BAB 53

Romance Completed 7256

Lia keluar bersama Dina pergi ke kedai kek. Ikmal mengikuti dari belakang kerana risau akan keselamatan Lia. Selesai sahaja membeli kek, Lia dan Dina menyeberang sebelah jalan untuk ke kereta. Namun tidak sempat, muncul sebuah van di hadapan mereka.

"Apahal van ni? "Tanya Dina.

Ikmal terus mendekati mereka. Dua lelaki bergelut untuk menangkap Lia.Dina menghalangnya menggunakan pertahanannya. Ikmal terus membantu Dina menyelamatkan Lia.

"Arghhh lepas laaaa!!!! "Jerit Lia.

Seorang dari lelaki itu mengeluarkan pistol dan menuju ke arah Lia. Dina yang sedang bergelut terus meluru ke arah Lia. Dummm!!!

"Dina... !!!!!"Jerit Lia.

Dina terkena tembakan di perut. Dua lelaki itu kelihatan takut terus masuk ke dalam van. Ikmal mengambil nombor plat van tersebut.

"Dina, aku bawa kau pergi hospital. ",Menangis Lia melihat keadaan Dina.

Ikmal memangku Dina dan membawanya masuk ke dalam keretanya. Ikmal membawa Lia dan Dina ke hospital. Sampai di hospital Dina terus dibawa ke ICU.

Lia menangis apabila melihat Dina dibawa ke bilik pembedahan. Lia duduk di kerusi yang disediakan.

Ikmal memegang tangan Lia. Lia memandang wajah Ikmal..

"Lia sayang, tolong jangan nangis. "Kata Ikmal lembut.

Ikmal berlutut di hadapan Lia dan mengelap air mata Lia menggunakan sapu tangan miliknya.

"Tengku macam mana boleh muncul? "Tanya Lia.

"Indah call saya beritahu awak dalam masalah."Jawab Ikmal.

"Kenapa Tengku tak kasi tau!!!! Kalau Tengku bagi tahu awal benda ni takkan jadi. "Jerit Lia.

Ikmal sedar akan kesalahannya dan mendiamkan dirinya. Lia menepis tangan Ikmal dan menjauhi Ikmal. Ikmal hanya mampu mendiamkan diri. Lia menelefon abangnya..

"Helo abang. "Kata Lia.

"Lia nak apa? Abang tengah sibuk ni. "Tanya Zahid.

Zahid ketika itu sedang sibuk membuat proposal baru kerana membatalkan projek bersama Datuk Alina.

"Dina kena tembak, abang. "Jawab Lia perlahan.

"Apa yang Lia merepek ni? "Tanya Zahid tidak percaya.

"Dina kritikal di hospital. "Kata Lia lagi.

Zahid tanpa sengaja menjatuhkan telefonnya dan bergegas ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience