Seminggu kemudian...
Lia dengan Dina pergi ke Hospital untuk melihat keadaan Jijie. Jijie dilihat sedang termenung memandang ke arah luar tingkap.Jimmy menegur Lia.
"Puteri ok tak? "Jimmy bertanya.
"Panggil Lia je, lagipun abang saya kawan dengan awak. "Kata Lia.
"Lia, saya harap awak maafkan Rose. "Kata Jimmy.
Lia menganggukkan kepalanya. Lia meminta diri untuk pulang.
"Kau nak pergi mana sekarang ni? "Tanya Dina.
"Hantar aku balik. "Kata Lia.
Lia sudah berpindah ke tempat abangnya selepas kejadian tersebut.Di rumah....
"Ikut aku jumpa Putera"Kata Ian.
Dina terus mengikuti Ian ke bilik rehat Zahid. Ian menunggu di luar dan memberi laluan ke arah Dina. Zahid memandang wajah Dina.
"Ada apa ya Putera panggil saya? "Tanya Dina.
"Dina,marry me. "Jawab Zahid. Zahid mengeluarkan cincin yang terlalu cantik. "
Dina terkejut dan melihat wajah Zahid.
"Alia, awak nak campak ke mana? "Tanya Dina tegas.
"Saya dah bincang dengan Alia. Kami akan putus."Kata Zahid.
"Senang je awak cakap. Saya tak boleh nak fikir sekarang ni. "Kata Dina dengan nada yang tinggi
"Tapi Dina, saya dah bincang dengan Lia. "Kata Zahid.
"Lia tahu pasal kita? "Tamya Dina.
Lia meluru masuk ke bilik Zahid.
"Aku baru tahu Dina. "Kata Lia.
"Tolong jangan tolak saya lagi. "Kata Zahid.
Dina memandang wajah Lia dan memandang ke arah Zahid semula. Dina menganggukkan kepalanya. Zahid yang gembira terus memasukkan cincin ke jari Dina.
"Tahniah Dina. "Kata Lia sambil peluk Dina.
Lia lega masalah abangnya sudah selesai namun memikirkan hubungannya dengan Ikmal membuat dia pening.
Share this novel