Selepas seminggu Lia bekerja, Lia ingin memulakan misinya.
Lia mengambil sampel gambar rekaan barang kemas untuk dicuri dan membocorkannya.
Kak Sally datang ke arah Lia...
"Riana, awak kena hantar semua rekaan kita ke syarikat Megah Holding untuk dilihat oleh
Ceo mereka.
"Baik!
Lia dengan menaiki teksi terus menuju ke Syarikat Megah Holding. Sampai di sana dia
disuruh untuk menaiki tingkat ke 20 untuk berjumpa dengan Ceo.
Lia pergi ke meja setiausaha dan diminta tunggu.
Lia dipanggil masuk...
"Cik boleh masuk sekarang. Kata setiausaha tersebut.
Lia memasuki bilik Ceo dan kagum dengan
rekaan bilik tersebut yang kemas dan teratur
Dia melihat Ceo tersebut duduk nembelakanginya
"Tengku, ni adalah rekaan yang telah disiapkan
oleh syarikat saya.
Namun tak disangka apabila ceo itu menampakkan wajahnya ..
"Awak! Lia terperanjat.
"Kita jumpa lagi ya. Rupanya itu adalah ikmal.
Ikmal nampak lagi kacak apabila memakai suit
lengkap jika dibandingkan memakai pakai baju kasual.
"Hai nama saya Tengku Ikmal bin Tengku Zein.
"Err.. nama saya Riana. Panggil saja Riana.
"Awak kerja designer kat sana ya? Tanya Ikmal.
"Haah, saya kerja sebagai designer.Ujar Lia.
"Dah nak masuk waktu lunch, jom makan sekali. Ajak Ikmal.
"Eh, takpe Tengku. Saya kenyang lagi.
Selesai saja Lia bercakap Lia terus keluar dari bilik Ikmal.
"Macam mana la aku boleh terjumpa dia lagi. Aduh malu nya.
Ikmal yang berada dalam bilik tersenyum melihat gaya Lia yang kalut setiap kali melihat dia.
Sampai sahaja di pejabat,Lia terus menanyakan tentang Ikmal.
Rupanya Ikmal memegang jawatan ceo sejak muda lagi selepas kematian ayahnya. Dia antara lelaki muda yang terkaya di Malaysia. Lia yang mendengar kagum akan kebolehan Ikmal.
Share this novel