"Bubur??"
Farid mengangguk laju.Hari ni dia tak pergi
bengkel.sufian bagi dia cuti.lututnya masih sakit dan kakinya tak cukup kuat nak berdiri lama.so terpaksa lah memerap kat rumah 24 jam.
"kau demam ke?dah kenapa pulak nak makan bubur?"takde angin takde ribut tiba-tiba nak makan bubur.buang tebiat ke apa.
"Banyak songeh lah kau ni..masak je lah.kau tak nampak ke aku tengah sakit.kau masak kan aku chicken porridge.dan aku tak nak kicap tau.masak simple je dan bawa masuk bilik.!" tegas Farid..tiba-tiba jer rasa nak makan bubur tengahari ni
Asyiera mengeluh..time macam ni lah laki dia ni nak mengada-ngada.ishhh..sukahati jer nak mengarah.
"Sakit tu kat lutut dan tangan tu jer.bukannya sakit teruk sampai nak kena makan bubur.kau ni sengaja nak susahkan aku kan Farid.aku dah masak banyak kot,makan je lah apa yang ada.."
Farid buat muka seposen.tak kira la sakit sikit ke sakit banyak ke,.yang penting dia nak makan bubur hasil tangan Asyiera.
"Alaa,considerate la sikit.dengan aku pun nak berkira ke?aku ni suami kau tau tak.bukan adik kau."
Farid mengurut perlahan lutut yang sudah berbalut bandage.teringat semalam isterinya itu tak tidur sebab nak jaga dia..Terharu jugak Farid..selama ni tak pernah lagi sesiapa peduli sakit pening dia..semenjak ibunya meninggal.Farid buat semuanya sendiri..sedikit pun dia tak nak minta simpati dari Encik Zahid dan toklong Kasim
"Ye lah ye lah,.aku masak la chicken porridge tu nanti.mengada betul kau ni kan.nak tu lah nak ni la.dah macam orang mengidam!." marah Asyiera..dah lah hari ni dia masak banyak.Dia ingatkan bila Farid stay kat rumah ni boleh la dia masak banyak sikit..haihhh..ni siapa pulak yang nak makan lauk pauk ni nanti
"Siapa yang mengidam?kamu mengandung ke syira? "tiba-tiba Encik Zahid muncul dari ruang tamu..Bau kari ayam menggamit seleranya.Dia rasa semakin sihat sejak kebelakangan ni..
Asyiera tersentak..tiba-tiba darah pekat menyerbu wajahnya.ditoleh kearah Farid yang turut terkedu dengan pertanyaan Encik Zahid.
"Err ..tak ..tak yah... syira cakap farid ni hah mengada-ngada nak makan porridge la..macam orang mengidam. bukan syira."ujar Asyiera perlahan. malu bila Ayah mertuanya tiba-tiba sebut pasal mengandung.Dia nak mengandung macam mana kalau 'bersama' pun tak pernah...dilirik Farid yang tersengih..
"Ooo...Ayah ingatkan kamu mengandung.Ayah baru nak berangan tadi." begitu lirih suara Encik Zahid.dia teringin jugak nak ada cucu sendiri..hurmmmm bila lahh agaknya..Asyiera terkesima dengar ayat yang meluncur dari mulut Encik Zahid.Dia menggaru kepala.lantas tangan cepat-cepat menghulur nasi kepada Encik Zahid.Dia tak nak bincang hal macam tu dengan Ayah mertuanya.dah la dia sorang jer perempuan dekat rumah tu..Nasib baik toklong kassim takde.dia pergi pekan..Asyiera segera berlalu ke sink untuk membersihkan Ayam.nak buat bubur pulak untuk Farid.
"Ayah nak pergi mana ni yah"tanya Farid,hairan dia melihat Encik Zahid mengenakan baju kameja yang sudah lama bersarang dalam almari,
"Ayah nak masuk kerja.Dah beberapa bulan x masuk office...sementara kamu cuti ni..boleh lah tolong isteri kamu dekat rumah.kesian syira tinggal sorang-sorang nanti..."
Asyiera yang tengah memotong daging ayam segera menoleh.
"Ayah,ayah nak pergi Office kan..Syira nak ikut" Bibirnya menguntum senyuman paling manis.
Encik Zahid yang tengah menyuap terhenti..dahinya berkerut seribu
"Nak ikut?syira nak buat apa kat sana..?" tanya Encik Zahid..Farid pnggung kepala.
"Syira bosan la yah duk kat rumah.Lagipun hari tu ayah kata ada kerja kosong kan..Syira ingat nak kerja dengan ayah.boleh tak yah?." Dia berharap sangat Ayah mentuanya terima dia kerja di Syarikat Makanan kepunyaan Encik Zahid. Dia betul-betul bosan tinggal di rumah tak buat apa-apa..lagipun dia takut kalau tinggal di rumah sorang-sorang nnti..
