Kak Sally datang ke meja Lia.
"Riana siap sekarang untuk pergi ke syarikat Tengku Ikmal. Kata Kak Sally .
"Baik.
Lia terus mengemas barangnya untuk dibawa ke syarikat Ikmal. Semasa hendak keluar..
"Hei perempuan! Apa yang bagusnya kau sampai Abang Ikmal nak sangat dengan kau. Tengking Indah di depan lif.
"Saya nak tanya apa masalah cik Indah datang nak serang saya. Tak malu ke orang tengok. Kata Lia tenang.
Indah memandang sekelilingnya dan memerhati banyak staff memandang.
"Aku kisah apa. Aku nak kau jauhkan diri kau dari Ikmal. Dia aku punya. Kata Indah bongkak.
Lia yang malas melayan Indah terus masuk ke dalam lif.
Indah yang marah dengan tindakan Lia menyimpan dendam pada Lia.
"Tak guna punya perempuan .Siap kau Riana.
Kata Indah dalam hati.
Lia terus menaiki teksi ke syarikat Ikmal.
Sampai di sana Lia ternampak Ikmal hendak menuju keretanya.
"Tengku tunggu! Jerit Lia selepas keluar dari teksi.
Ikmal terus memandang ke arah Lia dan menunggu Lia datang ke arahnya.
"Tengku nak pergi mana? Bukan tengku panggil saya ke? Kata Lia.
"Ikut saya keluar. Kita pergi ke Hotel Red. Ada meeting. Kata Ikmal serius.
"Baik tengku.
Lia terus masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelah Ikmal.
Asal dia serius sangat hari ni. Marah ke dia pada aku. Hati Lia berbicara.
Share this novel