa yang ingin ditanyakan Adira..pasti Adira sudh tahu bahawa dirinya bakal menikah dengan Asyiera Adhreena.tapi dia sengaja memilih diam..biarlah Adira yang mulakan perbualan mengenai perkara tersebut..beberapa detik kemudian,barulah Adira membuka mulut.
"Kenapa kahwin dengan dia?"
Terasa pedih tekaknya menyebut perkataan kahwin tu..dia belum dapat terima kenyataan kekasihnya bakal berkahwin dengan sepupunya yang tomboy tu
"Tak terlintas pun nak kahwin dengan dia sebenarnya..."
"Kalau tak terlintas..kenapa nak kahwin jugak dengan dia!?"
jerit Adira..sakit hati mendengar jawapan Farid..bukan itu yang dia nak dengar.
"Dira,Atuk yang buat keputusan ni,..saya sendiri pun tak sangka atuk nak saya kahwin dengan Asyiera.."
"Tapi awak boleh tolakkan permintaan atuk.kenapa nak kena kahwin jugak."
Adira memeluk tubuh..niat hendak menjadi isteri Farid tidak kesampaian.sudah lama dia berangan-angan hendak hidup bersama dengan Farid..sampai dia harus tolak ramai lelaki yang nak berkenalan dengannya..dia hanya nak Farid jadi kekasihnya.dia tak nak orang lain.
"Saya tak dapat tolak pun permintaan atuk.awak pun tahu atuk macam mana kan.sudah lah dira,terima hakikat yang kita tak dapat teruskan hubungan kita.."
"Amboii...senangnya awak bercakap..awak fikir saya dapat lupakan kenangan kita macam tu je....awakk, awak dah lupa ye syira tu macam mana..awak sendiri pernah cakap yang syira tu bukan taste awak...sekarang ni, bila atuk suruh kahwin dengan dia,senang je awak terima..awak dah lupa dia tu tomboy??dia kan musuh awak.."
Adira mengetap bibir perlahan..kaki dihentak-hentak tanda protes.
"Saya tak lupa..saya tahu apa yang saya pernah katakan dulu..dan saya juga tahu apa akan jadi kalau saya tolak permintaan atuk saya.."
Farid segera melangkah ke sink untuk mencuci tangan yang penuh dengan kotoran minyak.Dia baru saja siap menservice sistem penyejukan dan pelinciran enjin. .Sufian awal-awal pagi lagi dah keluar ke pekan..katanya nak beli 'spare part' kereta..
"Habis tu saya macam mana?"
"Macam mana apa?macam biasalah.kita kan saudara.."Ujar Farid tersenggih..Adira menarik muka masam.tak percaya dengan apa yang baru didengar dari mulut Farid.Adira ingin menghampiri Farid namun cepat-cepat dia membatalkan niat.Dari jauh dia nampak Hj Ismail datang...
'ishh,kacau daun je lah atuk ni..' bisik hati Adira sebal.
"Assalamualaikum Farid" tegur Haji ismail..matanya tak lepas memandang Adira yang terpacak depan mata..apa ke jadahnya cucunya sorang ni ada kat bengkel Farid ni.?
"Waalaikumsalam toksu..toksu sihat?"
Farid lantas menghampiri Haji ismail dan bersalam dengannya..
"Biasa lah Farid,orang tua...angin kus kus..sekejap sihat,skejap sakit..tapi setakat ni alhamdulilah..toksu sihat.kamu sihat?"
"Sama lah toksu,sihat alhamdulilah..jom lah masuk"
"Eh takpe,toksu datang sekejap jer..toksu nak jemput kamu berbuka puasa kat rumah nanti petang..Hari ni Syira masak untuk kamu.kamu jangan tak datang pulak.."
Adira yang berdiam dari tadi terus menoleh memandang Hj ismail tak berkelip.
"Syira masak untuk Farid..biar betul tuk,pandai ke dia masak?"perli Adira..sakit hati mendengar ayat haji ismail..
