Jam menunjukkan angka 11 malam bila Farid sampai ke bengkel kawannya sufian...dekat bengkel tu la dia habiskan masa sehari-hari..
"aikk.tadi kata nak tidur,ada barang tertinggal ke?"
suasana bengkel sangat bising.almaklumlah..itulah tempat kerja dan itu jugak lah rumah sufian.. dia menghabiskan masa 28 tahun di bengkel tersebut.
Farid tak menjawab.kaki diatur laju ke arah sofa lama yang diletakan bersebelahan dengan meja..badan direbahkan di sofa yang tak berapa nak empuk tu.
"Kau gaduh lagi dengan atuk kau ke rid?"
Sufian faham sangat..Sejak beberapa bulan selepas datuk Farid membuat keputusan hendak menetap di kampung ni..kehidupan farid berubah 100%...dah beberapa kali Farid mengadu dia bergaduh dengan datuknya tu.Entah apalah masalahnya kali ni.Sufian tahu kawannya tu bukan lah jenis suka cari masalah..
"macam biasalah..kau pun tahu atuk aku ni macam mana kan..sehari tak marah aku memang tak sah kot...ada jer salah aku kat mata orang tua tu...lama-lama aku boleh gila kat rumah tu."
Sufian yang tengah membersihkan plug motorsikal terhenti..dia bergerak menghampiri farid dan duduk bertentangan dengannya.
"kali ni pasal apa pulak?"tanya sufian
Farid memandang sufian sekilas sebelum kembali menghadap kipas yang berpusing..mindanya ligat memikirkan gadis yang sudah lama menghilang dari kampung tu..Dia betul-betul tak suka dipaksa kahwin dengan gadis tomboy yang berlagak kuat dan garang seperti syira..dah lama tak dengar berita gadis tu..tiba-tiba harini datuknya suruh dia kahwin dengan gadis tu..memang tak la..pakaian syira pun tak serupa perempuan.dengan jean lusuh dan baju kemeja besar..Pasti lepas kahwin nanti, dia akan menderita.Arghhhhh.
"Farid,kau dengar tak apa aku cakap ni.?"
teguran Sufian buat dia kembali ke dunia nyata..dipandang sufian yang fokus memandang ke arahnya tanpa berkelip.
"Kau ingat tak Syira,?" tanya Farid..Sufian dah farid berkawan sejak kecil lagi..mereka membesar bersama di kampung ni..hanya beberapa orang jer pemuda yang masih menetap di kampung tu,kebanyakkan kawan -kawan yang sebaya dengan mereka sudah bekerja di bandar dan ada yang berpindah dari kampung tu..
"Syira??Cucu haji Ismail yang tinggal kat hujung kampung ni ke?kenapa dengan dia?"
Siapa tak kenal syira kat kampung ni.gadis tomboy yang garang..Gadis kecil molek yang suka pakai baju saiz 3 kali ganda dari saiz badan..Gadis yang suka cari pasal dan tak reti nak duduk diam..ada jer kerja yang dia lakukan. tapi dalam ketomboyan syira,terselit jugak sifat baik hati dan rajin..syira suka tolong orang kampung...rajin tolong datuknya bercucuk tanam kat sawah,toreh getah..dan suka buat kerja amal tanpa balasan..Syira tu jugak pernah tolong sufian masa sufian jatuh motor dulu..gadis yang penuh tangungjawab.
"Atuk aku suruh aku pikat dia..,Memang tak laa.....Dia ingat aku nak kahwin dengan gadis yang tak serupa perempuan tu...dah la aku tak tahu rupa dia sekarang..entah-entah makin buruk..sama macam perangai dia yang buruk tu.."
kutuk Farid,dia geram..kenapa dengan syira jugak atuknya nak kahwinkan...kalau betul nak dia kahwin,suruh lah dia pikat Adira..gadis tu cantik dan pandai bergaya.lagi satu Adira tu sangat feminin.tak macam syira.
"kenapa atuk kau nak kau pikat syira?" sufian nampak berminat dengan cerita yang farid sampaikan ...macam dalam drama tv je kisah kahwin paksa farid ni
"mana la aku tahu.mngkin sebab dia teringin nak cucu menantu tomboy macam tu kot..entah lah."
Farid meraup wajah berkali-kali..ada jer masalah yang menimpa dirinya..Syira tu musuh dia sedari kecik.apa saja yang syira buat semua dia tak suka..
"tapi kan rid bagi aku syira tu cantik apa..kau ingat lagi masa abang dia si aliff tu kahwin.dengan kau sekali terpaku tengok dia muncul..masa tu kau yang tak nak balik kan..kau dah lupa ke?
Farid panggung kepala...Erk!
~~~~~~
6 tahun lepas.
Farid,sufian,Shafiq dan beberapa pemuda makan di bawah kem paling belakang..suasana pagi tu sungguh meriah.cuaca pun cerah dan berangin.ramai orang datang meriahkan majlis perkhawinan sepupu dia Aliff Azham...Farid leka menyuap nasi ke dalam mulut sampai lah Sufian menyiku lengannya menyuruhnya melihat sesuatu di kem perempuan..Rata-rata tetamu yang menikmati jamuan turut memandang ke arah yang sama..Asyiera Adhreena tampil dengan baju kurung moden yang sangat menawan..baju kurung yang ikut bentuk badan nampak sangat cantik tersarung di tubuh kecik molek Syira..semua rahang jatuh bila nampak gadis yang selama ini tomboy mengenakan baju kurung merah hati yang berenda di bahu kiri dan kanan..tak sangka pulak syira ni cantik,dengan make up nipis yang tercalit di wajah membuatkan ramai lelaki tak berkelip..termasuk Farid..Pertama kali melihat gadis tu tanpa baju kemeja dan jean lusuh dia..
