Bab 25

Romance Series 5917

Selesai sembahyang Asar,Asyiera membawa diri ke pondok kecik di sawah milik haji ismail.kerja semua dah beres,dia cuma nak berehat je..lagipun dia boring,Puan Nora dan adik-adik dia dah balik kuala lumpur lepas zohor tadi.si kembar berdua dah masuk sekolah.Abah pulak dah masuk kem petang semalam..Along dan kaq Nija pun dah balik johor...tinggal la dia dengan atuk,nenek,Makngah,Farid dan Adira kat kampung..Tak tahu lah macam mana nak hidup dengan Farid tanpa mak disisi..sedihnya...pasti hidupnya menderita lepas ni

Hp yang berada di poket diambil...ditekan nama Hadi di screen hp..dia rindu nak gubah bunga..dia rindukan Adhreena's Florist.

"Assalamualaikum di,"sapa Asyiera lembut..rindu hendak dengar suara kawan dia tu..

"Waalaikumsalam...hai pengantin baru..aku ingat kau dah tak nak call aku lagi lepas kahwin ni..kau rindu aku ke syira?"Ceria suara hadi dipendengaran Asyiera ..rasa nak gaduh pulak dengan Hadi waktu ni..

"Pengantin baru apanya..dah seminggu aku kahwin la...aku bosan lah di,aku kena tinggalkan kat sini sorang-sorang..Mak aku dah balik kuala lumpur pagi tadi..aku sunyi tau.."

Adu Syira..matanya jauh melilau ke sawah pagi yg luas terbentang..di mata dah terbayang peony segar warna warni...aduhh! ni yang tak boleh ni..rasa nak terbang sekarang jugak ke kuala lumpur.susah nak dapat bunga peony kat kmpung ni.kat bandar je ada...kalau dia pergi pekan.,sempat lah juga dia bawa balik beberapa kuntum bunga dan kini dah berpuluh -puluh jenis bunga kat rumah atuk dia...dah macam kedai bunga dah rumah atuk dia buat.nasib atuk tak marah..

"Bosan apa kejadahnya..suami kau mana?org baru kahwin pergi bulan madu...kau duduk terperap kat rumah memang la boring!"
Macam biasa,suara Hadi meninggi .


"Perkahwinan aku tak sama macam orang lain di..aku kahwin paksa tau..bukan atas dasar suka sama suka..tak payah nak berangan bulan madu kat mana...tak mungkin terjadi.."Hadi terdiam mendengar keluhan Asyiera..


"Kau ok ke syira?.kalau kau ada masalah,kau bagitahu aku k..kau jangan sembunyikan masalah kau tu pulak..aku kan ada.."pujuk Hadi lembut..


"Takde papa la di...aku ok jer kat sini...aku cuma kesian kat Farid...dapat bini macam aku..."
seriously dia memang rasa bersalah..dia dapat rasakan lelaki itu menderita kahwin dengannya. dah seminggu mereka kahwin.,dan seminggu jugak lah farid masih bersikap dingin terhadapnya..


"Jangan lah fikir macam tu..Aku pasti kau dapat jadi isteri terbaik untuk suami kau..kau try lah ambik hati dia..aku yakin kau pasti boleh punya..."nasihat hadi.

Asyiera tersenyum kecil..tak patut dia cerita hal rumah tangga dia dekat Hadi...

"ok kita tukar topik..macam mana Adhreena's Florist..?"

Dah lama tak melawat taman bunga Puan Nora..pasti bnyak pokok bunga yang mati..takde siapa yang jaga dekat sana...

"kedai ok..ini Hadi Bakhtiar laaa..aku takkan biarkan Adhreena's Florist ada masalah..kau jangan bimbang la syira..selagi aku kat sini...aku akan jaga kedai kita ni..ok."

"Makasih di..you the best...kau taukan Adhreena's florist tu ibarat nyawa aku..sehari pun aku tak pernah lupa...thankz jaga kedai baik-baik...."

"No problem. aku tak akan hampakan kau..tapi kau selalu lah balik sini..sunyi kedai ni sejak kau tinggal kat kampung tu.."

Asyiera tersengih.

"Alahh,,cakap je lah kau rindu aku di."giat Asyiera...ketawanya pecah.

"Takde makna aku rindu bini orang..Apa la kau ni..aku cuma rasa sunyi sebab takde kawan nak ajak bergaduh lagi kat sini..boring tau tak"


"Laa,apa susah..Iman dan Arissa kan ada...kau bawa lah dorang gaduh sekali.."

"Si Arissa tu...kita baru marah sikit dah keluar air mata...nak marah pun tak sampai hati..si iman tu pulak,kita baru nak marah dia..,dia dah marah kita balik...nama je ada iman,tapi tak penyabar langsung..tak nak aku."

Asyiera dah ketawa terbahak-bahak..terubat rindu dengar cerita Hadi..rindunya kat Adhreena's Florist.


"Rindunya kat korang semua..In shaAllah kalau ada masa nanti aku balik KL..aku pun rindu nak gubah bunga ni...ermm Hadi,aku nak tanya sikit ni..boleh?"


"Aikkk,tiba-tiba jer suara kau berubah ni dah kenapa?.kau nak tanya apa?"


"kau ada jumpa Adam tak kat sana..?"
Tiba-tiba dia teringat dekat Dr. Adam..masa dia kahwin tu pun Adam tak datang..Adam dah janji nak datang majlis dia tapi sampai habis majlis pun tak nampak batang hidung. .

"Tak de pulak...dah lama dia tak datang kedai.entah-entah dia merajuk..ye lah kau kan dah kahwin.."