"Syira tu lebih pandai masak dari kamu...kamu tu masak pun tak reti..ada hati nak perli sepupu kamu tu ye,ni kamu buat apa kat sini??tak malu ke kalau orang nampak kamu berduaan kat bengkel ni..bulan-bulan posa ni..Kamu tak puasa ke Dira..?"
Haji ismail mengeleng-geleng kepala melihat cucunya seorang ni..suka sangat merayap..
"orang puasa la tuk.."
"ye ker puasa?tak nampak macam puasa pun..orang perempuan tak elok merayau -rayau kat luar tambah-tambah lagi dalam bulan puasa..cubalah tolong apa yang patut kat rumah tu..ada jugak pahala..macam mana nak jadi isteri orang kalau tak pandai buat kerja rumah.."
Adira ketap bibir..malu bila kena sekolahkan depan Farid..Dijeling Farid disebelah..Sakit hati melihat senyuman manis Farid..Perli dia la tu..ishhh..
"Atuk ni kan...ada ke cakap macam tu depan Farid..malu lah dira.."
Hj ismail mengeleng kepala melihat muncung Adira panjang sedepa...Ada-ada je perangai budak-budak sekarang ni.
"Dah,ikut atuk balik..dari pagi merayap je kerja kamu.tolong syira masak kat rumah lebih baik..ada jugak faedah dari kamu kacau orang buat kerja..Farid,toksu balik dulu yer..jangan lupa datang rumah nanti petang..kita iftar sama-sama" Hj ismail lantas menarik Adira balik..muka Adira berubah masam..hilang mood nak berduan dengan farid.
Farid mengangguk perlahan..senyuman terlakar diwajahnya..alangkah baiknya kalau atuk Kassim sebaik haji ismail.tak la dia rasa tersisih dari keluarga macam ni..Dia menyoroti Langkah hji ismail sehingga hilang dari pandangan...tiba-tiba teringat kata-kata Hj ismail tadi.
'Syira masak untuk aku .biar betul?'tiba-tiba senyuman nipis tergaris di bibirnya..
* * * * *
Khairil Adam memandang Hadi tak berkelip..Dia masih tak percaya dengan apa yang dia dengar dari mulut Hadi.
"kau jangan nak tipu aku boleh tak?"
"Eh tak kuasa aku nak tipu bulan posa ni..buat hilang pahala puasa aku je lah.."ujar hadi selamba..dipandang Khairil Adam dengan riak hairan..terkejut jugak dia pagi tadi..tengah-tengah check bunga,riba-tiba khairil Adam terpacak dekat belakangnya..macam mana lah doktor ni tahu dia kerja kat situ..pelik betul.
"Dia dah nak kahwin..lepas raya nanti..tak payah la kau cari dia lagi..lagipun dia dah tahu kau siapa..so,lupakan lah hasrat kau tu adam."
Khairil Adam terpaku...Asyiera dah tahu siapa dia?senyuman Khiril Adam lebar...
'so masih ada can lagi lah kan?'
"Asyiera kenal aku?betul ke?"
"ha,ahh..dia kenal siapa kau..aku pun kenal kau siapa..pencuri kerusi,kau jangan ingat aku dah lupa apa kau buat..kau rampas tempat aku dulu..ingat lagi"Hadi dah bercekak pinggang depan Khairil Adam..saja nak tunjuk samseng macam dulu-dulu..walaupun dia sedar,umur dah semakin tua..badan pun dah pandai lenguh-lenguh.,
Khairil Adam mencebik..tak sangka pulak si Hadi ni masih ingat hal kecik tu.isshh abang kawasan ni..
"Sory lah..benda dah lepas kan,buat apa nak ingat. tapi betul ke Asyiera tahu aku ni classmate korang dulu?."tanya Khairil Adam tak puas hati
"Ya dia tahu,dia tahu kau khairil adam.best student dulu..alaaa,benda dah lepas kan..buat apa nak ingat.."ajuk Hadi..sengaja.
Khairil Adam ketap bibir..abang kawasan ni kan masih 'taiming' macam dulu-dula..tak suka betul lah..keluhan berat dilepaskan..masih tercari-cari cara nak jumpa Asyiera
"Dia ada balik sini kan?"
"Mestilah dia balik sini,dia kan still owner butik ni..macam mana nak bayar gaji pekerja kalau dia tak sign slip gaji...apa lah kau ni dam"
Hadi lantas meninggalkan Khairil Adam..ada customer masuk ke kedai Adhreena's florist..Hannah cuti harini.iman pulak dekat stor tengah kira stock..arissa tengah layan customer kat depan..so,terpaksa lah dia jaga kaunter hari ni..alhamdulilah,tak putus-putus orang masuk ke kedai bunga mereka..walaupun Asyiera jarang balik ke kuala lumpur,gadis tu tetap telefon untuk ambil tahu perkembangan Adhreena's florist
"kau boleh tolong aku?"Khairil Adam mengikuti Hadi sehingga ke kaunter.selagi tak jumpa Asyiera..selagi tu dia tak puas hati.
"hmmm,wallahualam la aku nak tolong." ujar hadi perlahan.
"tolong lah,aku betul-betul nak jumpa dia ni..kalau dia balik sini,boleh kau inform aku tak?bagitahu dia aku tengah cari dia sekarang ni
pliss bro"
Khairil Adam dah pening kepala..susah nak jumpa Asyiera sekarang ni..nombor telefon Asyiera pun dia tak tahu..dah puas pujuk abang kawasan ni bagi nombor Asyiera tapi tak dapat-dapat.banyak betul alasan si Hadi ni..
"Betul ke kau suka kat dia..?"tanya Hadi..dia teringin nak tahu jugak..ye lah,Asyiera kata dia bakal berkahwin dengan lelaki yang dia tak suka..so,pasti Asyiera tak akan bahagia nanti.Dan Hadi jugak tahu Asyiera suka Doktor Adam..kalau Hadi tak dapat cinta Asyiera pun,sekurang-kurangan Asyiera boleh dapat lelaki yang dia cintai..kan..ini lah pengorbanan seorang kawan..huhu...erkk,apa yang aku mengarut ni..
Khairil Adam diam tak berkutik..malu pulak nak mengaku dia sukakan Asyiera..lagi-lagi nak mengaku depan abang kawasan ni.tak nak dia.
"Alaa,tu pun nak berahsia..aku tahu lah kau suka dia..dan kalau betul kau suka dia,aku boleh tolong...kau nak?"
Hadi buat tawaran..sebagai kawan,dia pun tak nak Asyiera merana dengan perkahwinan yang diatur Haji ismail..mana tahu suatu hari nanti Asyiera akan berterima kasih padanya...kann??
"Kau nak tolong macammana?"tanya Khairil Adam penuh minat.betul ke depan dia ni abang kawasan yang sama.??
"Aku belum terfikir caranya lagi..tapi In sha Allah,aku akan usahakan sesuatu..untuk permulaan,aku akan bagi nombor telefon dia..yang tu aku tak perlu ajar. kau sendiri tahu kan apa nak buat..urusan lain,aku akan fikir caranya nanti."
Hadi menulis nombor telefon Asyiera di atas kertas dan diserahkan kepada Khairil Adam..lebar senyuman doktor muda tu bila kertas bertukar tangan..
"Thanks bro,aku tahu kau boleh tolong aku..thanks tau.."
Hadi tersengih..Hal kecik jer.lagipun bukan ada salah pun dia beri nombor tu kat Adam..
"Dah lah,aku ada kerja ni..baik kau balik sekarang.aku masih tak maafkan kau lagi tau sebab rampas tempat aku dulu.dah,pergi sana.." Hadi terpaksa halau..ramai costumer hari ni dan Khairil Adam langsung tak membantu..hailahh...
Khairil Adam ketawa perlahan..kalau dah abang kawasan tu,sampai kesudahlah abang kawasan..
Share this novel