Sudah Sebulan Asyiera tinggal di rumah keluarga Farid..dan sebulan jugak lah dia makan hati...Asyiera dapat rasakan perangai toklong kassim berubah dari hari ke hari..setiap hari ada je salahnya dimata atuk kassim...umpama keluar dari mulut buaya,masuk balik ke mulut naga.nak mengadu dekat farid,tak boleh..farid tak percaya langsung pada dia..nak mengadu kat ayah lagi lah tak boleh...ayah bukannya sihat sangat...takot makin teruk pulak kesihatan Encik Zahid nanti.
"amboii,dah tengah hari macam ni pun tak reti nak masak.?kau buat apa mengelamun kat luar tu?kejap lagi laki kau balik..kau nak bagi dia kelaparan ke apa?"tengking atuk kassim..terkejut Asyiera..terlepas hp ditangan...niat hati nak call mak dikampung terbantut.
"Maaf tuk,syira nak call mak tadi..kejap lagi syira masak..Atuk nak makan apa?syira masakkan.."cepat-cepat hp dimasukkan ke dalam poket seluar..
"Tak payah susah-susah....macam lah kau pandai sangat masak makanan kesukaan aku...kau urus je laki kau baik-baik..jangan sampai dia ceraikan kau sudah.!" tempelak Atuk kassim..segera dia berlalu turun...hajat nak keluar makan di bandar..terkulat-kulat syira ditinggalkan sendirian di beranda rumah...Asyiera terkedu dengan kata-kata Atuk kassim..sebelum kahwin,Atuk kassim yang beria-ia nakkan dia kahwin dengan Farid...dan bila mereka dah kahwin...tuk kassim seperti beria-ia pulak nak mereka berdua bercerai...nampak sangat atuk kassim bencikan dia. ditarik nafas sedalam-dalam dan dia mula melangkah ke dapur..
sepanjang memasak,fikiran Asyiera menerawang memikirkan nsibnya..terasa macam dunianya gelap..,sudah lah Adira bencikan dia,suami pun tak pedulikan dia...sekarang keluarga suaminya pun benci dia.?air mata yang ditahan akhirnya menitis juga dipipi..asyiera akui dia bukan lah seorang yang penyabar...dia takut kesabarannya akan hilang suatu hari nanti...
"Syira" tiba-tiba bahunya disentuh seseorang.Encik Zahid melemparkan senyuman padanya...Nasib baik dia masih ada Ayah mertua yang penyayang..dia bertuah bila Ayah Farid sayangkan dia. Encik Zahid pernah cerita dia nak sangat anak perempuan...tapi hajatnya tidak kesampaian bila isterinya terlebih dulu pergi menghadap illahi sebelum dia sempat ada anak kedua.isterinya meninggalkan mereka sekeluarga ketika farid masih bersekolah lagi..kehilangan isteri tercinta sangat memberikan impak yang besar kepada Encik Zahid..sehingga Encik Zahid trauma dan takut kehilangan buat kali kedua.sebab itu semua kehendak dan keperluan farid disediakan.
"Laa,ayah buat apa kat sini?ayah masuk bilik dulu,dah siap masak nanti syira hantar ke bilik k..ayah kan sakit.." air mata yang mengalir tadi dikesat dengan belakang tangan.dia tak nak Encik Zahid nampak dia menangis.
"Ayah tak apa-apa..ayah boring duk lama-lama kat bilik tak buat apa.Ayah dengar perbualan kamu dengan tuklong kamu tadi..kamu betul-betul ok ke ni?"Encik Zahid kesian dengan Asyiera.tapi dia tak boleh nak buat apa-apa..dia pun menantu jer dalam rumah ni..kelihatan Asyiera tersenyum kecil..
"Hal kecik je yah..syira dah biasa dah..syira tahu Atuk tak pernah anggap Syira ni cucu menantu dia.tapi syira tak kisah pun...Ayah toksah bimbang la ye ..syira ok."
"Ayah tahu kamu menantu yang baik..tapi ayah tak nak kamu simpan dalam hati..ayah tak nak kamu pendam luka kamu tu..kalau kamu tak puas hati,atau nak meluahkan rasa sakit hati tu..ayah ada..kamu luahkan kat ayah...ayah tak nak kamu sakit syira..kalau segan nak cerita kat ayah...kamu luahkan kat farid..biar farid tahu apa yang kamu rasa..jangan dipendam..takut makin besar lukanya nanti."nasihat Encik Zahid.hampir menitis kembali air mata Asyiera..terharu dengan sikap ambil berat Ayah mertuanya..
"Ok ayah..nanti kalau ada benda syira tak puas hati..syira bagitahu ayah..okay..jangan lah bimbang kan syira sangat ..ayah tu yang patut dibimbangkan..Ayah duduk lah dulu..syira hidangkan...makan kat sini je lah..syira dah siap masak ni.." Bau sup kepala ikan dan sayur pakis memenuhi ruang dapur...perut yang kosong mula berbunyi nyaring..ditambah lagi sambal belacan,sambal mangga dan ikan masin goreng...bertambah selera Encik Zahid makan....Syira memang pandai masak masakan kampung..bertuah sungguh ada menantu yang serba boleh ni..
"Farid macam mana?korang masih bergaduh lagi.?" Asyiera panggung kepala..
"Tak tahulah yah...sekejap nampak ok. sekejap tak..rasanya sampai bila-bila pun dia tak akan sayangkan saya .." Semenjak mereka berpindah ke rumah ni...Farid memang jarang ada dirumah..kalau dia tak pergi workshop.dia akan keluar dengan sufian ke bandar..tinggallah Asyiera dirumah dengan Ayah dan toklong yang sangat garang..
"sabar syira. semua ada hikmahnya..Ayah yakin Farid akan sayangkan Syira suatu hari nanti. syira sabar k.."pujuk Encik Zahid perlahan.
Asyiera hanya mengangguk perlahan..memang itulah doanya setiap hari..semoga suatu hari suaminya akan menyayanginya sepenuh hati.
"pitt...pittt..." Bunyi motosikal berhenti di halaman..Asyiera segera keluar..abang khalid rupanya...khalid ni penghantar barang kat kampung ni..dia lah tukang ambil surat dan barang di pos laju sana..
"Abang Khalid dari mana?"
"macam biasa dari bandaq..ni abang tadi singgah ke pejabat pos..ni ada bunga untuk kamu..dan surat.."
"Bunga??siapa bagi?"terkejut beruk Asyiera dibuatnya.
"Tak tahulah,takde kad pun...kamu ada peminat mesteri ni syira..habislah Farid."Usik Abang khalid..pipi Asyiera berona merah.
"Ada -ada jer abang ni la...mungkin bunga ni dari kawan syira kat kuala lumpur kot..takpelah bang..terima kasih sebab hantar bunga ni.."
"Ok sama-sama..kirim salam kat pakcik zahid,Abang balik dulu.. Assalamulaikum.."
"waalaikumsalam.."
Asyiera terus masuk ke rumah..bunga di tangan dibelek..hairan! siapa pulak yang hantar bunga ni.bunga Daisy purple.harum pulak tu..ingatannya terbang ke arah Hadi..takkan Hadi yang hantar...buang tebiat ke apa?Bunga Daisy??kejap..bunga ni bukan Bunga fav Khairul Adam ke!?..
"siapa bagi bunga tu?"Encik Zahid yang sudah selesai makan terus ke ruang depan..pelik juga ada yang hantar bunga kat menantu dia.
"Tak tahu lah yah.Takde kad pun..orang ni salah hantar kot.."Asyiera segera kembali ke dapur..
Bunga Daisy tu diletak diatas meja..nak dibuang tak sampai hati...mana nak cari bunga daisy harum macam tu kat kampung ni..mustahil lah adam yang bagi..adam mana tahu alamat dia.Farid pun dia tak kenal..lagi satu,adam kan tahu dia dah kahwin.. mustahil la..memang mustahil...
"Kamu tak makan?"Tanya Encik Zahid bila nampak Asyiera mengemas meja makan.
"kejap lagi yah.Syira tunggu farid.Ayah dah makan ubat..?"
Syira bergegas mengambil ubat untuk Encik Zahid,dan selepas tu dia ke depan...surat tdi dibawa dan dibaca.
'Assalamualaikum Asyiera Adhreena..maaf kalau kedatangan surat ni menganggu awak..sebenarnya saya malu nak cakap depan-depan..awak tahu tak,saya dah jatuh cinta pandang pertama dengan awak..saya tahu awak sangat sukakan bunga...so bunga daisy ni untuk awak..awak simpan k...kalau boleh tanam kat belakang rumah...sampai sini dulu..nanti saya kirim surat lagi.yang ikhlas YH.'
Asyiera terpampan...YH??siapa pulak ni...nak kata salah hantar,terpampang besar nama ASYIERA ADHREENA atas surat ni..siapa pulak yang jatuh cinta dengan dirinya..bunga ni..bunga fav Adam ni...takkan lah Adam yang hantar...tapi perkataan jatuh cinta pandang pertama ni macam merujuk dekat khairul Adam jer...
takkan lah!
...
Share this novel