Bab 9

Romance Series 5917

Dahi Dr.Mikayla berkerut seribu melihat Dr.Adam bersiul-siul riang menuju kearahnya.ceria jer wajah Doktor Adam dipandang..

"Happy nampak..lepas jumpa buah hati la tu" usik Doktor Mikayla..wajah Doktor Adam semakin ceria.senyuman tak lekang dari bibir.

"Buah hati mananya...I mana ada buah hati"
stetoskop di leher ditanggalkan dan diletak di atas meja..diambil air mineral dan diteguk perlahan.

"Adam,i nak tanya something boleh?"tanya Dr.Mikayla perlahan.takot didengari oleh nurse yang tiba-tiba masuk ke bilik mengambil ubat yang tersedia di atas meja..Dr Mikayla terdiam sekejap..


"macam tak biasa pulak...tanya je lah.."

Dr. mikayla ketawa perlahan..Ditarik kerusi dan dirapati Khairil Adam yang duduk tenang di mejanya.


"You ada feeling kan kat budak perempuan tu.."

pertanyaan Dr. mikayla buat Dr.Adam tersenggih.


"mana ada..dia pesakit I je lah.."


"ye ke?Dahtu yang you beria nak bawa dia tadi,kenapa?.biasanya kalau ada pesakit ajak you ke bilik rawatan..you akan bagi beribu alasan.dan you akan pass kat i..hari ni rajin pulak you bawa dia ke bilik xray..dan yang paling ketara,sejak perempuan tu bertahan dekat hospital ni,you nampak lain sikit..semangat semacam..tak seperti selalu.kenapa erk...I kenal you la dam..you syok kat dia kan."

Khairil Adam ketawa besar..hebat betul la kawan dia satu ni..boleh tahu perasaan dia sampai macam tu sekali.

" yess,I mengaku,I memang suka dia..suka sangat..tapi dia tak mungkin balas balik perasaan suka tu kat i..I kenal dia kay.."


" You kenal dia?"


"Yups, kitorang satu course kat university dulu..and you know what...i suka dia sejak universiti lagi..tapi dia tak pernah pandang i...sekarang ni pun i tak sangka jumpa dia lagi kat sini.macam ada magnet jer yang satukan kami dua kan.Macam kitaorang ada jodoh.. " makin lebar senyuman Adam.


"kalau dia dah kahwin,macam mna ?you masih anggap dia jodoh you?"Duga Dr.Mikayla..saja nak tahu reaksi lelaki pujaan satu hospital ni..


"I dah tanya dia,dan dia kata dia tak de boyfriend..you tahu lelaki yang jaga dia semalam tu sebenarnya bukan boyfriend dia..poyo jer cakap dia tu kekasih Asyiera.sebenarnya mereka tu hanya kawan baik jer.."sakit betul hati terkenang Abang kawasan tu.berlagak tak kira tempat.


"Lelaki tu bukan kekasih dia?Laaa,I mati-mati ingat tu boyfriend dia..Baru je I dengar Nurse Miera puji mereka sama cantik sama padan.macam merpati dua sejoli.."


"Miera tu memang,semua lelaki dia kata handsome."ujar Adam tidak puas hati.Dr.Mikayla tersengih..nampak sangat doktor Adam cemburu.

"Dah memang kenyataan,nak buat macam mana."makin galak Dr.Mikayla mengusik Dr.Adam..

"Korang belum kenal lagi la Abang kawasan tu.Nampak je macam tu,tapi sebenarnya poyo..bengis.and I'm sure,Asyiera pun tak suka dia."

. "Masalahnya Asyiera tu nak ke dengan you?"perli Dr.Mikayla..seronok pulak dia mengusik Dr Adam..Happy dapat tengok pipi Dr Adam merah menyala..


"You perli i kan.."


"you terasa diperli ke?maaflah..tak sengaja.hehehe."


"Dah la,.kita tukar topik,I nak tanya ni..You tahu tak pesakit nama Rina?dia ditahan dekat Wad Mana?"

Tiba-tiba Khairil Adam teringat pada gadis bernama Rina..Niat nak tahu siapa Rina yang dimaksudkan oleh ibunya tu membuak-buak di dada..sebelum ni,dia pernah juga terdengar ibunya puji Rina tu cantik walaupun sedikit kasar ,baik hati,rajin dan benda utama kenapa dia teringin nak jumpa Rina ialah Rina obses dengan bunga..sama seperti dia yang juga obses dengan bunga terutama sekali bunga Daisy.Khairil Adam teringin nak kenal Rina walaupun tak de niat hendak berkahwin dengan nya.

"Rina?I rasa takde..kalau ada pun Puan azlina..tu pun yang duk kat wad bersalin tu je la.kenapa you tanya?adik-beradik you ke?"

"Tak ,bukan Puan Azlina,Nama perempuan ni Rina dan dia baru terlibat kemalangan.Dia anak kawan mama I.so,bukan pesakit You ke?"

Dr.Mikayla mengeleng perlahan..Dia kenal semua nama pesakit dekat hospital ni..takde sorang pun yang bernama Rina.

"Kalau tak silap I,hanya seorang je yang telibat dengan kemalangan dalam bulan ni dan orang tu Asyiera,gadis pujaan you tu.bukan Rina. you salah info kot "

Khairil Adam menggaru kepala..Dia yang salah dengar ke atau mak dia yang salah maklumat.Nampaknya tak de jodoh la dia nak kenal siapa Rina yang sebenar..hmm


"k la dam..I ada kerja..you pun sama kan..jangan lupa jengguk Pak mat...merajuk pulak pak mat nanti kalau you tak lawat dia...I dah bagi ubat mengikut sukatan dekat Miera..you boleh bagi pak mat makan ubat tu nanti..I pergi dulu.."

Dr Mikayla lantas berlalu meninggalkan Khairil Adam..masa rehat dah tamat.kesihan pulak dekat pesakit yang lama menunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience