BAB 54

Romance Completed 7256

"Apa yang dah jadi ni Lia dan kenapa kau ada kat sini Ikmal? "Tanya Zahid sejurus sampai di hospital.

Ikmal menceritakan segala-galanya apabila Lia hanya mendiamkan diri.

"Maafkan aku Zahid, kalau aku tahu macam ni aku mesti call kau dulu. "Kata Ikmal.

"Tak pe Ikmal. Berani perempuan tu nak bunuh Lia! "Marah Zahid.

Zahid menangis risaukan Dina. Lia ke arah abangnya dan memeluk abangnya dari belakang.

"Ni nombor plat van tu Zahid. "Kata Ikmal.

Zahid mengambil dari Ikmal dan menelefon Ian.

"Ian kau cari siapa yang bawa Van tu, aku nak diorang hidup-hidup. "Kata Zahid.

"Baik Putera. "Jawab Ian.

Selepas 3 Jam doktor keluar dari bilik pembedahan...

"Doktor macam mana patient tu? "Tanya Zahid.

"Awak siapa ya untuk patient ni? Tanya semula doktor.

"Dia tunang abang saya. "Jawab Lia bagi pihak abangnya.

"Patient ok tapi perlu banyak rehat. "Kata Doktor.

Dina dipindahkan ke wad VIP selepas pembedahan. Lia dan Ikmal memberi laluan pada Zahid untuk masuk memandangkan hanya seorang pelawat untuk satu masa.

"Dina sayang tolong bangun. "Kata Zahid perlahan.

Zahid duduk di sebelah Dina. Zahid menangis melihat badan Dina yang dipenuhi wayar berselirat. Zahid menggengam tangan Dina.

"Saya akan tunggu awak sampai sihat Dina. "Kata Zahid. Zahid memandang tangan Dina dan nampak cincin yang diberi pada Dina.

"Saya dah gagal jaga awak. "Zahid menangis.

Lia dan Ikmal melihat dari luar perlakuan Zahid. Lia memandang Ikmal dan menarik tangan Ikmal luar dari perkarangan hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience