Bab 35

Romance Series 5917

Asyiera melirik jam ditangan.dia tahu Adam Masih berada di kampung ni.Pelbagai soalan bermain di mindanya sekarang.Dah lama tak jumpa Adam.dan sebolehnya Asyiera tak nak jumpa lagi dengan lelaki tu..dia dah jadi isteri orang.kalau boleh dia nak bahagia tanpa ada orang ketiga.tapi dengan apa yang berlaku sekarang ni,dia kena jugak berjumpa dengan doktor Adam.

Dari jauh dia nampak Adam muncul..Adam tersenyum bahagia namun senyuman itu tidak mampu menenangkan hati Asyiera yang panas membara sekarang ni. sekejap je lagi boom akan meletup.tengoklah..


" Syira, akhirnya aku jumpa jugak dengan kau" Adam memulakan kata.wajahnya berseri-seri.


"Adam, straight to the point je k." Asyiera tak nak buang masa.dia nak masalah ni cepat selesai.


"Kenapa kau cari aku? kau nak apa?" Adam terdiam.terkejut dengan intonasi syira yang tak seperti selalu.Belum apa-apa dah kena sembur.nasib la dekat sungai ni tak ramai orang.


"Relax la..Aku cuma nak berjumpa dengan kawan aku. Salah ke?."Asyiera memandang tepat ke mata Adam, dia Tak nak jatuh cinta lagi dengan lelaki tu.


"Rasanya tak salah kan aku nak jumpa kau.kenapa?suami kau marah ke?bukan ada yang hilang pun kalau kita berjumpa right!"

Asyiera Mengerutkan dahi.kata-kata tu macam bukan Adam yang dia kenal..ada sesuatu dalam nada suara Adam yang membuatkan dia takut sekarang ni.tapi dia tetap cuba untuk memberi peluang kepada Adam menjelaskan.


"Adam, aku nak kau jujur dengan aku. Apa sebenarnya kau nak?" Suaranya Asyiera tegas, tidak lagi seperti tadi.dia dah tak nak main tarik tali dengan Khairil Adam lagi


"okay lah..aku mengaku,aku datang kesini sebenarnya untuk bagitahu kau.aku dah lama suka kau Syira.dari zaman kita belajar lagi.hingga sekarang cinta aku hanya untuk kau. kita jumpa semula di hospital tu ,tu semua takdir dan aku rasa kita patut dapat peluang kedua."

Asyiera terpaku mendengar luahan berani mati Khairil Adam.


"Adam, aku ni dah kahwin! kau merepek apa ni"Hati Asyiera tiba-tiba jadi panas.

Adam mendekat, cuba memegang tangan Asyiera.tapi Asyiera lebih pantas menarik tangannya. dia takut dengan khairil Adam.kenapa lelaki tu berubah drastik macam tu sekali.ini bukan doktor yang dia kenal dekat hospital haritu.ini gila punya doktor ni.


"Farid tak layak untuk kau Syira. Kau deserve yang lebih baik. kau patut bersama aku, bukan dia."


"Kau salah! bagi aku hanya Farid seorang yang layak untuk jadi suami aku..Kau patut hormat keputusan aku Adam., bukan datang sini dan buat kacau!"

"Asyiera ,aku tahu kau terpaksa terima Farid.Hadi dah bagitahu aku semuanya.kau kahwin dengan dia sebab atuk kau paksa kan. tu bukan cinta syira..Cinta tak bermula dengan paksaan macam tu.perkahwinan yang dibina atas dasar paksaan macam tu tak akan pernah bahagia syira.kau akan menderita selamanya."

Lagi -lagi Asyiera tersentak.Khairil Adam memang berani.. Salahnya jugak sebab cerita hal rumah tangga dekat Hadi..ish Hadi ni kan.


"Farid tu cuma kerja workshop je Syira.dia takkan mampu bahagiakan kau.tolong lah dengar cakap aku untuk kali ni je.tinggalkan Farid dan ikut aku balik ke Kuala Lumpur.kita bina hidup baru.Aku janji aku akan bagi semua yang suami kau tak dapat tunaikan."

Sambung Adam, cuba memujuk tapi Asyiera sudah hilang sabar.kata-kata Adam menyakitkan hatinya..kalau didepan dia ni bukan Adam.,dah lama dia tumbuk sampai lunyai.


"Dah puas cakap.okay sekarang giliran aku...kau kenapa? demam?wayar kepala kau putus erk. jujur,memang aku pernah jatuh suka dengan kau sebelum aku kahwin haritu Adam.sebab aku anggap kau seorang doktor yang Cool dan doktor yang hebat tapi rupa-rupanya aku silap. Kau pentingkan diri dan suka meremehkan orang lain.Alhamdulilah Allah takdirkan aku bersama Farid.bukan dengan kau dan untuk pengetahuan kau, aku tak peduli apapun status Farid.dia kerja workshop ke atau kerja kampung ke,aku akan tetap setia pada dia..memang dulu aku marah ,aku benci kena paksa kahwin tapi tu dulu.sekarang aku cintakan dia sangat-sangat..cukup lah untuk kau tahu aku dah bahagia dapat jadi isteri dia dan Aku tak akan biarkan kau hancurkan rumah tangga aku. Kalau kau betul-betul kawan aku, kau akan faham dan pergi dari sini."

Fuhh!lega..sekali nafas je semua keluar macam peluru..ini kalau Adam tak faham bahasa jugak confirm Adam jadi doktor guna cable..

Adam terpinga-pinga, tidak percaya dengan ayat yang Asyiera lontarkan. Dia cuba berkata sesuatu, tapi Asyiera sudah melangkah pergi, meninggalkan Adam yang terkebil-kebil.Adam terpaksa mengejar.


" Syira kejap,tunggu dulu syira.."


"Ini kali terakhir aku berjumpa dengan kau, Adam.Dan kalau lah perkenalan kita dulu jadi sebab kau sukakan aku..aku betul-betul menyesal kenal kau." tegas Asyiera, cukup sampai sini.

Asyiera Adhreena segera angkat kaki. dia tak nak orang nampak dia berduan dengan Adam di sungai ni. Pagi ni sepatutnya dia sudah berada di kilang..bantu Pn Rozita check jenama barang.tapi gara-gara Adam,dia terpaksa lambat masuk kerja..

Sebelum naik kereta,Asyiera sempat menoleh ke arah Adam..timbul rasa kesian dekat lelaki tu..tapi nak buat macam mana..sekarang cinta dan kasihnya hanya khas untuk Farid seorang.walaupun dia tahu mustahil dia akan dicintai semula. Farid pernah kata sampai bila-bila dia benci gadis tomboy yang bernama Asyiera Adhreena! Arghhh kenapa lah dia boleh jatuh cinta dekat penyangak tu..Betul la cinta tu buta!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Farid merenung jauh keluar tingkap, menatap jauh Gunung Matterhorn dihadapan mata. Udara dingin dari luar menyerbu kulit wajahnya, Mindanya melayang memikirkan Asyiera. Dia Cuba untuk tidak terlalu berfikir, tetapi, semakin dia cuba ,semakin kuat wajah Asyiera bermain dalam mindanya.

Sebulan yang lalu,Farid ada memohon program Latihan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) bengkel untuk kemahiran pengurusan.Ayahnya kata,dia akan ambil alih tugas Encik Lukman sebagai Manager di gemilang Enterprise nanti.so,dia kena bersedia. Bengkel itu akan diadakan selama 2 bulan di Switzerland..sebelum ni dia memang ambik kursus Pengurusan Projek (Project Management) PRINCE2 dan PMP tyme diploma dulu..tapi sayang,dia Tak ambik sarjana muda..masa tu jiwa mudanya banyak dihabiskan untuk lepak bersama sufian. dan dia tak sangka pulak suatu hari nanti, kursus tu penting untuk dia kerja di syarikat Encik Zahid..Bila permohonannya diterima,Farid ingin memberitahu Asyiera tentang bengkel tu.tapi tak kesampaian.Adam tiba-tiba muncul dan menghuru-harakan semuanya.sekarang Farid pasti Asyiera akan fikir dia sedang merajuk sekarang ni.

Di dalam kelas, Mr.Gilbert,tenaga pengajar sedang sibuk menerangkan tentang kepentingan leadership. Farid cuba fokus. Tapi ingatannya terbang melayang ke arah Asyiera yang berada di kampung.dia rindu..sejujurnya,setiap malam dia akan merenung wajah tu sebelum tidur dan pernah beberapa Kali Farid tidur sambil memeluk Asyiera erat.Nasibnya baik sebab isterinya tu jenis tidur mati.Tak kan bangun sehingga pagi.


"Farid, are you with us?" tanya Mr Gilbert. Farid tersentak.matanya pejam celik beberapa Kali.


"Ah, yes, sorry. Got distracted for a moment," jawabnya sambil senyum kelat.dia try untuk fokus kembali.namun sentiasa gagal.sepanjang kelas,hanya nama Asyiera yang memenuhi Fikirannya.

Petang tu,Farid berjalan ke Gornergrat Railway. Pemandangan gunung-ganang dan salji yang memutih membuatkan dia termenung lagi. Sepatutnya dia rasa tenang,tapi hati ni masih kacau. Wajah Asyiera jelas, seperti bayangan hantu yang suka menghantui.

Dia terbayang Asyiera yang tomboy,pakai baju besar 3 Kali Ganda.,terbayangkan cara Asyiera panggil dia penyangak.Dan anehnya, dia rindu semua tu..Farid menarik nafas panjang, menatap pemandangan yang serba putih dihadapannya .Farid akui dia sudah tak dapat lari dari kenyataan.Dia cinta dan sayang Asyiera Adhreena!/

Teringat kembali kata-kata Asyiera ditelinga Farid..Tiga hari selepas bergaduh dengan Asyiera,Farid Masih berada di kampung..dia tidur di rumah sufian.dia habiskan masa sehari-hari di sungai.dan tak sangka pada hari ketiga,dia nampak isterinya datang ke sungai tu..dia ingin menyapa isterinya namun langkahnya kaku tiba-tiba..dari jauh nampak Adam menghampiri Asyiera dengan wajah yang ceria.
Farid segera meloloskan diri di belakang semakk berhampiran dengan tempat Asyiera duduk.dia ingin tahu Kenapa Asyiera dan Adam berjumpa di sana.Dia cukup jelas dengar semua yang keluar dari mulut Asyiera.Ada rasa gembira yang teramat bila dengar pembelaan Asyiera di hadapan Adam.tapi bila dengar kata-kata Adam,Farid terkedu.Apa yang Adam cakap tu betul.dia hanyalah seorang mekanik dan tak akan mampu tunaikan keinginan Asyiera.buat pertama Kali dia rasa kalah sebagai lelaki.


'Kalau aku tak buat sesuatu,Aku akan kehilangan isteri aku selamanya.' bisik hati Farid

Farid lantas menelefon seseorang.dia tak nak kehilangan Asyiera..Asyiera miliknya dan begitu jugak sebaliknya. dia akan pastikan Adam tak akan ada dalam hati isterinya lagi Selepas ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience