Khairil Adam meletak briefcase dan kot di atas sofa...tali leher dilonggarkan sikit.dilirik jam di dinding...sudah pukul 2 pagi..belakang tengkuk diurut perlahan.lega sikit belakang leher yang diurut.
Beberapa detik kemudian.telefon bimbitnya berdering nyaring.panggilan dari Umi.
-: 'Hello,Assalamualaikum Umi..napa Umi tak tidur lagi ni?
-: Khai baru balik ni..tadi ada kecemasan kat hospital..
-: ye,khai tahu..tapi khai tak janji ok..in Sha Allah kalau takde papa,Khai balik minggu depan.ok Umi..khai akan cuba dapatkan cuti..Umi rehat la,jangan la berjaga macam ni.risau hati khai.
-: ok Umi..i love you..khai sayang Umi tau..kirim salam kat walid k.assalamualaikum.
Tiba-tiba dia rindukan mamanya.dah lama tak balik..walaupun sama-sama tinggal di kuala lumpur,Khairil adam tingal di apartment sendiri..dekat dengan hospital.senang bila ada kecemasan dekat hospital nanti.
Adam bergerak ke meja kerja yang berselerak..ada banyak kotak yang menempatkan barang-barang peribadi zaman university dulu..salah satu kotak dibuka dan dia mencari sesuatu..ada pun,sekeping gambar.gambar yang dah sedikit pudar.otaknya ligat mengenangkan memory antara dia dan gadis tu.
2009
khairil Adam perlahan-lahan menjenguk ke dalam Dewan Kuliah(DK1) yang besar..tak la banyak sangat pelajar yang ambil courses medik ni rupanya..ada la dalam seratus lebih orang saja.keaadaan bilik tu sangat sunyi..tak seperti dewan kuliah lain..struggle sangat budaq-budaq ni..khairil ambil keputusan untuk duduk agak jauh dibelakang.dia tak nak diganggu.Rasanya DK1 ni paling besar di UKM KL..DK1 ni boleh menempatkan lebih 200 pelajar dalam satu masa..siap ada kerusi kosong lagi..kebanyakkan pelajar memang buat hal sendiri.
"Ehemmm,"
Khairil angkat muka..seorang student tegur dia.
dilirik kad matrik yang tergantung kemas dileher.
Hadi Bakhtiar..Khairil lantas berdiri dan bersalam dengan brader tu..
"Budak baru ke?"tanya Hadi.tangan disilang.
"Ya,saya baru masuk hari ni"jawab Khairil perlahan.
"kau tahu tak,kerusi ni siapa punya?"
Khairil terpaku..ni abang kawasan ke apa ni?siap tanya macam nak telan orang..Khairil mengeleng kepala..dia tak nak keruhkan keadaan..tak pasal-pasal dia dimerit oleh pihak university nanti..first day masuk kuliah dah ada musuh.
"Ni tempat aku..aku dah cop tempat ni 2 tahun lepas.so,siapa-siapa pun dilarang ambik kerusi aku.faham..pergi cari tempat lain."
Khairil hampir tergelak..2 tahun duk kat kerusi ni?bebal ke apa dia ni tak naik-naik semester..setahu Khairil,Mahasiswa perubatan tahun 3,4 dan 5(clinical Student)belajar kat wad HUKM kan,UKM Kampus cheras..budak tahun 1 dan tahun 2 jer belajar dekat pre-clinical block ni..'nampak gangster tapi bebal.'guman hati kecil Khairil.
"Tapi bang,tak ada pun tulis nama abang kat kerusi ni..so,saya tak boleh ikut cakap abang.saya datang tadi takde orang pun kat sini.." selamba je khairil melawan..tak kira lah abang ni senior dia ke apa..dia tetap tak nak berikan kerusi tu..tempat tu strategik.boleh tengok keseluruhan DK1.
"kau ni kan.nak aku cepuk ke? banyak lagi tempat kosong kan..kenapa kau kacau tempat aku..aku tak kira,aku nak kau duk tempat lain."
suara Hadi dah meninggi..beberapa pelajar menoleh ke arah mereka..Baru je Khairil hendak buka mulut..ada seseorang berlari kearah mereka.
"Di,apa kau buat ni,suka hati jer marah anak orang." Marah Asyiera..Dia yang baru datang terus menyelit diantara dua jejaka tu.dia tak nak Hadi bergaduh.dah dua kali Hadi ni kena gantung kuliah...dia tak akan benarkan kawan dia sorang ni dapat masalah lagi.
"Dia ambik tempat aku..macam mana aku tak marah."adu Hadi.matanya masih merenung budak baru tu dengan pandangan yang berapi..
Khairil tergamam..jantungnya berdegup laju.pertama kali berdiri hampir dengan seorang perempuan..siapa gadis ni?Diperhatikan gadis yang nampak seperti perempuan melayu terakhir tu..pakai baju kurung biru cair,tudung bawal plain hitam,dengan beg sandang hitam corak rama-rama..berkasut sport..Erkk,kasut sport?? perempuan ni pakai kasut sport weyh..hahahaha.cute.!
"maafkan kawan saya..dia ni panas baran sikit..awak duduk je kat kerusi ni k..."lembut je suara Asyiera menyapa hawa telinga Khairil Adam.mata mereka berlaga..automatik jantung Khairil berdebar kencang. 'Bulatnya mata dia.'
"Tapi syira......,"Hadi tak puas hati..tu tempat dia lelapkan mata tu...mana boleh orang ambik.
"Dah la di,kau teman aku kat library lebih baik..jom..kejap lagi budak pertanian tu sampai ..jom lah..."Asyiera dah laju bergerak keluar dewan..dia suka lepak kat sana dengan budak dari fakulti pertanian..dia suka dengar mereka cerita pasal penghydratan dan cara-cara penyemaian pokok bunga...masa Asyiera lebih banyak di habiskan di library berbanding dalam dewan kuliah..
Hadi yang perasan pandangan Khairil fokus kearah Asyiera mula terasa cemburu..Asyiera kawan baiknya,dia tak nak sesiapa rampas Asyiera darinya.
"Kau jangan nak tackle dia yer..Asyiera tu girlfriend aku..faham!"bentak Hadi..laju jer langkahnya mengekori Asyiera yang jauh di depan..
Sejak hari tu,Khairil Adam selalu mencari kelibat Asyiera.Hanya beberapa kali saja dia nampak gadis tu belajar dalam dewan..itupun berdua dengan 'abang long kawasan' tu.kemana mana berdua..sakit hati betul Khairil Adam tengok.tak padan langsung..gadis tu pendiam,mudah tersenyum.Si poyo tu pulak kerjanya melenting 24 jam..ada saja benda buat dia marah.dan dalam penghujung semester, Khairil dapat tahu Hadi dah berhenti belajar..pointer di lemah dan dia gagal..Dan ini membuka peluang khairil untuk mendekati Asyiera tapi gadis tu selalu menghilang.dalam sebulan cuma ada dua ,tiga kali jer mereka terserempak dalam dewan kuliah..tapi setiap kali Asyiera datang kelas,berebut lelaki nak duduk bersebelahan dengannya.kalau dulu tyme abang kawasan tu ada..mana ada sesiapa berani datang dekat.semua gerun dengan senior satu tu.Khairil salah seorang yang cuba cari peluang nak dekat dengan Asyiera..tapi tak pernah kesampaian..ada saja orang yang melekat dengannya..geram betul..sampai waktu graduation pun Khairil tak pernah berpeluang hendak bercakap dengan gadis tu..lama dia memendam perasaan...dia jatuh cinta sekelip mata dengan gadis berkasut sport yang cute tu..
Gambar graduation batch 2012 ditatap..comel jer Asyiera duduk di depan bersama beberapa kawan perempuan yang lain..warna kulit yang kemerah-merahan buat Asyiera menonjol.Happynya tadi bila dia nampak Asyiera ada depan mata..lama dia merenung gadis tu masa Asyiera tak sedar diri.rasa nak duduk berdua-duaan je kat dalam wad tu.tapi sebaik sahaja Hadi munculkan diri..automatik mood Khairil kelaut..menyampah betul dia berjumpa semula dengan abang long kawasan tu.tapi nak buat macam mana..Hadi tu 'boyfriend' Asyiera..terpaksa lah hadap!
Share this novel