BAB 40

Romance Completed 7256

Sudah 2 hari Lia hilang namun tiada siapa tahu di mana keberadaan Lia. Zahid serabut memikirkan adiknya namun tidak memberitahu pihak istana lagi.

"Putera ada apa yang saya boleh bantu? "Tanya Dina.

Zahid memandang wajah Dina yang risau akan keadaan adiknya.

"Saya nak awak cek semua log telefon Lia. "Kata Zahid.

Dina menganggukkan kepalanya dan beredar dari bilik Zahid. Zahid risau kalau ada kemungkinan orang yang menculik adiknya itu tidak tahu akan identitinya. Di rumah Ikmal...

"Hah asal kau datang? "Tanya Ikmal pada Zain.

"Saja... "Jawab zain sambil lewa.

"Kau dah takde kerja ke? Banyak kerja dekat syarikat boleh buat. "Kata Ikmal.

"Aku serabutla. "Kata Zain.

Ikmal yang baru habis workout mengambil gelas untuk minum.

"Apasal? "Tanya Ikmal yang pelik akan perangai Zain.

"Abang tahu tak Lia hilang kena culik. "Kata Zain.

Ikmal yang terkejut tanpa sengaja menjatuhkan gelasnya. Zain memandang ke arah abangnya dan memanggil bibik membersihkan kaca.

"Lia hilang! Kenapa tak kasi tahu abang. "Kata Ikmal dengan nada yang sangat marah.

Zain yang gerun akan keadaan Ikmal membuka mulut.

"Zain lupa la bang, lagipun abang kan tengah gaduh dengan Lia. "Kata Zain perlahan.

Ikmal terus memasuki biliknya dan menukar pakaiannya. Selepas 10 minit Ikmal terus keluar dari rumahnya pergi ke syarikat.

Zain memandang abangnya yang terus keluar dari rumah.

Sementara itu di sebuah rumah kosong, Lia berada dalam keadaan terikat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience