Sampai sahaja di istana, Bonda terus meluru memeluk Lia dengan Zahid.
"Kamu berdua ok tak? Ada luka? "Tanya Bonda risau.
"Kami berdua ok. "Kata Lia dan Zahid.
"Mesti penat kan kamu semua, berehat dulu ya? Bonda dah suruh dayang sediakan air mandian. "Kata Bonda.
Lia dan Zahid mengangguk dan meninggalkan bonda. Kamal pula ditarik bonda masuk ke dalam kamar tidur.
Lia terus berbaring atas katil selepas masuk ke dalam bilik. Dina memberi hormat pada Lia dan meninggalkan Lia bersendirian.
Waktu makan malam Bonda menanyakan pelbagai soalan pada mereka bertiga semasa berada di Malaysia. Mereka bercerita dengan gembira menjawab soalan Bonda.
Sebulan berlalu, Lia yang puas berehat membantu abangnya dalam pentadbiran istana. Zahid sudah bertunang dengan Dina. Kini Dina menjadi bakal kakak iparnya.
Dina masuk ke dalam bilik Lia dan menghantar fail ke atas meja Lia.
"Puteri, ni fail yang diminta. "Kata Dina.
"Terima kasih. "Kata Lia.
"Puteri ok? "Tanya Dina
Tangan Lia terhenti apabila mendengar soalan Dina.
"Ok! Ada apa-apa masalah ke? "Tanya Lia.
"Tak.. takde pape. "Kata Dina.
Dina keluar dari bilik Lia dan bertembung dengan zahid.
"Awak nak pergi mana ni? "Tanya Zahid.
"Nak keluar kejap. "Kata Dina.
Zahid memandang wajah Dina yang malu memandangnya.
"Kenapa ni Dina? "Tanya Zahid.
"Saya nak cakap sikit dengan awak? "Kata Dina.
Zahid dan Dina pergi ke bilik rehat. Ian menunggu di hadapan pintu untuk mengelakkan salah faham.
"Awak ni kenapa? "Tanya Zahid tak sabar.
"Saya risau la dengan Lia. Dia makin diam sejak pulang dari Malaysia. Kalau cakap pon sepatah-patah. "Jawab Dina.
Zahid mendengar apa yang dikatakan Dina dan berkata pada Dina.
"Saya pon perasan tapi saya tak nak cakap banyak. "Kata Zahid.
Dina mendiamkan diri mendengar kata Zahid.
"Sekarang ni jangan risau. Jom ikut saya. "Ajak Zahid.
"Pergi mana? "Tanya Dina.
"Bonda panggil untuk jumpa. "Jawab Zahid.
Zahid membuka pintu dan menarik tangan Dina. Ian berada di belakang mereka. Sampai sahaja di tempat rehat Bonda, dayang semua memberi hormat pada Zahid.
Bonda pula duduk sambil minum air herba yanh disediakan oleh dayang. Dina dan Ian memberi sembah hormat pada Bonda.
"Dina mari sini. "Kata Bonda.
Dina teragak -agak untuk ke arah Bonda. Zahid membuat lirikan mata supaya Dina tidak perlu takut.
"Sara ambilkan kotak yang saya bawa tadi. "Kata Bonda pada dayangnya.
Dayang yang bernama Sara itu mengikut arahan Bonda. Dina pula canggung berada di sebelah Bonda walaupun telah menjadi tunangan Zahid.
"Ambil ni Dina. "Kata Bonda.
"Maaf Tuanku, saya tak dapat terima. "Kata Dina.
"Panggil Bonda je. Lagipun Dina dah jadi tunang abang. "Kata Bonda.
"Baik Tuanku. Ehhh bukan.. Bonda. "Kata Dina.
Bonda dan Zahid tergelak mendengar Dina berkata.
Sementara itu di Malaysia. Ikmal yang berada di syarikat sedang menghadapi meeting....
"Apa semua ni!!! Semua salah takde yang betul!! Saya nak awak semua buat balik proposal ni!!!!! "Lantang dan dengan nada marah Ikmal berkata.
Pekerja yang berada di dalam meeting itu hanya mampu mendiamkan diri kerana terlalu takut dengan kemarahan Ikmal yang dikenali sebagai orang yang tegas.
Ryan yang berdiri di tepi Ikmal itu pun merasa kecut dengan jerkahan Ikmal yang moody sejak sebulan lalu.
Selesai sahaja meeting Ikmal masuk ke dalam biliknya dan duduk berehat dia atas kerusi. Ryan memberi ruang pada Ikmal.
Zain yang baru selesai dari berjumpa client pergi menuju ke bilik Ikmal. Tuk.. Tuk.. Tuk.
Masuk!!! Laung Ikmal dari dalam.
"Abang! Harini Zain dengar abang mengamuk lagi. Are you ok? "Tanya Zain.
Zain terus duduk berhadapan Ikmal.
Ikmal memandang tajam pada Zain.
"Kalau rindu sangat pada Lia. Lebih baik abang pergi Bornea je. "Kata Zain lagi.
Ikmal memanggil Ryan. Ryan!!!!
Ryan terus meluru masuk ke dalam bilik.
"Bawak budak ni keluar!! "kata Ikmal.
Ryan menarik tangan Zain.
"Abang!!! Jangan halau Zain!! "Zain membuat lakonan yang tak berapa menjadi.
Ikmal membuat tangan bye-bye pada Zain.
Bulan berganti bulan, Zahid sudah berkhawin dengan Dina. Lia yang merasa bosan pergi ke pantai ditemani Ian. Ian menjadi bodyguard menggantikan Dina.
"Ian, saya nak menyendiri. Boleh tinggalkan saya."Pinta Lia
"Baik Puteri. "Ian meninggalkan Lia.
Lia yang membawa set peralatan lukisan mencari tempat yang sesuai untuk melukis.
Lia menjumpai tempat lapang dan mula melukis. Sambil melukis Lia teringat kenangannya bersama Ikmal apabila di pantai.
Hampir petang Lia menyudahkan lukisannya. Lia melihat orang ramai sudah membanjiri pantai.
Ketika itu Lia melihat ada seorang lelaki membawa kamera sedang melihatnya. Lia menghampiri lelaki itu.
"Kenapa awak pandang saya ya? "Tanya Lia.
"Saya tengok awak ralit melukis so saya ambil la gambar awak. "Kata Lelaki itu.
Lia memandang tajam ke arah lelaki itu.
"Owhh nama saya Dany. "Kata lelaki itu.
"Ada saya tanya. "Kata Lia.
Lelaki itu menahan Lia yang ingin meninggalkannya.
"Boleh saya tahu nama awak? "Tanya Dany.
Lia mengangkat tangannya.
"Awak nampak tak ada apa kat tangan saya ni?"Tanya Lia.
"Nampak, kenapa ya? "Tanya Dany balik.
"Saya dah bertunang so jangan buang masa saya. "Kata Lia yang mula berbohong.
Dany kecewa mendengar jawapan Lia dan meninggalkan Lia. Lia berjalan semula ke kawasan melukisnya.
Tangan Lia memegang lukisan yang kering itu. Dalam gambar itu tergambar sepasang kekasih yang duduk di tepi pantai.
"Ikmal saya rindu... Saya dah tak sanggup. "Kata Lia perlahan.
"Kalau rindu kenapa tak angkat call I. "kata satu suara di belakang Lia.
Lia yang tergamam memalingkan wajahnya. Lia melihat Ikmal berdiri di belakangnya.
"Lia... ni saya. "Ikmal berkata.
Lia terus berlari memeluk badan Ikmal. Ikmal membalas pelukannya.
"A.. awak be.. betul ke Ikmal. "Lia mula menangis.
Ikmal memegang bahu Lia.Ikmal memandang wajah Lia.
"Lia sayang ni saya Ikmal. "Jawab Ikmal sambil mengesat air mata Lia.
ketika itu dari jauh Zahid dan Dina memandang mereka.
"Mesti Lia happy kan abang. "Kata Dina
"Mesti la. Abang yang bagi tahu Ikmal, Lia ada kat sini. "Jawab Zahid.
Zahid meletakkan bibirnya di dahi Dina yang sudah menjadi isterinya. Dina bahagia dengan perkhawinannya bersama Zahid yang baik untuk dirinya.
Lia menunjukkan lukisannya pada Ikmal.
"Ni kita? "Tanya Ikmal.
Lia menganggukkan kepalanya.
"Bila awak sampai sini? "Tanya Lia.
"Saya datang minggu lepas masa perkhawinan Zahid. Yela takkan saya tak datang perkhawinan best friend and merangkap bakal abang ipar kan?"Jawab Ikmal dengan yakin.
"Siapa nak khawin dengan awak. Perasan. "Kata Lia.
Ikmal tergelak mendengar jawapan Lia.Ikmal memegang bahu Lia.
"Saya betul cintakan awak. Tapi saya belum dengar lagi awak kata awak cintakan saya. "Kata Ikmal berharap.
Lia menjingkitkan kakinya dan mendekatkan mulutnya dengan telinga Ikmal.
"I love you. "Lia membisikkan di telinga Ikmal.
Lia yang malu terus menekup mukanya dengan badan Ikmal.
Ikmal bahagia dengan pengakuan Lia. Mereka memandang antara satu sama lain berharap sinar kebahagiaan akan menyinari kehidupan mereka selalu.
Cinta antara mereka akan bersemi hingga ke akhir hayat tanpa mengira darjat mahupun pangkat.
-Tamat-
Share this novel