"Aku nikahkan dikau Mohd Farid Bin Mohd Zahid dengan Asyiera Adhreena binti Amir dengan Maskahwinnya sebanyak seratus ringgit
tunai.."
suara jurunikah kedengaran lantang dalam masjid besar kuala dungun..Asyiera yang duduk bersimpuh disebelah Puan Nora kelihatan gelisah..dipandang tok kadi dengan pandangan yang gemuruh sebelum memandang ke arah Farid yang kelihatan segak disamping Abah.
"Aku terima akan nikahnya dengan mas kahwin seperti yang tersebut." ucap Farid dengan suara yang jelas.simple dan lain sikit dari akad nikah negeri lain... tapi cukup untuk memberitahu pada semua orang yang hadir di Masjid itu yang mereka kini sah suami isteri..menitik jugak lah air mata Asyiera bila mendengar lafaz Farid yang akan menjaga dirinya sebaik mungkin..lafaz yang dikira sebagai sumpah setia seorang suami kepada isteri...walaupun Asyiera sedar Farid mungkin sedang berlakon sekarang ,Asyiera tetap terkesan dengan janji Farid untuk hidup susah senang bersama-sama dengannya.Perasaan benci,sakit hati,marah dan dendam hilang sekelip mata..kini hatinya pulak seperti merelakan apa yang akan berlaku nanti.
"Angah,hulur lah tangan tu..farid dah lama tunggu tu"teguran Puan Nora kembali menyedarkan Asyiera..segera di lap air mata yang mengalir di pipi..kepala diangkat dan memandang Farid yang sudah duduk dihadapannya sambil memegang cincin...Farid kelihatan tenang dan bersahaja..namun sebaik saja tangan mereka bersentuhan.Asyiera dapat merasakan perasaan sebenar Farid.Tangan Farid sejuk dan berpeluh..Asyiera tahu Farid sedang cuba mengawal perasaan ..dia tahu Farid sedang berlagak santai depan ahli keluarga..dia tahu Farid tengah berpura-pura sekarang.tapi kenapa gerak geri Farid kelihatan ikhlas.,Semasa Farid mencium dahinya..dia dapat dengar detak jantung Farid yang sangat laju. sama seperti detak jantungnya sekarang ni..dan dia rasa sangat tenang dengar bunyi jantung Farid.
Perkahwinan mereka sangat meriah.sana sini orang main mercun..almaklumlah masih suasana raya..kahwin biasa je dekat kampung..sederhana tetapi meriah habis...Tak putus-putus tetamu datang.mereka sepakat untuk meneruskan perkahwinan tanpa bertunang...tok long kassim yang tak nak mereka bertunang..buat apa bertunang kalau dah dua² belah pihak setuju nak melangsungkan perkahwinan..kasi nikah jer,selesai satu kerja...
Farid hampir tak percaya isteri yang baru di nikahinya secantik ini..beberapa kali jugak lah dia mencuri pandang ke arah Asyiera yang tersenyum manis melayan tetamu yang datang.
baru dia percaya seratus peratus Asyiera bukan gadis tomboy seperti zaman remaja dulu..jauh disudut hatinya dia dapat rasakan perasaan bangga dapat isteri secantik Asyiera.
Malam tu selepas sembahyang Isyak..Asyiera berkurung dalam bilik..tak tahu macam mana nak hadap Farid yang kini sah menjadi suaminya....sudahlah makan malam tadi dia jadi bahan ketawa semua orang..geram sungguh..Farid pulak tersengih memanjang...aduii...selagi dia kat rumah ni..selagi tu lah dia jadi bahan gurauan.kata tak nak kahwin,tapi selepas sanding tadi dia happy jer siap karaoke lagi dengan Hadi dan Kaq Reha...aduii...tu lah kau syira...tak pandai cover line sungguh!
Bunyi kuakan pintu buat Asyiera cuak..lantas comforter ditarik sehingga ke kepala..dari dalam conforter dia dapat dengar bunyi tapak kaki seseorang mendekat..Asyiera pura-pura tidur..takut nak buka mata sekarang ni.takut nak tunjuk muka depan Farid.
"Asyieraa..."tegur Farid perlahan..Asyiera masih tak bergerak..dia takut nercampur malu...selama ni tak pernah lagi sesiapa masuk ke biliknya apalagi lelaki.dan kini,dia terpaksa kongsi bilik dengan Farid.musuh dari kecik dia pulak tu..Eeeeeii
"kau dah mati ke apa ni?"
mata Asyiera yang terpejam rapat kini terbuka luas..Apa punya bahasa la si penyangak ni pakai..lantas dia bangun dan duduk menghadap Farid namun tak sampai sesaat..dia kembali berpusing menghadap dinding..weyyyy,Farid tak pakai baju dooo..dia pakai kain pelikat je dan tuala yang masih tergantung di leher..pasti baru lepas mandi..Asyiera dapat rasa wajahnya membahang...bertuah punya Farid.!
"Yang tak pakai baju kat bilik aku ni pasal apa,tak malu ke?"marah Asyiera..matanya masih menghadap dinding..
"kau bercakap dengan aku ke?aku kat sini hah.kat belakang kau.."perli Farid..gembira betul dia tengok Asyiera panik macam tu...
"pakai lah baju dulu.kau nak aku tengok badan kau yang tak cantik tu ke.."
Asyiera masih menghadap dinding.dia menarik nafas panjang sebelum menghembusnya keluar..jantung usah dicakap.dup dap dup dap dari tadi...malu pulak terbayang badan farid..walaupun tak nampak six pack..body farid tetap tegap....ergghhhhh dah kenapa pulak aku fikir body dia..tak senonoh betul lah kau ni syira.!
"Aku nak tanya arah kiblat kat mana..aku belum solat lagi ni.." tanya Farid...dicapai baju melayu dalam almari..tak banyak baju dia bawa...dalam 4,5 pasang je..niat memang tak nak tinggal kat rumah toksu ni lama-lama..
"kat sana".tunjuk Asyiera..perlahan-lahan dia membalik kan badan kedepan..legaaa.Farid dah tak seksi lagi..matanya kembali menyoroti pergerakkan Farid..dari mula sampai lah Farid selesai mengerjakan solat..Entah lah,sejak mendengar kata-kata Farid sewaktu nikah dulu. perasaan Asyiera dah tak seperti dulu..dia dah tak benci Farid lagi..dia akan belajar cara untuk mempertahankan rumah tangga yang baru mereka bina..dia akan cuba jadi isteri terbaikk.walaupun hakikatnya dia tak la sebaik mana..dia akan cuba melupakan Khairil Adam..tu janji Asyiera..
"kenapa kau tengok aku macam tu?tak pernah nampak orang hensem sembahyang ke?"
Aduiii,baru je nak berazam tuk jadi isteri terbaik..eeee..macam mana nak berazam kalau setiap kata-kata Farid menyakitkan hati..Asyiera mencebik...
"Takdelah,aku cuma terkejut sikit tengok penyangak macam kau tahu solat...taubat ye bang?"Asyiera bertanya sinis..hilang Senyuman di wajah Farid..nak perasan sangat kann.silap tempat lah cik abang oiii.
"Sembahyang ni tiang agama dan perintah Allah s.w.t.so,sebagai muslim kena wajib buat.ni tidak,dah lah tak sembahyang, perli orang pulak tu.under attacks jepun ye?."
Bantal kecik bergambar spongebob dibaling ke arah Farid..ada je perkataan menyakitkan hati keluar dari mulut lelaki ni...
"Aku dah sembahyang lah sebelum kau masuk tadi,kau apa tahu.."tak habis-habis sakitkan hati..
"ye ke dapat solat?kalau macam tu,apakata kitaaa..." Senyuman Farid menakutkan Asyiera..lantas bantal ditarik kearahnya...jantung dah bedegup laju macam speed boat...ternganga Asyiera melihat Farid yang selamba buka baju depan dia.gila punya orang..
"Apa kau buat ni hah..kau jangan buat benda bukan-bukan Farid..aku jerit nanti.."ugut Asyiera..dia tak ready lagi ni.
Farid ketawa mengekek..macam lah dia nak buat benda tak baik..syira,syira...kau jerit la kuat-kuat.orang tak akan dengar.semua pura-pura pekak malam ni tahu tak..buat lawak betul la minah ni..
"Aku maksudkan tidur lah ngok! perasan ye kau ni kan.."Farid masih tersengih macam kerang busuk..eyh tak,bukan macam kerang busuk lagi dah.sah-sah kerang busuk..
"Yang kau buka baju kenapa?kat bilik ni ada peraturan tau..kalau tidur kena pakai baju..ingat cantik sangat ke body tu sampai nak tayang depan aku."
sakit hati betul dia berhadapan dengan mangkuk sekor ni.menyakitkan hati..
"Siapa suruh kau tengok..tutup lah mata tu..kau jangan lupa kita dah jadi suami isteri,kau kena dengar cakap aku..sebagai permulaan,peraturan kau yang lapuk tu kau boleh buang..lagipun bilik ni panas sangat..dah lah takde aircond..nak ataupun tak nak..aku akan tidur macam ni..lain lah kalau kau nak join sekali.."
Farid selamba merebahkan diri disebelah Asyiera..lega sangat..dari tadi pagi lagi dia tak berehat..sibuk layan tetamu.dibuka sebelah mata melihat Asyiera yang masih duduk kaku.pasti gadis tu masih marah dengannya.lambat-lambat dia nampak Asyiera merebahkan badan.gadis tu pun pasti letih sama..
"Kau dulu tak sekolah ke?"tegur Farid tiba-tiba .
isshhhh,dia bunyi lagiii..geramnya rasa..dah kira baik dia benarkan Farid tidur dengan dia satu katil..masih tak bersyukur rupanya..
"kata nak tidur..tidur je lah..atau kau nak tidur kat bawah..aku ada selimut lebih kat almari tu..toto pun ada..nak tidur kat lantai ke?"balas Asyiera...matanya masih tertutup rapat...
"Kau tahu tak tidur membelakangi suami berdosa besar.tak takut ke masuk api neraka..? ustazah tak ajar ke?"
Automatik mata Asyiera terbuka luas..mahu tak mahu,terpaksa jua badannya dikalih menghadap Farid yang tersengih-sengih serupa kambing..dah lah tak pakai baju...saja je lah dia ni.dia ingat hensome sangat la tu..hishh..ditarik bantal peluk dan diletak ditengah-tengah antara mereka..bantal ni akan jadi benteng pertahanan dia.siap lah siapa yang alih bantal ni nanti.melihat senyuman menggoda Farid buat Syira kecut.cepat-cepat asyiera tutup mata..cuak!
Farid memerhati raut wajah Asyiera dalam-dalam..ada satu perasaan hadir dalam hati..Walaupun penampilan Asyiera sudah berubah,tapi hati Asyiera masih sama..garang,kasar dan keras..macam mana nak bagitahu syira yang Farid depan dia ni bukan Farid yang sama bencikan dia.macam mana erkk?
Share this novel