BAB 23

Romance Completed 7256

"Kau tahu tak Putera Bornea datang kat Malaysia? "Tanya Jijie kepada Lia.

Lia hanya menganggukkan kepalanya. Sejak semalam hatinya tidak tenang dengan kehadiran abangnya. Tiba-tiba telefon Lia berbunyi..

Rupa -rupanya panggilan dari Zain. Zain meminta bertemu dengannya.

"Apa hal kau nak jumpa dengan aku? "Tanya Lia.

Lia sanggup batalkan rehatnya bersama Jijie untuk berjumpa Zain.

"Kau tak risau ke pasal abang kau? Aku terkejut bila tahu abang kau ada jat sini. "Kata Zain.

"Aku malas nak fikir. "Jawab Lia.

Ketika itu Lia sedar ada orang yang mengintipnya. Lia terus meminta diri dan meningggalkan Zain.

Habis sahaja waktu lunch ,Lia terserempak dengan Indah.

"Hoi! "Panggil Indah.

Lia mengendahkan Indah dan terus berlalu ke depan lif. Indah yang bengang terus ke arah Lia.

"Kau tak dengar aku panggil kau ke? "Marah Indah.

"Saya ingat cik panggil orang lain sebab nama saya bukan H. O. I. "Lia mengeja di depan muka Indah.

"Indah yang panas dengan Lia terus mengangkat tangan. Tapi tak sempat bila ada tangan lain yang membantu..

"Abang Ikmal! "Indah terkejut melihat Ikmal yang memegang tangannya.

"Apa yang Indah nak buat Riana, tak malu ke buat macam ni. "Ikmal memarahi Indah.

Lia hanya memerhati wajah Ikmal yang memarahi Indah. Lia ingatkan Ikmal membencinya selepas insiden di dalam bilik pejabat Ikmal.

"Dia yang buat Indah dulu"Indah merengek kepada Ikmal.

Ikmal terus menarik Lia menjauhi dari kawasan tersebut.

"Awak tak boleh ke jangan cari masalah. "Marah Ikmal.

Lia yang geram dengan kelakuan Ikmal terus memarahinya.

"Apa yang saya buat Tengku, saya rasa tengku tak perlu masuk campur. "Kata Lia dengan marah.

"Saya risaukan awak Riana, awak selalu buat saya risau"Kata Ikmal dengan lembut apabila sedar mereka dalam situasi tegang.

"Risau tengku kata.Tengku selalu muncul tiba-tiba,itu ke tanda risau."Marah Lia lagi.

"Sebab saya sayangkan awak Riana."Kata Ikmal lagi.

Lia mendiamkan diri apabila mendengar ayat Ikmal.

"Saya rasa lebih baik tengku pergi."Jawab Lia dan terus berlalu pergi.

Ikmal hanya memandang Lia dari jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience