BAB 63

Romance Completed 7256

Baiklah kita mempersembahkan CEO kita iaitu Cik Riana.Kak Sally melaungkan nama Lia.

Lia terus ke atas pentas. Pihak media memberi perhatian semula ke atas pentas. Semua terpegun melihat kecantikan Lia. Datuk Alina dan Indah memandang dengan meluat.

Kak Sally memberi mikrofon pada Lia.

"Selamat malam, saya CEO baru menggantikan Datuk Alina.Sesiapa boleh bertanya soalan pada saya berkenaan dengan design kami. "Kata Lia ringkas.

Satu persatu soalan dari VIP dan pihak media dapat dijawab oleh Lia dengan baik sehinggalah ke satu soalan...

"Cik Riana saya nak tanya kenapa ya jawatan CEO diberi pada Cik Riana? "Tanya Indah secara angkuh.

Lia tahu Datuk Alina dan Indah akan muncul malam ini..

"Kerana kita memerlukan CEO yang sentiasa mengikuti trend baharu dan tidak berfikiran kolot."Lia menjawab dengan tenang.

Ketika itu muncul seorang ahli media bernama Sara mengangkat tangan...

"Saya nak tanya kenapa Cik Riana menipu semua sedangkan cik adalah Puteri dari Negara Bornea?"Tanya Sara.

Ketika itu semua mula heboh dan memeriksa kepastian di telefon.

"Betul awak bukan Cik Riana tapi Puteri Lia!!! "Jerit seorang ahli media selepas melihat di google.

Heboh satu dewan melihat ke arah Lia.

"Ya ini adalah adik saya Puteri Lia Karina. "Kata Zahid lantang.

Semua melaraskan kamera ke arah Lia. Zahid naik ke atas pentas dan memaut bahu Lia.

Datuk Alina dan Indah tercengang melihat drama yang berlaku di hadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience