Bab 18

Romance Series 5917

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ramadhan.Asyiera semangat betul dapat berpuasa dikampung..pagi-pagi lagi dia dan Shafiq dah bertolak ke pekan.Seperti Ramadhan 6 tahun yang lepas,Asyiera buka bisness biskut raya.dia buat biskut nenas dan biskut coklat almond..so,tahun ni pulak dengan bantuan Abang shafiq dan adik-adiknya,Dia nak mulakan bisnes biskut raya dia awal..Dah lama tak teruja macam ni.Dengan buat bisnes macam ni,dapat lah dia lupakan sekejap pekahwinan yang bakal berlangsung lepas raya nanti..sejujurnya dia belom dapat menerima kenyataan yang dia bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi..

Malam tu seperti biasa selepas solat terawih,Asyiera orang terakhir keluar dari surau.dari jauh dia dah nampak Farid berdiri tegak depan pintu pagar seperti menunggu seseorang.wajah lelaki tu muram.


"Kau tunggu siapa?Tak nak balik ke?"Tanya Asyiera..pelik!selalunya Farid lah orang pertama yang akan keluar dari surau.Bukan dia tak tahu,Farid selalu mengelak untuk bertembung dengannya..Ditoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat Shafiq.namun hampa,tinggal mereka berdua saja di kawasan surau tersebut.


"Aku suruh Shafiq balik dulu..ada benda aku nak cakap dekat kau."Nada suara Farid mengendur


"Apa dia?Cakap lah apa yang kau nak cakap." Asyiera memeluk tubuh memandang tepat ke arah Farid..pertama kali dalam hidupnya dia dengar Farid tak berkata kasar.Farid menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum kembali menatap Asyiera Adhreena..

"Aku dah fikir masak-masak..Aku tak akan batalkan pernikahan kita nanti..kita akan teruskan perkahwinan ni."

Asyiera yang berpeluk tubuh mula bercekak pinggang.mata tak berkelip langsung menatap wajah Farid.


"kau cakap apa ni?kenapa tak nak batalkan pulak.."

Darah Asyiera mula panas.bukan ke dirinya musuh lelaki tu..bukan ke farid benci padanya..kenapa tak nak batalkan pulak.Farid dilihat dengan pandangan pelik..


"Aku tak dapat bantah cakap atuk aku..kau pun tahu kan betapa garangnya dia..dan kau pun tau kan keadaan kesihatan toksu..aku tak nak dilabel cucu derhaka" tukas Farid selamba..dia memang tak nak atuknya kassim marah padanya dan selain tu,dia ada alasan lain yang tak boleh diberitahu pada orang lain.Asyiera ingin membantah namun Farid lantas menyambung kata.


"kau jangan risau..aku tak akan kacau dan campur urusan kau..kau buat cara kau,aku buat cara aku..sampai masanya kita akan berpisah..cuma satu aku pinta..selama kita bergelar suami isteri tu nanti..selama tu kau kena dengar cakap aku.kau faham.??"Farid mula mengherdik balik..hilang kata-kata lembut yang baru didengar Asyiera.ishhhhh geramnya...Asyiera ingin bersuara namun mulutnya bagai terkunci..segera dia berlalu pergi.dia takut semakin lama dia dsitu..semakin besar pulak tahap kebencian dia pada Farid.Takot pulak dia meletup disana nanti.

"Aku hantar kau balik.."ajak Farid..dia bersedia untuk mengiringi Asyiera..jarak surau ke rumah Asyiera tidak la sejauh mana..namun jalan yang sunyi dan gelap itu tentu menakutkan dia. ditambah lagi rumah Asyiera dihujung kampung..terpaksa melalui hutan yang hanya mempunyai 1 lampu jalan raya.

"Tak payah!Aku boleh balik sendiri." Disebabkan perasaan marah,Asyiera terpaksa menolak pelawaan Farid.walaupun dia sedar dia perlu melalui kawasan menakutkan tu nanti


"Betul ni tak nak?..kat jalan tu sunyi tau.lampu jalan rosak..kau berani sangat ke lalu kat situ?" usik Farid.


"Aku bukan penakut macam Adira..ni nampak! aku bawa torchlight..dah lah aku pergi dulu..bye penyangak.!"

Asyiera lantas berjalan laju..lagi cepat dia pergi dari situ,lagi cepatlah dia sampai ke rumah..namun beberapa langkah sebelum sampai ke kawasan simpang ke rumah atuknya tiba-tiba dia rasa menyesal.Dia berhenti melangkah..dilihat lampu jalan yang betul-betul rosak..segera dia menoleh ke arah tempat Farid berdiri tadi namun hampa,.jalan raya kini kosong..Farid betul-betul pergi tinggalkan dia sorang-sorang kat situ.

"ishhh,tak guna kau Farid..kau tinggalkan aku sorang-sorang kat sini.kalau ada hantu keluar dari hutan ni macam mana?"

Asyiera hampir menjerit menahan marah..torchlight dibuka dan dihalakan ke arah semak yang berhampiran..macam-macam benda pelik bermain di mindanya...


"Tak..tak mungkin..bulan puasa mana ada hantu.hantu kan kena ikat...no,bertenang syira bertenang..buat biasa.kau kan berani.setakat jalan gelap macam ni,kau pasti boleh redah.bertenang Asyiera Adhreena..bertenang.."
sepanjang perjalanan dia tak berhenti bercakap sorang-sorang..matanya melilau ke kiri,kanan,atas dan depan..berpusing-pusing.


''Prap.''

Tiba -tiba badan Asyiera berdiri tegak.dia dengar bunyi ranting dipijak..betul-betul di belakang dia.kepalanya ingin menoleh tetapi hatinya melarang...peluh mula keluar membasahi dahi dan kawasan telekung di bahgian muka..wajahnya berubah pucat.

'Tu bukan hantu,tu bukan hantu..bukan han..'

"Apasal kau berhenti.."tiba-tiba satu suara menegurnya.

"Makkk....!!"

Asyiera hampir pitam akibat terlalu terkejut. nasib baik tubuhnya disambut Farid.kalau tak,pasti dia dah terjatuh tergolek kat tengah jalan.

"Laaa,tadi kata berani sangat..sekarang panggil mak pulak.."

Asyiera yang masih berada dalam pelukkan Farid terkedu..dia betul-betul tak sangka Farid temankan dia sepanjang perjalanan tadi..tiba-tiba dia jadi malu..segera dia bangun dan mula menarik nafas lega.wajah Farid dipandang tajam.


"Kau temankan aku dari tadi ke?"


"Jangan perasan...kau ingat rumah atuk kau sorang je lalu kawasan ni.Kau cakap kau berani sangat kan..so,jalan la sorang-sorang.."

Farid segera melangkah jauh dari Asyiera..dia ketawa sinis terkenang wajah syira yang pucat akibat terkejut tadi.'baru padan muka kau..berlagak sangat.'

Asyiera mendengus perlahan..Ego farid memang tinggi..bibir diketap kuat 'issh'.namun sesat kemudian wajahnya mula berubah.


" Fariddddd,,tunggu akuuuu..."
kaki diatur menghampiri Farid yang sudah jauh didepan..tak kisah la Farid nak cakap apa,janji dia ada teman balik..

* * * * *


"Abah,tak boleh ke abah minta cuti lagi?"

En Amir tersenyum nipis mendengar permintaan Asyiera..sejak semalam lagi,ayat tu lah yang dia dok ulang-ulang..wajah Asyiera mendung..


"Angah,angah pun tahu kan kerja abah ni macam mana..kalau abah cuti lagi,macam mana abah nak hadir masa pernikahan angah nanti.."

Asyiera hampir menangis mendengar kata-kata En Amir..air mata mulai bertakung di tubir mata.dengar perkataan nikah je dah buat dia menangis.Entah kenapa hari ni dia rasa nak bermanja dengan abah..


"Laa,tak mahu la nangis macam ni...kenapa anak abah ni?"pujuk En Amir..segera dia duduk disebelah Asyiera.

"Angah tak nak kahwin..Angah tak nak kahwin bah.Abah tolong la pujuk atuk..pleaseee.." tangisan Asyiera semakin kuat..abah la harapan dia satu-satunya..Dia belum sedia lagi nak berumah tangga.Masih jauh lagi perjalanan hidup yang harus ditempuhnya.kalau pun dia perlu berkahwin..kenapa harus dengan Farid.kenapa??


"Angah.angah tak boleh macam ni...abah percaya apa yang atuk aturkan untuk angah semuanya untuk kebaikan angah.."


"Tapi angah tak nak Farid..takde satu pun pasal Farid beri kebaikan pada angah..angah tak cinta pun kat dia bah..macam mana angah nak bahagia.."


"Cinta boleh datang bila-bila masa je sayang...tapi jodoh tak datang selalu..Abah percaya angah akan bahagia suatu hari nanti.Abah yakin Farid boleh jaga anak abah ni sebaik-baiknya..dia akan jaga angah sama macam abah jaga Angah.Angah kena yakin tu" Dahi Asyiera dicium lembut..


"Tapi bah..."


"Tak de tapi-tapi..Angah kena yakin pada qada' dan qadar yang ditetapkan.kalau angah tak yakin,Angah tak akan bahagia.Apakata angah buat solat isthikarah...insyaAllah angah akan dapat petunjuk."pujuk En Amir.Sebagai seorang bapa,dia pun nak yang terbaik untuk Asyiera..tapi dia juga yakin pilihan ayahnya tak salah.walaupun dia tahu Asyiera dan Farid memang bermusuh sejak kecik.tapi dia tahu Farid seorang lelaki penuh tangungjawab dan penyayang.Asyiera Adhreena pasti bahagia kelak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience