BAB 60

Romance Completed 7256

Ikmal keluar dari kereta dan menuju ke syarikat Lia. Kak Sally yang kebetulan nampak...

"Tengku ada apa ya datang sini? "Tanya Kak Sally.

"Saya nak jumpa Riana, dia ada tak? "Tanya Ikmal semula.

"Ada Tengku. "Jawab Kak Sally.

Ikmal menuju ke bilik Lia...

"Lia ,mari teman saya makan. "Kata Ikmal

Ikmal melihat Lia tertidur di atas sofa. Ikmal menghampiri Lia..

"Lia sayang, saya datang sini nak minta maaf kat awak tapi awak tidur pula. "Ikmal berkata perlahan.

Ikmal memandang wajah Lia yang keletihan. Ikmal meletakkan sebuah kotak kecil di sebelah Lia. Ikmal terus keluar dari bilik...

Manakala di rumah Datuk Alina...

"Ma.. apa plan mama sekarang? "Tanya Indah di meja makan.

"Relaks sayang, mama still lagi pemegang saham walaupun tak jadi CEO. "Balas Datuk Alina.

Sementara itu Lia baru tersedar dari tidur...

"Apa ni? "Lia bertanya diri sendiri.

Lia membuka kotak itu dan melihat sebentuk yang cantik. Lia terus keluar dari bilik dan berjumpa dengan Kak Sally..

"Kak Sally, tadi siapa yang masuk bilik saya? "Lia bertanya walaupun sudah dapat mengagak orangnya.

"Tengku Ikmal tadi datang nak Cik Riana. "Balas Kak Sally.

Lia terus keluar dari syarikat dan melihat Dina yang berada di pintu syarikat..

"Kau ada kat sini? "Tanya Lia.

"Setiap hari aku ada. Kau nak pergi mana ni? "Tanya Dina balik.

"Bawa aku jumpa Ikmal. "Kata Lia.

Dina membawa Lia ke rumah Ikmal. Lia melihat Zain yang baru keluar dari kereta...

"Zain mana Ikmal? "Tanya Lia.

"Awak buat apa kat sini Lia? "Tanya Ikmal membelakangi Lia.

Lia terus menghadap Ikmal...

"Apa maksud cincin ni? "Tanya Lia.

Ikmal menarik tangan Lia dan membawanya ke kawasan belakang rumah.

"Lia saya nak kahwin dengan awak!!."Ikmal membuat pengakuan tulus.

Lia terkejut mendengar lamaran Ikmal. Ikmal melutut depan Lia.

"Saya sebenarnya nak lamar awak secara rasmi tapi saya tak boleh tunggu sebab saya takut awak pergi dari hidup saya. "Kata Ikmal pada Lia.

"Terima je la Lia!!! "Zain dan Dina menjerit dari jauh.

"Boleh tak tunggu sampai saya settlekan semua ni Ikmal? "Tanya Lia perlahan.

Ikmal mengendurkan senyumannya apabila mendengar Lia berkata sebegitu.

"Saya ambil cincin ni sebagai janji awak pada saya. "Kata Lia.

Lia memakai cincin itu di jarinya sendiri dan mengoyangkan tangannya di hadapan Ikmal.

Ikmal mendekati Lia dan berbisik...

"Ok saya akan tunggu sampai awak ready Lia, sampai bila-bila. "Bisik Ikmal perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience