Lia yang terlalu sibuk dengan projek mendapat panggilan dari Ikmal.
"Hi, Riana awak sibuk tak? "
"Tak sangat. "Jawab Lia.
Ikmal mengajak Lia berjumpa di pantai yang pernah mereka pergi.
Selepas satu jam mereka berjumpa....
"Saya dengar awak dah kerja dengan Putera Bornea tu."Kata Ikmal.
Lia mengiyakan kata Ikmal.
"Saya nak tahu awak ada simpankan rahsia pada saya ke? "Tanya Ikmal.
Lia tersentak mendengar pernyataan Ikmal. Sudah sampai masanya untuk Lia menerangkan segala - galanya pada Ikmal.
Lia menghela nafas dan menceritakan semua pada Ikmal. Ikmal mendiamkan diri.
"Jadi awak adik kepada Putera Zahid? "Tanya Ikmal.
"Ye, saya dan nama sebenar saya ialah Puteri Lia Karina. "Kata Lia.
“Sebab dendam awak tu awak sanggup menipu orang lain. "Jawab Ikmal kesal.
Ikmal yang tak mampu menahan marah terus meninggalkan Lia.
Lia mampu melihat dan menangis sekuat hatinya. Dia tahu Ikmal tak mampu menerimanya.
Di dalam kereta Ikmal memukul stereng dengan tanganny sekuat hati. Sampai hati Lia menipunya dari awal.
Ikmal menelefon Zain...
"Assalamualaikum abang nak apa? "Tanya Zain.
"Abang nak jumpa kau malam ni. "Jawab Ikmal.
Zain mengiyakan dan menutup panggilan.
Ikmal membawa kereta pulang ke rumah.
Lia menangis dan merasa marah dengan dirinya. Dina yang melihat dari jauh menghampiri Lia. Dina terus memeluk Lia.
Share this novel