Hotel Pavillion dibanjiri ramai tetamu dan pihak media. Lia melalui jalan belakang hotel untuk mengelak pihak media. Sekitar satu jam ,Vip dan pihak media memasuki dewan besar.
Kak Sally selaku MC memulakan ucapan.
"Terima kasih pada semua hadir. Hari ini Syarikat kami akan melancarkan barang krmas baharu.
Kak Sally memberi arahan pada Azam untuk mengeluarakan design tersebut. Azam menarik troli dan meletakkan di tengah pentas.
"Mempersembahkan Delight Love!!!"Kata Kak Sally.
Azam membuka kain yang menutupi troli itu. Semua orang kagum dengan keindahan set barang kemas tersebut. Designnya terlalu cantik dan berwarna hazel.
"Rekaan ini untuk semua golongan tak kira muda mahupun tua. Kami menggunakan bahan dari Negara Bornea iaitu kristal dan Garnet."Kak Sally menerangkan berkenaan barang kemas. Semua memberi tepukan gemuruh.
Lia yang berada di belakang pentas merasa debar kerana tahu mungkin identitinya akan terbongkar.
Manakala Datuk Alina dan Indah yang melihat rekaan itu terkejut.
"Mama rekaan itu terlalu cantik. "Kata Indah.
Datuk Alina menahan sakit hati.
Ketika itu Zahid masuk ke dalam Dewan dan mendapat perhatian pihak media. Semuanya meluru ke arah Zahid. Zahid bernasib baik kerana semua bodyguardnya menghalang pihak media dan memudahkan Zahid pergi ke tempat duduk paling hadapan.
Namun Ikmal di mana?
Share this novel