Bab 24

Romance Series 5917

Berkerut-kerut dahi Asyiera apabila cahaya matahari terkena wajahnya..dipisat-pisat mata sambil melihat sekeliling.dicapai telefon yang diletak disebelah katil..masih mamai.


"Baru pukul 9,masih a.....apa??"terbuntang mata Asyiera melihat angka 9 di screen hp..tak pernah lagi dia tak bangun solat subuh.kenapa pulak boleh terlajak ni..dia cuba bangun dari katil namun badannya tidak berganjak.pergerakannya terbatas.segera ditarik comfuter yang menutup tubuhnya..hampir terjerit dia melihat farid yang masih tidur lena disebelah sambil memeluk pinggangnya erat.patutlah lena sangat tidur dia harini..jantung rasa nak meletup..segera dialih tangan farid dari badannya.dia tak nak farid kata dia ambil kesempatan pulak nanti..


"Bangun lah..dah pagi ni"kejut Asyiera perlahan..segera dia melarikan diri ke bilik air..malu bila terkenang yang sepanjang malam ni dia dipeluk Farid..jantungnya kembali berdegup kencang.. dia kena mandi dan bersihkan diri,pasti kejap lagi dia kena bebel dengan Puan Nora.ishhh,semuanya salah Farid la ni..cepat-cepat dia buka air paip.20 minit kemudian baru lah dia keluar dari bilik mandi.Farid masih lena diulit mimpi..


"Farid,dah nak pukul 10 tau..kau tak nak bangun ke apa?"
Mata Farid terbuka luas bila terasa kakinya sakit..matanya memandang tepat kearah Asyiera yang berdiri tegak memandang kearahnya..Asyiera baru je tendang kaki kanannya.


"Kenapa kau tendang aku..sakit lahhh"
Farid duduk tegak dan mula memicit kaki yang baru ditendang Asyiera..nasib baik tak patah..


"Siapa suruh tak nak bangun.bangun lah...dah pukul 10 tau tak..pergi mandi." arah Asyiera..matanya dilarikan dari melihat badan Farid yang seksi..


"What??Pukul 10? kenapa tak kejut aku awal-awal..kau tahu tak aku ada banyak kerja kat bengkel tu..kau ni menyusahkan aku je lah.." Terkocoh-kocoh Farid bangun.tuala di belakang pintu ditarik dan dia meloloskan diri ke dalam bilik mandi..meninggalkan Asyiera yang terkedu..

'dia yang lambat bangun,aku pulak jadi mngsa..kalau kau tak peluk aku,aku pun tak bangun lambat la weyyh..ishhhhh dia ni kan.. '

Asyiera hanya mampu menjerit dalam hati..tak habis-habis dia dipersalahkan.segera kaki diayun laju keluar dari bilik.risau pulak nenek berleter nanti..


"morning nek"tegur Asyiera...hanya Hjh Rokiah jer tinggal kat dapur..atuk,abah dan Ayah Ngah dah keluar..mungkin ada kat kebun kot.abah kan masih cuti.


"Good Morning pengantin baru,seorang jer..laki kamu tak turun sekali ke syira?"


"Tengah bersiap kat bilik.nenek pun lambat bangun ke hari ni?ingat kitaorang je.."
terkejut syira bila melihat Hjh Rokiah masih bersarapan kat meja..biasanya kalau hari lain,Hjh Rokiah lah yang awal bangun..lepas subuh dah kelentang kelentong di dapur..tak pernah bangun lambat macam ni...


"Semalam hujan lebat.tu yang sedap sangat tidur tu.."

Erkk,hujan lebat..tak perasan pun..dia tidur mati ke semalam..?patutlah farid peluk dia..pasti lelaki tu kesejukan..tu yang tak perasan terpeluk tu.


"Dah kenapa tercegat kat situ..jom makang" ajak Hjh Rokiah..Asyiera segera ambil tempat di sebelah hjh Rokiah..bau nasi lemak menyengat hidungnya.


" yang lain mana nek?sunyi sangat rumah ni.Kaq nija dan budak-budak pun takde. "


"kaq Nija kamu awal pagi lagi dah turun ke bandaq dengan budak-budak..Mak dan makNgah kamu kat bawah tu..tengah siram pokok bunga.Adira dah pergi kerja.yang lain nek tak perasan..ada lah kat depan tu.."

Asyiera mengganguk perlahan..nasi lemak tadi disumbat ke dlm mulut..


"lepas ni kamu nak bulan madu kat mana syira?"
Terbatuk asyiera mendengar pertanyaan Hjh Rokiah. Nasib baik tak de orang lain kat meja makan sekarang ni.


"Tak de pergi mana-mana pun nek..tak cukup masa..syira kena pergi kl lagi..nak uruskan kedai syira kat sana.."

Cepat-cepat Nescafe diteguk.


"Kamu kan baru kahawin ..ambil lah cuti panjang sikit.kamu kan boss.."

Asyiera Adhreena ketap bibir..tak tahu nak cakap apa..kebetulan Farid baru menampakkan diri..segera Asyiera memberi kerusi kosong untuk Farid.biar Farid pulak yang jawab pertanyaan nenek.


"Nak kemana pulak kamu ni Farid?"terkejut Hjh Rokiah melihat cucu menantunya pakai pakaian biasa pergi bengkel..mereka baru kahwin semalam tau..bukan minggu lepas..takkan nak kerja kot.Farid memandang Asyiera,dan Asyiera memandang farid.


'jawab la,yang kau pandang muka aku apasal..muka aku ada tulis jawapan ke?'


"Ada kerja sikit kat bengkel nek.kesian pulak kat sufian sorang-sorang kat workshop..." nescafe yang dihulur Asyiera disambut dan diteguk..


"Mak aii,.baru kahwin semalam dah kerja.kalau ye pun ada kerja,tak boleh ke tunggu dua tiga hari.?tak pernah dibuat orang semalam kahwin.,hari ni dah kerja..kamu tak pergi honeymoon pun lagi."Hjh Rokiah dah membebel..

seperti Asyiera,Farid pun hampir tersedak mendengar omelan Hjh Rokiah.. lidah jadi kelu serta merta.

"nenek dah tua Farid,Asyiera...entah sempat ke tidak merasa ada cucu dari kamu berdua..tak kesian kat nenek ke?"Dah mula dah babak sedih dalam cerita ni..

Ni yang tak best ni,dulu suruh kahwin jer..harini nak cucu pulak dah.Farid menggaru kepala yang tidak gatal.dilirik Asyiera yang tunduk disebelah.

"Insha Allah nek..nenek doakan untuk kami k..nanti kami beri berdozen cucu untuk nenek..nenek sabar sikit masa je lagi.."ujar Farid selamba.automatik Asyiera di sebelah memandang tepat kearahnya.mata sengaja dibesarkan..dah kenapa pulak melaun ni cakap benda tu kat nenek..

"Farid pergi kerja dulu nek..."laju kaki farid meningalkan meja makan..membahang wajahnya saat ni.. malu nak menghadap Asyiera yang masih tercengang.

* * * * * *

Farid tersengih sendirian.lagu spring berkumandang di corong radio..terkenang peristiwa semalam..dia tak tidur pun lagi masa hujan lebat semalam..tengah syok-syok renung muka Asyiera,Hujan turun dengan lebat..Farid yang baru nak terlelap terkejut bila Asyiera memeluknya..hanya seinci je jarak wajah mereka.Farid Kaku..Tiba-tiba perasaanya tak menentu..tak tahu nak buat macam mana..direnung wajah Asyiera dalam-dalam..syira tidur macam baby..comel sangat..rasa nak cubit-cubit je wajah dia semalam.lama mereka berkeadaan seperti itu..bau losyen Asyiera mengetarkan hati..dia pun lelaki normal ok.

"Hai lah pengantin baru ni...tersengih-sengih pulak kat sini...kalau dah angau tu,balik lah..kau baru kahwin kan.tinggalkan je lah spanar tu..tak bangkrap pun bengkel ni kalau kau takde."perli Sufian menyedarkan Farid yang jauh mengelamun.

Pergerakkannya terhenti..segera dia beralih tempat ke sebelah sufian..


"Takde maknanya aku angau kat dia..buang masa aku jer ingat dia..lagipun setakat si tomboy tu..aku tak hadap la."

Spannar di tangan dipusing-pusing..kepala disandar ke kerusi.mata dipejam rapat buat seketika...tak mungkin dia jatuh hati dekat Asyiera..tak mungkin.!!


"Kau ni kan,tak baik tau kau cakap isteri kau macam tu..korang dah kahwin apa..tak boleh ke kau berbaik dengan dia.bukan susah pun kalau kau minta maaf dekat dia.."nasihat Sufian,sebagai seorang sahabat..dia teringin hendak melihat sahabatnya bahagia..Sufian tahu Asyiera memang layak untuk Farid..dibandingkan dengan Adira,Asyiera jauh lebih baik..secantik-cantik Adira pun ,Adira tetap tak dapat menandingi Asyiera..kecantikan Syira natural..tak pakai make up pun dah manis..sedap mata memandang...


"Kau nak aku buat apa..berbaik dengan dia?aku takde salah pun dengan dia..buat apa aku nak minta maaf...gila la kau ni, ishhh tak nak aku"


"Habis tu kau nak macam ni sampai bila.? korang dah kahwin kann..tak kan lah perangai buruk kau ni kau bawa sampai ke tua..agak laaa"

Farid melirik Sufian dengan ekor mata..perlu ke dia minta maaf dekat syira.?.rasanya dia tak pernah ada salah pun dekat perempuan tu...perempuan tu jer yang selalu cari pasal dekat dia...dari dulu sampai sekarang tak pernah nak cakap baik-baik dengan dia..dah lah muka hensome macam ni kena panggil penyangak.ada ke patut??


"kerja kau dah siap?sibuk jer lah kau ni...tu kereta Axia merah tu nak kena siapkan awal..owner dia dah call aku berpuluh-puluh kali hari ni tau..kau dah ganti battery ke belum tu"


"Weyy..weyy..ini bengkel siapa?aku kan...aku tahu lah kerja aku..elehh,kau tak suruh pun aku dah buat awal la bro..relax ok..kau balik laa...aku bagi kau cuti seminggu...dah balikk.isteri kau tengah tunggu kat rumah tu.pergi balik."

Bukan dia nak halau,tapi dia tak nak bersubahat..kesian Asyiera..baru kahwin dah ditinggal suami kerja.Mata Farid membulat...tak percaya kata-kata yang keluar dari mulut Sufian.


"Kau halau aku pian?"


"bukan halau ,aku bagi kau cuti seminggu..kesian bini kau kat rumah tu...dah lah.aku boleh handle kat sini..dulu kau tak kerja sini pun aku boleh handle jer...maju jer bengkel aku ni.."


"kesian apanya. bukan dia tinggal sorang pun kat rumah tu...keluarga dia kan ada.."

Farid masih tak puas hati..sebenarnya dia tak tahu nak buat apa depan Syira..dia teringat hal semalam.


"Kau kena ingat,korang berdua dah kahwin,suami isteri.so,secara tak langsung,kau tu syurga dia. tempat dia disisi kau.disamping kau.nak ataupun tak nak kau kena terima semua tu..kau faham tak"


"ya lahh..aku balik..call jer kalau tak dapat handle nanti. "Putus Farid..kalau tak diikutkan karang..makin panjang pulak ceramah Sufian..dia pun sebenarnya malas nak berdebat..cuaca panas harini,cepat jer kepalanya pening.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience