Keesokan harinya....
"Aku tinggalkan kau.Aku nak pergi syarikat perempuan itu. "kata Lia
"Lia aku nak cakap sikit. Benci kau macam mana pon dia still your mom. "Balas Dina.
Lia mendiamkan diri dan meninggalkan Dina di hospital.
Di syarikat Datuk Alina..
"Datuk Alina pemegang saham semua sudah sampai. "Kata Kak Sally.
Datuk Alina terus ke bilik mesyuarat. Lia pula di luar syarikat Datuk Alina telah menunggu masa untuk masuk ke syarikat.
"Saya ok tak Ian? "Tanya Lia.
Lia memakai dress berwarna merah dan kasut bertumit tinggi. Ian pula menemani Lia kerana akur akan perintah Zahid.
"Ok Puteri, nah cermin mata untuk Puteri. "Ian memberi cermin mata gelap kepada Lia.
Lia mengambil tanpa banyak soal dan menyimpan di dalam beg Hermesnya.
Di bilik mesyuarat....
"Apa dah jadi Datuk? Saya dengar syarikat kita mengalami kerugian yang banyak." Tanya salah seorang ahli lembaga.
"Syarikat kita memang ada masalah. Tapi itu tanggungjawab saya untuk menanggung semuanya."Jawab Datuk Alina.
"Saya rasa lebih baik Datuk turun sahaja, beri pada yang layak. "Kata lagi seorang ahli lembaga.
"Siapa yang layak gantikan saya? "Tanya Datuk Alina tinggi.
"Saya..... "Kata Lia.
Share this novel