"Tak boleh!.aku tak izinkan..aku tengah sakit sekarang ni kan.so,aku nak kau duk rumah jaga aku."
sampuk Farid.wajah Asyiera di tenung dalam-dalam..dia tak akan benarkan Asyiera kerja dekat Syarikat ayahnya..dia faham betul keadaan syarikat ayahnya tu..hampir 80% pekerja dekat situ lelaki...macam mana kalau isterinya kena goda oleh pekerja ayahnya tu.No.!! No way..dia tak kn benarkan.
"Harini jer kau ada dekat rumah.esuk lusa kau kerja balik.aku akan tinggal sorang - sorang semula.please farid..aku bosan lah kat rumah.lagipun dekat sana aku boleh jaga ayah.."
pujuk Asyiera.dia betul-betul tak berani tinggal seorang diri di rumah tu..tambah-tambah kalau toklong ada.Asyiera rasa tak selamat.Haritu dia ada bercadang jugak nak bawa business bunga dia ke kampung ni.tapi entah kenapa dia rasa berat hati. Asyiera takut toklong tak suka.tak pasal-pasal toklong bakar bunga-bunga kesayangan dia.Mana kita boleh jangka hati perut toklong yang garang tu kan..hmmmm
"okay lah kalau macam tu,Syira boleh ikut ayah.." putus Encik zahid.Tiba-tiba dia bimbang keselamatan menantunya itu..
"tapi yah.." Farid berdecit tak puas hati.
"kau jgn bimbang farid..Ayah ada..lagipun Ayah pun risau syira tinggal sorang kat rumah..tapi hari ni biar Ayah pergi sorang.kmu jaga Farid .Esuk syira start kerja.ok?"
"Ok.terima kasih yah.Alhamdulilahh." Asyiera tersenyum lebar.dilirik Farid yang masam mencuka.Farid tak tinggal diam.otaknya ligat mencari idea.
"Kalau macam tu, Farid pun nak kerja kat syarikat ayah..boleh kan yah?" tukas Faris..sengaja dia tak memandang Asyiera yang mencerlung tajam dirinya.Dia tahu Asyiera sedang marah.Encik Zahid angkat kepala...Dia tak kisah.dia memang suka Farid kerja bersamanya daripada kerja di workshop tu..
"kerja kamu dekat workshop pian tu macam mana?"
"yang tu Ayah tak perlu bimbang., tahulah Farid nak buat macam mana nanti.." Farid melirik Asyiera sambil kening diangkat.puas hati melihat wajah Asyiera cemberut.
" kau apehal Farid.kau kerja je lah dekat workshop tu..yang kau nak ikut aku kerja dengan ayah kenapa?.mengada-ngada betul kau ni kan..."
Terhenti kerja memotong daging ayam..dia tak suka lah Farid kerja dengan dia.macam mana dia nak bernafas kalau penyangak tu nak ikut dia kerja.
"Suka hati aku lah nak kerja kat mana-mana.alaaa,cepatlah masakkan porridge aku..aku lapar la"
Perutnya berbunyi nyaring.sengaja dia tukar topik.Farid tak akan biarkan Asyiera jauh darinya.tengok la nanti .Dilirik Encik Zahid yang mengeleng-geleng kepala...Encik Zahid tahu anaknya itu cemburu.tapi ego anaknya tu sangat tinggi..susah nak turun.Asyiera Ingin memberontak namun melihat raut wajah Farid yang sedang kelaparan menghalang mulutnya dari bersuara..laju tangannya memotong daun sup dan mengopek ikan bilis..sakit hati mengenang kata-kata Farid namun sesaat kemudian dia tersenyum..Farid sedang jealous ke? takut la tu bini dia ni jumpa lelaki yang lebih kacak di Syarikat Encik Zahid tu nanti. hahahaha
* * * * *
"Farid"
panggil Asyiera..tengahhari tu selepas makan, Farid menonton tv.Asyiera menghampiri Farid dan air Milo panas dihulur ke arah Farid yang setia menghadap cerita hantu channel 400..
"Apa?" mata Farid Masih terpaku dekat tv.cuma tangan saja yang menyambut air yang dihulur
" Serious ke kau nak kerja dengan Ayah..?" Asyiera duduk agak jauh dari Farid.dia tak nak ganggu fokus Farid tengok tv..Farid menoleh sebelum menjawab soalan Asyiera.dia agak terkilan sebab Asyiera duduk agak jauh.
"Serious lah..aku bukan jenis orang yang suka cakap kosong." Air Milo diteguk laju.Wajah Asyiera yang muram membuat dahi Farid berkerut seribu.
"Sekarang aku tanya kau pulak,kau serious ke kerja dengan Ayah..kau mampu ke??"
Farid teringat kata-kata Adira bahawa Asyiera tak pandai buat apa-apa kerja selain jual bunga..mampu ke isterinya kerja di Syarikat Encik Zahid.Sedangkan dia yang sejak kecik lagi membesar dekat kampung nii tak dapat nak menyesuaikan diri dekat Syarikat tu.inikan pulak Asyiera yang dah lama tinggalkan kampung ni..memang tak la.Dulu ada lah dua tiga Kali Farid jejak kaki ke Syarikat tu..tapi itupun sebab nak jumpa Encik Zahid,nak minta duit masuk U dulu..lepas tu dia jarang pergi situ.Ayahnya pun tak paksa dia kerja dekat Syarikat Makanan Gemilang Enterprise tu..
Asyiera geleng kepala..sejujurnya dia tak mampu..dia mana ada pengalaman apapun tentang 'Syarikat' ni.tapi disebabkan tak nak tinggal sorang-sorang dekat rumah tu.dia terpaksa cari kerja. dia takut tingal berdua dengan toklong..Kalau toklong bunuh dia macam mana? mana ada saksi yang boleh bela kematiaannya nanti..Arghhhh ,gerun pulak memikirkan benda tu.
"kalau tak mampu,kenapa nak kerja dengan Ayah?ingat senang ke nak mulakan kerjaya dalam bidang yang kita tak pernah ceburi." tanya Farid.wajah Asyiera direnung dalam-dalam..rancangan hantu di tv sudah tidak lagi menarik perhatian Farid.ada benda yang lebih menarik di hadapannya kini.
"Aku tak nak tingal sorang-sorang kat rumah Farid..aku..aku takut."
Asyiera menarik kusyen dan membuang pandang ke arah lantai..tangannya menguis hujung kusyen.
" Kau takut apa?siang -siang ni mana ada hantu!"
Asyiera tidak menjawab.mulutnya terkunci.takkan nak cerita pasal toklong dekat Farid.dan kalau bagitahu Farid pun,Suaminya itu pasti takkan percaya.Farid akan tuduh dia mengada-ngada.dipandang keluar tingkap sebelum memandang wajah Farid
"Aku nak kau batalkan niat kau untuk kerja dengan Ayah..biar aku sorang je teman Ayah kat office.."Ujar Asyiera perlahan.dia keliru
Mungkin bila Farid tak kerja dengan Ayah,rasa gelisah dan takutnya akan berkurang.Asyiera menarik-narik kasar bucu kusyen..
"Kenapa aku kena batalkan niat aku pulak?." Farid memusingkan badan menghadap Asyiera..matanya menerkam jauh mata Asyiera..isterinya nampak menggoda hari ni...tiba-tiba jantung Farid berdegup kencang..cinta ke ni?
"Sebab..sebab aku tak suka...aku takut aku tak boleh fokus nanti."
"kenapa tak boleh fokus??"
Farid tersenyum.kening diangkat sebelah..menunggu sesuatu yang mendebarkan jantung keluar dari mulut Asyiera Adhreena.
Asyiera menunduk.rambut yang diikat kebelakang ditarik dan dibiarkan terurai..sngaja menutup wajahnya yang panas tiba-tiba.dia pura-pura tak nampak senyuman Farid.berdua-duaan dengan Farid buat jantungnya nak meletup je saat ni.malu bila melihat pandangan Farid yang mengancam tu.
"kalau macam tu,takpelah...kau boleh kerja dengan Ayah.cari pengalaman baru sambil belajar tentang bisnes Ayah..Aku janji aku tak kan Kacau kau.!"Ujar Farid perlahan.
Asyiera panggung kepala..bibirnya diketap kuat melihat Farid yang sudah menumpukan sepenuh perhatian pada rancangan tv. ishhhhh..kenapalah Farid ni masih tak faham-faham lagi.susah sangat ke nak teka perasaan aku sekarang ni.ishhh ..dasar penyangak!
"Aku tak kira,aku nak kau batalkan hasrat kau nak kerja dengan Ayah. kesian kat pian banyak kerja dekat bengkel tu.!"
Asyiera segera angkat kaki,..Namun panggilan Farid menghentikan langkahnya.
"Aku start kerja next month,so,kau ada masa beberapa minggu lagi nak prepare."dirilik Asyiera sekilas.
"Prepare untuk apa?" Dahi Asyiera berkerut seribu
"prepare untuk menghadap muka aku siang dan malam.kau akan pandang muka aku 24 jam mulai bulan depan." Farid tersenyum menggoda sebelum meloloskan diri naik ke bilik...Jantungnya rasa panas semacam...Asyiera tergamam melihat Senyuman Farid.tiba-tiba hatinya berdegup kencang.
Share this novel