"Abang Shafiq,abang dah siap makan?,boleh tak abang temankan syira ambik baju kat kereta."
Sedar tak sedar,gadis tu dah terpacak depan mata mereka..terpaku semua pemuda yang berada di situ.
"Ambik la sendiri..yang kau kacau Shafiq kenapa?"
Farid jawab bagi pihak Shafiq..Entah kenapa kalini dia rasa nak mulakan pergaduhan dengan syira...macam ada sesuatu perasaan muncul di hatinya..
"Eyh penyangak,aku tak cakap dengan kau laa.sibuk nak jawab kenapa.."Asyiera sakit hati.,hilang mood terus melihat Farid yang menatapnya tanpa berkelip..rasa nak sekeh jer mamat sorang ni..Sudah lah baju mereka pun sama kaler...macam berjanji pulak ..ishh menyesal betul dia pakai baju kurung merah hati tu..Ni Abah punya pasal la ni,paksa dia pakai baju feminin macam tu bagai...
"Suka hati aku lah,aku ada mulut..kau yang kacau aku kat sini.ingat kau pakai baju macam ni aku tak kenal kau siapa...kalau tomboy tu tomboy je lah...buat sakit mata aku je lah melihat perempuan tomboy pakai baju kurung...uwerkkkkk...tak sesuai.better kau berambus dari depan aku sebelum semua yang ku makan ni keluar balik.."ujar Farid dengan memek muka yang dibuat-byat.dia berpeluk tubuh menghadap Asyiera...happy dapat tengok wajah gadis tu berubah kaler..
Asyiera dah bercekak pinggang..ni kalau dia tampar Farid ni kat sini,mahu kecoh satu kampung dibuatnya ni..sedap betul mulut farid ni mengata dia tomboy..ishh panassnya hati.dah lah kena hina depan orang ramai.
"Kau sakit hati aku pakai macam ni?.apa kau ingat aku pakai baju ni semata-mata nak tayang depan kau ke?tolong sikit eyh...muka penyangak macam kau tu tak laku derr kat kampung ni..better kau yang berambus dari sini.sebelum aku yang muntah..ingat kau sorang jer ada tekak...ni pun tekak aku dah geli ni...ha jaga-jaga ..jagaa-jaga.aku nak muntah dah ni."Muka Asyiera dah panas..rasa terbakar je dalaman dia sekarang ni.baju yang melekat kat badan rasa panas,dia rimas..
"Farid ,Syira..apa kamu berdua buat ni.malu lah kat orang.semua tengok kat sini tau. sudah-sudah la tu..."Shafiq tarik tangan syira jauh dari situ..nasib baik Shafiq ada..kalau tak dia muntah betul2 muka Farid tadi.kecik besar kecik besar jer dia tengok muka farid tadi..Dasar penyangak..!ishh geram..
~~~~~~
Farid tersengih..masa tu dia akui Syira memang nampak sangat cantik..dan dia akui Syira lebih cantik berbanding gadis-gadis lain di kampung tersebut.Adira pun kalah..tapi teringat balik Syira gadis yang suka cari pasal dengan dia.Automatik senyuman dia hilang
"Takkan kau langsung tak suka dia rid,mana tahu selama ni dia jodoh kau..kalau tak,takkan lah atuk kau tiba-tiba nak suruh kau kahwin dengan dia.."
Farid menutup mata rapat-rapat.fikiran dia buntu..kalau pun dia setuju kahwin dengan syira,mustahil syira akan setuju dengan plan atuknya tu.gerenti 100% syira tak setuju kahwin dengan dia punya.
"Takde makna lah aku nak suka kat dia..Makin benci ada lah..Dah la pian,aku tak tahu lah, yang aku tahu aku tak nak balik rumah sementara waktu ni...aku nak cari kerja..aku nak buktikan pada datuk aku yang aku ni pandai berdikari.aku nak ke bandar cari kerja..kau nak ikut aku tak?"tanya Farid.
"Kalau aku ikut kau pergi bandar,bengkel aku ni macam mana?siapa nak jaga..kau pun tahu ni rumah peninggalan mak ayah aku...takkan lah aku nak tinggalkan macam tu jer..aku ajak kau join kerja kat sini kau tak nak.."
Farid menggaru kepala yang tak gatal..selama ni dia tak pernah terpikir pun nak cari kerja..apa saja kemahuan dia akan dipenuhi oleh ayahnya...dan ayahnya pun tak pernah suruh dia cari kerja.
"Kau masih nak aku kerja kat sini ke?"tanya Farid.Kalau dia dapat kerja kat sini,tak perlu lah dia cari rumah sewa..dia boleh tinggal dengan sufian..rumah sufian ni pun bukannya jauh sangat dengan rumah dia.
"terpulang dekat kau..aku on je..kalau kau nak kerja dengan aku,aku lagi suka..kita lepak 24 jam...kau pun tak sakit kepala fikir permintaan atuk kau tu...kau nak?" Farid tersenyum.
"Deal..Aku setuju...esuk jugak aku mula kerja..sekarang ni,aku nak tidur..so apa-apa hal kau kejut aku k..kau boleh sambung kerja kau.."
selamba je farid mengarah..apa yang penting dia kena lupakan permintaan tak masuk akal datuknya.dia akan kosongkan fikiran..walaupun wajah syira semakin jelas di mindanya.
Share this novel