"Ishhh kau ni,aku tak rasa lah dia merajuk..memandai je kau ni..dia ok la...aku yakin dia busy kat hospital tu"

Asyiera yang duduk bersimpuh mula meluruskan kaki.angin petang menyapa lembut wajahnya..damai sangat..matanya dikecilkan bila menangkap kelibat kaq Reha menuju ke arahnya..terpaksa lah dia menghentikan perbualan..

"Di,Kaq Reha datang ni..lain kali aku kol kau lagi k..kirim salam kat semua..bye"

Reha duduk betul-betul menghadap Asyiera..


"Kaq Reha buat apa kat sini..?"


"Syira,,Akaq datang ni nak jumpa syira"agak mendatar suara Reha. wajahnya agak mendung.


"Akaq nak cakap apa dekat syira?"

tak pernah dia dengar kaq Reha atau nama sebenarnya Syafiqa wadreha cakap lemah lembut macam ni.Kaq Reha tua 2 tahun dari Asyiera..hanya dia,kaq reha dan Adira sahaja cucu perempuan haji ismail...


"Akaq nak minta maaf,selama ni akaq selalu hina syira..akaq selalu kata syira ni tomboy la,tak normal la,.akaq menyesal syira...akaq banyak buat silap...maafkan akaq ye..masa syira kahwin tu akaq tak sempat minta maaf.."

Reha akui,Asyiera bukan seperti apa yang dikatakan sebelum ni..selama 6 tahun lebih sepupunya itu tidak menjejaki kaki ke kampung ni.Reha dibelenggu rasa bersalah..disebabkan dia,sepupunya tidak pernah balik kampung...sepupunya sendirian di kuala lumpur...kedengaran Asyiera mengeluh perlahan..


"Kaq,Syira dah dah lama maafkan akaq dan Dira..lagipun bukan salah akaq pun...memang masa tu,syira tomboy,suka pakai baju besar...so,memang patut akaq dan Dira hina Syira..Akaq jangan bimbang k..syira dah maafkan akaq.."

Reha lantas memeluk Asyiera..hilang segala resah dalam kepala..


"Thanks Syira...akaq betul-betul bimbang syira tak maafkan akaq..akaq menyesal sangat..kita ni dahlah cuma bertiga..akaq kalau dapat,tak nak dah gaduh-gaduh ni..akaq sayangkan syira tau.."

pelukan Asyiera semakin erat..sememangnya dia dah lama teringin nak berbaik dengan kaq Reha..dia takde kakak...dan Reha la satu-satu kakak sepupu yang dia ada..dulu mereka sangat rapat...tapi semenjak dia naik sekolah rendah,hubungan dia dengan kaq Reha rengang..tambahan lagi perangainya dah berubah kasar waktu tu.

"Syira pun sayang kat akaq..syira pun nak minta maaf,syira berdendam ngan akaq...syira buat akaq bimbang..sorry"pinta Asyiera perlahan...lega bila dia dah berbaik dengan Kaq Reha..


"Its okay...akaq maafkan syira..kita lupakan semua kenangan pahit tu k..sekarang,kita dah besar panjang..syira pun dah jadi isteri orang kan.akaq ni sebenarnya syira,Bersyukur sangat bila atuk jodohkan Farid dengan syira bukan dengan Dira..Beruntung Syira dapat Farid tu.Akaq akan doakan Syira bahagia dengan dia.."


"Beruntung?,tang mana yang beruntungnya kaq...Kaq Reha pun tahu dia benci sangat kat syira..kadang-kadang syira rasa,Syira ni jahat..syira rampas kebahagian Dira dan farid..Kalau dapat putar balik masa...Syira pasti tak setuju dengan atuk..syira rosakkan segala-galanya"

Air muka Kaq Reha berubah..


"Syira,seseorang tu boleh berubah dalam sekelip mata..inipun pulak 6 tahun..Kaq Reha yakin Farid dah tak bencikan Syira..kita tak boleh salahkan takdir..kalau dah ditakdirkan syira milik tulang rusuk farid macam mana?Syira kena percaya apa pun yang terjadi,pasti ada hikmah."nasihat Kaq Reha..dia rapat dengan Farid..dia tahu Farid bagaimana..dia tahu hati budi Farid. sepanjang dia kenal Farid,tak pernah lagi dia dengar farid buruk-burukan Asyiera..farid hanya bergaduh di depan Asyiera..bukan macam Adira..Gara-gara Adira lah dia bencikan Asyiera suatu ketika dulu..Adira lah batu api sebenarnya"


"Kaq Reha,kalau syira tanya sikit..boleh?" tanya Asyiera perlahan.


"boleh,tanya jer.akaq akan jawab.."


"Semenjak 6 tahun Syira takde dekat sini,Farid pernah tak cari syira?mksud syira,dia ada tanya pasal syira ke kat akaq?ada tak kaq?"
Asyiera merapatkan wajah ke telinga Reha.suaranya perlahan..hampir berbisik


"seingat akaq laaa...seminggu selepas Keluarga Syira pindah..Farid ada datang rumah cari syira..tapi atuk bagitahu syira dah pindah ke kuala lumpur..pastu ada beberapa kli lah tanya bila syira balik sini.tiga tahun pertama tu,ketika raya dia pasti tanya syira balik atau tak..tahun keempat dia dh tak tanya...dengar-dengar jer tahun lepas dia dah becinta dengan si adira..itupun abang shafiq yang bagitahu akaq...kalau tak.,sampai sekarang akaq tak tahu dorang tu becinta..."

Asyiera kelu lidah. kesian Dira,pasti dia terluka sangat.


"Dah lah,tak perlu rasa bersalah..bukan salah syira pun...atuk yang suruh syira kahwin dengan farid kan. lagipun akaq tengok Adira dah redha Farid tu bukan jodoh dia"

Asyiera mengangguk perlahan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience