Asyiera merengus kasar..Dia dah cakap kat Doktor Mikayla pagi tadi dia nak Doktor Mikayla yang temankan dan hantar dia ke bilik Xray ..Dia tak nak Dr Adam.Tapi apasal Dr Adam yang beria-ia temankan dia buat xray?.sudah la dia panas hati melihat Dr Adam dan Dr Mikayla yang tengah ketawa mesra kat depan mata.ishh...ishh..tak suka!tak suka!.
"Kenapa muka ketat macam tu.?"
Pertanyaan Doktor Adam dibalas dengan jelingan tajam..Entah sejak bila Doktor Adam ni terpacak di sebelah dia pun dia tak perasan..Doktor Mikayla pulak hilang entah kemana.Muka tak bersalah langsung betul lah Doktor Adam ni..dia boleh buat do no jerr...
"Aikk,teruk sangat dah ni...sampai tak nak cakap dengan saya.kenapa ni?.kaki tu sakit ke?."
Asyiera lipat maut.keputusan ujian sinar x baru saja keluar dari makmal..dan resultnya negative..Tiada tulang patah dan tiada tulang retak..cuma luka sikit akibat terhentak di bahu jalan.
Khairil Adam mengerutkan dahi..dia cakap apa sampai gadis depan mata dia ni marah sangat.
lama baru dia teringat sesuatu..
"Sorry..saya tak berniat nak tipu.saya cuma bergurau dengan awak..nak usik awak je.There no serious problem.no broken and cracked bones..its small injured.tak perlu operation pun.. "ujar Doktor Adam perlahan.wajahnya tetap tenang.
"kenapa doktor tipu saya"
"Saja.bergurau...."ujar Doktor Adam sambil tersengih
Asyiera kerut dahi...bergurau apa macam tu .nasib dia bukan jenis cepat melatah..kalau tak..dia siku doktor Adam betul-betul.
"sebab doktor,saya tak tidur semalaman.saya asyik fikir pasal kaki saya jer.doktor jahat tau tak.."bentak Asyiera kuat..ditenung wajah Doktor Adam yang kelihatan sangat tenang.
"Sorry.."
"Sorry naik lory la.."
sebenarnya dia tak marah sangat pasal tu..yang dia marah sebab dia nampak doktor Adam mesra dengan Doktor Mikayla..Asyiera rasa tercabar..
"Kalau macam tu susah la saya.."
"susah kenapa?"Suara Asyiera mula mengendur..apa pulak yang doktor Adam maksudkan.susah dapatkan hati dia ke?atau susah nak mengorat dia??doktor adam ni turut jatuh hati dengan Asyiera ke?...Omg!!..'cepat lah cakap Doktor!!..'
"Kat sini takde lorry.Ambulance jer ada..saya naik ambulance je la..boleh?" usik Khairil Adam dengan senyuman tersungging di wajah.
Asyiera tersentak..lain yang diharap,lain pulak yang jadi.bibir diketap kuat..menahan perasaan pelik yang mula hadir dilubuk hati..
"kenapa senyap?lawak saya tak sampai yer?"
sekali lagi khairil Adam mengusik..seronok pulak dia mengusik gadis ni..Segarang-garang Asyiera,dia tetap pandai kawal perasaan marahnya..Asyiera bukan jenis yang cepat melatah,cepat baran dan cepat melenting.
"ok ok..saya tak usik dah..maafkan saya.awak makan lah sikit. tadi nurse cakap awak tak makan dari pagi.betul ke?kenapa?takde selera?..awak tak boleh macam tu...awak kena makan.Saya tak nak awak sakit.lain la awak nak duk kat wad ni lama- lama.."
Asyiera mengalah..dia tak suka tinggal kat hospital..tak banyak benda dia boleh buat kat sini..perlahan-lahan dia duduk dan mula menyuap nasi. perut memang dah memulas-mulas minta diisi..dia leka menyuap nasi sehingga tak sedar dirinya di renung oleh Doktor Adam.dia hanya tersedar bila telefon doktor Adam berbunyi nyaring menyedarkan mereka berdua.
"Awak makan lah..saya ada kerja lain nak dibuat.saya keluar dulu k.jangan lupa makan ubat ni.pukul 5 nanti saya datang balik dressing luka awak.assalamualaikum.."
"waalaikumsalam.."jawab Asyiera sepatah.
Baru saja beberapa langkah Khairil Adam keluar dari wad Asyiera,dia ternampak seseorang di kaunter pertanyaan diruang legar...laju langkah kaki diayun ke arah perempuan separuh umur yang masih nampak sihat dan cergas.
"Assalamualaikum umi...umi buat apa kat sini?walid mana?tak call khai pun.."disalam dan dicium lembut tangan Puan Halimah.pelik,selama ni kalau Puan Halimah nak melawat dia,uminya pasti akan menghubunginya dulu.
"waalaikumsalam..maaflah umi tak hubungi kamu lebih awal.papa ada kerja so umi datang seorang la..umi datang ni sebenarnya nak lawat Rina.dia accident beberapa hari lepas..kamu ada jumpa dia?"
Khairil Adam angkat muka.Rina accident..?
Rina kat hospital ni?biar betul.!
"maksud umi,Rina anak kawan umi yang umi nak jodohkan dengan khai tu ke?Rina ada dekat sini?.ummi,kan khai dah pernah cakap sebelum ni,khai tak nak kenal siapa anak kawan ummi tu.khai belum sedia nak berumah tangga.."
Khairil Adam mengeluh...Setiap kali dia balik ke rumah keluarganya di Selayang.setiap kali tu lah Ummi akan pujuk dia berkenalan dengan Rina.sampaikan khairil Adam rasa ibunya itu lebih sayangkan Rina berbanding dirinya..teringin betul ibunya bermenantukan anak aunty Nora tu..
"Kamu ni khairil,susah sangat nak dengar cakap ummi..apa salahnya kalau kahwin dengan Rina cuba berkenalan dulu,baru tahu kamu bersedia ke tak bersedia nak kahwin.ni tak,belum apa-apa dah kamu tolak..Rina tu gadis baik,orangnya manis,sedap mata memandang..rugi kalau kamu lepaskan gadis baik seperti tu.nanti suatu hari dia jumpa orang lain..putih mata kamu..masa tu baru padan muka."bebel Puan Halimah..
Khairil Adam garu kepala.malu rasanya kena bebel di depan orang...nasib baik lah sekarang ni tengahhari..ramai staff keluar lunch..hanya beberapa orang staff nurse yang masih bekerja..itupun sengih-sengih memandang kearahnya..aduhai..malunya
"ok la ummi, khai kena pergi..ada banyak pesakit nak di lawat harini..so,khai tak dapat temankan ummi..ummi pergilah ke bilik Rina k..khai nak cepat ni "
cepat-cepat khairil tukar topik..dia tak nak membincangkan soal kahwin buat masa ni...dia hanya akan kahwin dengan pilihannya sendiri.muktamad.
"Temankan lah ummi kejap..sekejap pun jadilah..ummi nak kamu kenal Rina"
desak puan Halimah..sebelum ni anak teruna dia selalu menolak bila dia nak kenalkan kepada Asyiera Adhreena.ada saja alasannya..
"sorry ummi,khai memang banyak kerja hari ni. khai minta maaf.."Puan Halimah dipeluk manja..sebenarnya dia teringin jugak nak kenal siapa Rina yang sebenar..tapi dia tak nak puan Halimah salah anggap.Tak pasal-pasal umminya nekad jodohkan mereka.
"ye lah.ummi faham kamu banyak kerja.kamu buat lah kerja kamu dulu.tapi jangan lupa ambil cuti minggu depan.merajuk pulak kakak kamu nanti bila kamu tak balik masa kakak kamu kahwin nanti.jangan kamu tak datang pulak.."ujar Puan Halimah beralah.masih ada masa lagi khairil bertemu Rina nanti..dia akan pastikan anak teruna dia bertemu empat mata dengan Rina.dia nak sangat Rina jadi menantu dia..
Share this novel