Angin Pagi menyapa lembut wajah tuanya ..dilontar jauh pandangan mata ke tengah bendang..Bunyi kicauan burung bersahut -sahutan di atas pohon...sungguh damai pagi ni rasanya..tapi hati tuanya tak sedamai pagi yang cerah ini..Ada perkara yang mengocak hatinya.. Dari Jauh dia memandang sosok sang isteri membawa bekal menghampirinya.senyuman di hadiahkan walaupun dapat dirasakan senyuman itu hambar.
"Udah -udah la tu abang Haji oii.".Hajah Rokiah menghampiri Haji Ismail.Dia duduk disebelah suaminya...Sudah beberapa hari suaminya termenung..kalau tak di sawah ni..Haji Ismail akan termenung dekat rumah..Sayang benar Suaminya dekat sawah tu..sawah ni la tempat dia sara hidup dia anak beranak..banyak betul jasa sawah tu pada Haji Ismail..Peninggalan Ayah tercinta kepada Haji Ismail..
"Kite Sayang pade tanoh sake nung"keluh Haji Ismail..bunyinya macam orang patah hati betul...
"Kiah tahu bang..tapi nak buat macam mana..? kalau tak diikutkan nanti,teruk kita..abang Haji bukan tak tahu perangai Abang kassim tu..."
Hajah Rokiah turut mengeluh.
Kassim dan Hj Ismail hanya dua adik beradik..Akibat kecewa dengan tindakan Ayahnya Encik Hassan yang memberikan tanah pusaka yang luas terbentang tu kepada Hj Ismail..Kassim meninggalkan kampung halaman dan berpindah keluar bandar..dan kini 20 tahun kemudian,Kassim balik semula ke Kampung di kuala Dungun tu dengan satu matlamat..ingin mengambil balik hak yang sepatutnya miliknya...
bukan Hj Ismail tak nak bagi.tapi tanah tu satu-satu harta miliknya. segala harta termasuk rumah yang sudah diberikan kepada Kassim sudah habis digadai oleh kassim..dan hanya tanah tu sahaja yang sempat diberikan kepada Hj Ismail..
"Dok..abang dok kira...abang akan pertahankan tanoh sake nung..itu hak abang.abang tak akan biarkan abang kassim ambil tanoh tu.."Tegas Haji ismail..berpantang maut sebelum ajal. kalau tanah pusaka tu jatuh ketangan kassim...tanah tu pasti akan digadai sama oleh Kassim.selama ni,tanah tu lah yg beri mereka makan..tanah tu yang beri kehidupan untuk Hj Ismail anak beranak..duit dari hasil padi tu lah dia besarkan 3 orang anak..Amran,Asnah dan Amir.tak kan senang-senang dia nak bagi tanah tu..Hajah Rokiah terdiam..sebenarnya dia malas nak campur tangan hal berkaitan tanah pusaka ni.biarlah mereka yang selesaikan. .cuma dia bimbang betul dua adik beradik ni bermusuh.bukan dia tak tahu..pernah sekali,Abang kassim hampir nak tetak kepala hj ismail..mujur ada orang kampung yang nampak dan menghalang kassim dari mengamuk ..kalau tak suaminya tentu dah jadi arwah.
"Dah lah bang...jom makan dulu.dari tadi tak makan..nanti perut masuk angin saya jugak yang susah."pujuk Hajah Rokiah lembut.dia tak nak keruhkan keadaan.Haji ismail menganguk perlahan..Melihat sambal belacan,petai,ikan masin dan ayam masak lemak cili api buat perut Hj ismail mula terasa lapar..tambah-tambah lagi makan ditepi sawah macam ni.kalah rasanya makan di tempat mewah...hilang seketika beban berat dalam kepala.
"Ni kiah,puasa dah nak dekat ni..anak awak si Amir tu dok balik ke tahun ni.?"Tanya Hj Ismail..hanya Amir je tinggal berjauhan dengannya..dah berapa tahun tak balik.Rindu mula menguasai diri.
"Abang bukan tak tahu tentera ni macam mana..bukan dapat keluar suka hati..apalagi cuti.
susah nak balik..kalau balik pun sekejap sangat..tahun ni tak tahu lagi..apa nak di bimbangkan abang haji,Nora dan anak-anak dia tetap balik sini kan.."
"Abang dok bimbangkan Amir..abang tahu dia sibuk...banyak kerja.Yang abang pikir sekarang ni Syira..dah berapa tahun dok balik sini..dia bukannya tentera pun sampai dok bole balik sini .Entah apa nak jadi dengan Syira pun abang dok tahu..susah benar nak jumpa.."
Dalam banyak-banyak cucu, Asyiera Adhreena la yang paling dia sayang...walaupun cucu dia tu jarang benar balik kampung. masa kecik dulu,Asyiera selalu temankan dia kat bendang..Asyiera yang rajin tolong dia.Asyiera tolong dia toreh getah..berebut-rebut Asyiera dan shafiq,cucu sulung dia ambik getah beku dalam mangkuk getah tu..masa tu lah masa yang berharga buat hj Ismail..Rindu betul dia pada Asyiera
"Ni bang,kiah nak tanya ni.betulkah tindakan kita nak satukan si syira tu bang..takkan lah tak boleh bawa bincang sikit pung dengan abang kassim tu.dok kesihan ke kat budak tu?" Hajah Rokiah tiba-tiba bersuara..dia sebenarnya tak berkenan sangat cucunya itu disatukan dengan anak muda tu..pasti kacau bilau hidup Syira kelak.
"Bukan tak kasihan kiah oii,tapi tu lah satu-satu permintaan abang kassim...kalau kita tak setuju.tanah kita tu jadi taruhan...abang tak kan biarkan dia ambil tanah tu kiah."
Haji Ismail mengeluh..bukan dia nak jual cucunya..bukan..dia cuma nak betulkan keadaan.kalau dengan perkahwinan itu bakal mengeratkan hubungan mereka adik-beradik semula..apa salahnya..dia rindu nak berbaik dengan satu-satunya abangnya.Haji Ismail berharap sangat penyatuan syira nanti membawa kehidupan yang baru buat dirinya sekeluarga.
"nekkk,,Atukkk."
Kedengaran suara jeritan yang sangat di kenali.dari jauh dah nampak Shafiq anak sulung Amran berlari menuju ke arahnya..
"Bakpe Mung jerit pagi-pagi buta ni.."
Termegah-megah Shafiq duduk menyandar di sebelahnya..laju tangannya menyambar gelas berisi air kepunyaan Hj ismail lalu diteguk ..fuhh legaa..Ingat tak jauh ke dia lari dari rumah ke sawah padi milik atuk dia ni..jauh you..
"Dok..ni Maksu..maksu telipung..dia kata Syira masuk wad lagi..accident kena langgar kereta..."adu Shafiq..wajahnya nampak pucat sebab terkejut dengar berita dari maksu Nora.
"Astaghfirullahalazimm...Apa yang kamu khabor ni Shafiq...bila Maksu telipung.?" Tanya Hajah Rokiah cemas.Baru kejap tadi mereka cakap pasal Syira..dan kini dia dapat berita yang tak elok.Entah ini kali keberapa sudah Asyiera masuk hospital..Cucu dia satu ni suka sangat buat dia tak senang duduk..
"Baru sakning(Baru kejap tadi)...tapi maksu kata jangang bimbang.Syira ok.cuma kena tahan kat hospital je buak rawatan ckek.."
Hj Ismail dah tarik nafas..hampir habis nafas dibuatnya mendengar berita tu..Dia pasti Syira bawa motor laju lagi..susah betul nak ubah tabiat cucunya sorang ni .
"Dah tu yang duk tercegat kat sini bakpe..jom lah kita pergi kl..kita jenguk syira.."
Hj Ismail berdiri dan bersedia nak melangkah pergi..
"Lening ye tuk?"Tanya Shafiq Blurr..
"Dok iyh...Tahun depang.."Perli Hj Ismail
Hj Ismail laju melangkah di depan meningalkan Shafiq yang masih menarik nafas di belakang .cuba mengembalikan kekuatan selepas merathon 500 meter jauh dari jarak rumah ke sawah Hj Ismail.
"Nek dan atok jalan lah dulu..shafiq duk sini jap ..satgi Shafiq ikot.jangang tinggalkan Shafiq pulak nek yerr"
Shaiq duduk di pondok tadi dengan perasaan sedih..dia berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan balik..mindanya terus terbang melayang ke arah Syira..sepupu yang paling rapat dengannya .teringat kejadian 6 tahun lepas.
"Syira,bawa motor ni elok-elok boleh tak.?.kalau accident macam mana...?"Hari tu hari pertama Shafiq ajar syira bawa motor..habis satu kampung mereka ronda.
"Abang Shafiq ni macam pompuan la..penakut...bukan sakit pun kalau jatuh...jatuh kat tanah jugak kan ."
"Syira,Abang tak nak syira cedera." ujar Shafiq agak kuat..cuba melawan bunyi angin.
"Syira bukan budaq kecik la bang..syira dah besaq panjang.."
"Bakpe mung keghah keng ngak?(Kenapa lah kau degil sangat?).
Asyiera segera menghentikan motor di tepi jalan...dahinya berkerut seribu.
"Ada ke kata Syira degil abang ni. ...Syira bukan apa..kalau syira accident pung...Abang kan ada..abang Shafiq boleh jaga syira..lagipun
.bukan sakit pung...macam jatuh katil je kan bang shafiq.."Asyiera kembali memecut laju motorsikal sambil tersengih.
Shafiq menarik nafas..syira memang tak berubah langsung..Entah macam mana la agaknya dia sekarang ni...dah 6 tahun tak jumpa..
Share this novel