Beberapa minggu selepas perkahwinan Asyiera, Shafiq ke kuala lumpur..Dia ada urusan kerja dekat kl.Tengah² shopping dekat mall. Shafiq terserempak dengan Mikayla dan Khairil Adam..lama mereka berbual.
"kau seorang je ke?wife kau mana?"tanya Mikayla..sejujurnya dia terkejut mendengar berita pernikahan Asyiera yang tiba-tiba..dipandang Khairil Adam yang diam disebelah.mata khairil Adam bulat menerkam mata Shafiq.
"Wife?bila masa pulak aku kahwin?"tanya Shafiq balik..dahinya berkerut seribu.Aduii.ni kes fitnah ni.
"Wife kau la..Asyiera?bukan ke korang dah kahwin?Asyiera cakap kau boyfriend dia di majlis kak Safiya dulu...dan dah tentu lah dia kahwin dengan kau kan" Ada nada cemburu pada suara Mikayla.
Shafiq ketawa perlahan..'Syira,syira..tengok apa dah kau buat...'
"oo ..tak..masa tu dia bergurau je.dia sepupu aku kay." senyuman Shafiq tersunging di bibir..
"Sepupu?so maknanya korang takde hubungan special la kan"soal Khairil Adam..matanya mengecil..
"Ya kitorang sepupu.tpi dia memang dah kahwin pun dengan Farid.saudara kitaorang jugak tapi agak jauh sikit ar..kenapa Encik Adam terkejut?
Khairil Adam mengeleng kepala beberapa kali.selama beberapa hari dia cuba lupakan Asyiera..namun bayangan gadis itu selalu menghantui..tak pernah dia alami cinta yang kuat sebegini.
"Dia tak balik ke sini lagi ke?"
"Buat masa ni tak..dia stay kat kampung..lagipun suami dia kan kerja kat kampung jer.so,saya tak rasa dia balik KL buat masa ni.
"Dah tu Adhreena's florist macam mana?siapa nak uruskan kedai dia tu?"tanya Adam tidak puas hati.
"Kawan dia Hadi..Hadi yang akan uruskan semua kerja Syira dekat kl ni.macam biasa"
"Bila dia balik sini?"
"Tak tahu..bulan depan maybe.Encik Adam rindu dia ke?"Tanya Shafiq..dia tersenyum tengok khairil Adam yang terkulat-kulat.banyak betul pertanyaan Encik Adam ni
" Takdelah.." hishhh,tak nak lah dia mengaku depan Shafiq.nanti apa pulak Shafiq tu fikir..
"Saya harap sekuat mana pun perasaan Encik Adam pada Asyiera,bukan lah penghalang untuk kebahagian Asyiera.Asyiera sekarang ni dah bahagia dengan Farid..ya walaupun bukan sepenuhnya tapi inshallah akan menjadi semakin bahagia di masa akn datang.."
Shafiq tak nak Doktor Adam berharap..Sebagai sepupu yang paling rapat dengan Asyiera.Shafiq berdoa sangat sepupunya itu bahagia dengan Farid..Dan Shafiq juga percaya Farid Dan Asyiera Adhreena memang berjodoh.bukan khairil Adam,bukan Adira.mencerlung Khairil Adam mendengar kata-kata Shafiq.ingin sahaja dibalas kata-kata itu namun Mikayla lantas menghentikan Khairil Adam dari membuat sebarang masalah..Takkan nak bergaduh dekat Mall ni..mana etika sebagai seorang doktor.ditarik tangan Adam menjauh dari Shafiq.terasa cangung pulak suasana Tiba-tiba
"Kau pulak bila nak kahwin?. Umur kita pun bukan muda lagi fiq" pertanyaan Mikayla buat Shafiq ketawa .
"Aku tunggu kau"
Terkejut beruk Mikayla dibuatnya.tak sangka sungguh jawapan Shafiq.wajah Shafiq direnung bagai tembus ke belakang.Serious ke lelaki ni..khairil Adam segera berlaku ke dalam cafe yang berhampiran..dia tak nak menganggu perbualan Shafiq dan Mikayla.hatinya terasa sakit mendengar kata-kata Shafiq tadi..Dia kurang yakin tentang perkataan Asyiera bahagia dengan Suaminya tu..Dia tahu Asyiera dah jadi isteri orang..tapi hatinya tak nak mengakui hakikat yang sebenar..hatinya macam dihiris dengan belati..sakit sangat.
"kau mengarut apa ni fiq.kau demam erk..Nak makan ubat?aku ada bawa ubat tau..ubat Loperamide..nah makan ni. " Mikayla lantas mencari ubat dalam bag dan disuakan kemuka Shafiq..Senyuman Shafiq mati.Dia mengeluh berat..susah betul la cakap dengan doktor ni tapi tangannya mengambil jugak ubat yang Mikayla bagi..terbuntang biji matanya melihat description ubat tu..Loperamide adalah medicine to treat diarrhoea..ubat ceri beri!
" Kau bagi ubat ni untuk apa..aku bukan sakit perut la..aku cakap benda betul.ambil balik ubat ni." nada Shafiq berubah seperti nada orang merajuk
Mikayla mengeleng kepala..saja dia bagi ubat tu.mana tahu betul kawan dia satu ni sakit perut..bercakap tak tengok kiri kanan..malu Mikayla mendengar ayat yang dilontarkan Shafiq.entah betul entah tidak Shafiq ni menunggu dirinya .
"Kalau tak sakit perut ,kau sakit apa..sakit kepala? paracetamol aku tak bawa.aku lupa ambik kat lab..nak aku belikan kau satu kat farmasi ke.jom lah"
Ajak mikayla.bibirnya tersenyum manis..
" Stop Mikayla,aku serious ni...aku okay,tak sakit apa-apa..aku betul-betul tunggu kau dari sekolah menengah lagi ..kau pura-pura lupa ke atau kau x nak terima cinta aku" Shafiq berpeluk tubuh menghadap Mikayla.ada perasaan sedih dihatinya membayangkan gadis manis depan matanya ini melupakan kisah yang pernah terjadi di zaman persekolahan dulu..
"Aku...aku..."Entah emas atau belian mana yang ada dalam mulutnya..susah betul Mikayla membuka mulut..memang sejak dulu lagi lelaki tu pernah memberitahu untuk menunggunya..tapi dia anggap Shafiq hanya main -main..biasalah cinta monyet.
" it's ok,aku tahu apa jawapan kau..yelah aku ni tak kacak..bak kata orang,hidung tak mancung pipi tersorong-sorong..gerenti kau tak pandang kan.." nada Shafiq berubah lagi..kuat sentap jugak mamat ni.
"Takpelah,aku pergi dulu..kot-kot kat luar sana ada yang nak kat lelaki malang ni.."Sambung Shafiq.Dia merajuk.Shafiq beura-ura nak melangkah pergi.Hatinya sakit bercampur malu..
namun langkahnya terhenti bila Mikayla menarik lembut lengan baju kemeja yang dipakainya..
"Aku takut kau permainkan aku..macam dekat sekolah dulu.."terluah jugak akhirnya apa yang dipendamnya selama ini dia memang sayangkan Shafiq.dari zaman sekolah dulu Shafiq selalu ungkapkan kata-kata cinta..tapi Mikayla tak pernah anggap serious..Shafiq selalu prank dia dan kawan-kawan perempuan yang lain..bukan salah Mikayla kalau betul Mikayla menolak cintanya..
berkerut dahi Shafiq mendengar luahan Mikayla..Rasanya dia tak pernah main-main kalau melibatkan cinta.tiba-tiba dia teringat dia selalu prank Mikayla dan Nurul..kawan baik Mikayla...
"Tu dulu,sekarang tak..aku dah tak nakal lagi" terang Shafiq.bibirnya tersenyum membayangkan hal-hal indah zaman sekolah dulu.mereka bersekolah di sekolah yang sama dari form one hinggalah university..mereka berpisah disebabkan Mikayla nak sambung Phd di UKM untuk mengejar cita-cita sebagai seorang doktor..
"Aku serious Kay,aku tak main-main..aku suka kau dari zaman sekolah lagi..aku tunggu kau .tapi kalau kau tetap rasa aku permainkan kau,dan kau tak dapat terima aku..aku tak tahu nak cakap apa lagi..terpaksalah aku cari janda-janda muda kat luar sana." rajuk Shafiq..ketawanya lepas melihat gadis tu membeliakkan mata .
"Shafiiiqq,serious boleh tak.." Mikayla mencubit perlahan lengan Shafiq.shafiq yang Masih ketawa dipandang tunak .ada rasa bahagia singgah ke hati.Tiba-tiba shafiq berhenti ketawa dan menarik erat tangan Mikayla.
"Aku ikhlas Kay,aku tak main-main.aku cintakan kau sangat-sangat." Mikayla terdiam...direnung mata Shafiq mencari keikhlasan lelaki tersebut..riak lelaki tu nampak sangat ikhlas, tenang dan mendamaikan hati
Mikayla memejamkan mata.terlalu happy sebenarnya ..Akhirnyaaa Shafiq berterus terang jugak.lama sangat dia menunggu.
"Lepas ni, kau tengok aku je,kau jangan berani tengok janda -janda muda kat luar sana tu.janji?" Ujar Mikayla..ketawa Shafiq lepas .. Alhamdulilah,syukur dipanjatkan pada yang Maha Esa.Mikayla menoleh ke arah Khairil Adam yang minum teh tarik di cafe berhampiran mereka..kalau lah kawan dia tu bahagia samaa..kesian Khairil Adam.
Share this novel