BAB 30

Romance Completed 7256

Hari yang ditunggu Lia sudah pun tiba. Majlis yang dihadiri 1000 orang untuk pelancaran itu sudah datang.

Dari jauh Lia nampak Ikmal yang datang berpakaian kemeja hitam. Lia tahu syarikat Ikmal akan menanggung rugi tapi dia sudah pun nekad.

"Cantik awak malam ni. "Kata Ikmal pada Lia.

Lia berpakaian dress hitam seakan berpasangan dengan Ikmal. Dari jauh Indah memandang geram ke arah mereka.

"Abang Ikmal kenapa tak angkat call Indah? "Tanya Indah manja sambil merangkul tangan Ikmal.

Lia memandang ke arah Indah dan senyum kepadanya. Indah pelik apabila melihat reaksi Lia.

Lia pergi ke arah Zain yang sedang duduk di sebuah meja.

"Kau baru sampai ke? "Tanya Lia.

Ikmal memendam rasa apabila Lia pergi ke arah Zain dan meninggalkannya bersama Indah.

"Baru jugak.Kau ni saja je buat abang aku marah."
Kata Zain.

Zain sedar abangnya memandang mereka dengan tajam.

"Ala biar je la. Kau dah siap ke apa yang aku suruh buat? "Tanya Lia pada Zain yang sedang minum air.

"Dah. Tapi aku takut la kalau abang aku tahu. Masak aku nanti. "Jawab Zain dengan risau.

Belum sempat Lia hendak menjawab Ikmal menjawab...

"Apa yang masak Angah? "Tanya Ikmal pada Zain.

"takde pape Along. "Jawab Zain dengan takut.

Lia hampir mahu tergelak melihat reaksi Zain.Ikmal memandang ke arah Lia yang seakan senang dengan kehadiran Zain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience