BAB 27

Romance Completed 7256

"Saya suka dengan proposal ni Datuk. "Kata Zahid.

"Terima kasih Putera. "Kata Datuk Alina dengan gembira.

Zahid memandang wajah ibunya yang gembira dengan jawapannya. Hatinya terusik melihat senyuman ibunya.

"Ada apa-apa yang saya boleh tambah? "Tanya Datuk Alina.

"Saya nak dia yang handle projek ni."Jawab Zahid sambil tangannya menuju ke arah Indah.

Indah gembira bila Zahid menunjuk ke arahnya. Lia hanya menahan diri apabila abangnya tidak memilih dirinya.

"Terima kasih putera sebab pilih saya. "Kata Indah dengan gedik.

Zahid hanya senyum ke arah Indah.
Selesai sahaja meeting Zahid meminta diri.

Lia pula dihubungi oleh Ikmal. Ikmal mengajak dia untuk berjumpa. Lia terus bersiap untuk berjumpa dengan Ikmal.

Ikmal menunggu depan syarikat berpakaian santai. Ikmal membuka pintu untuk Lia masuk ke dalam kereta.

"Ada apa Tengku nak jumpa saya? "Tanya Lia.

Ikmal memberitahu rancangannya membawa Lia ke pantai. Lia teruja dengan rancangan Ikmal.
Sampai sahaja di pantai, Ikmal membawa Lia pergi ke restoran makanan laut.

"Riana awak nak makan apa kat sini? "Tanya Ikmal.

"Saya tak kisah Tengku."Jawab Lia.

Ikmal mengeluarkan sesuatu kepada Lia.

"Apa ni tengku? "Tanya Lia.

"Bukak la. "kata Ikmal.

Lia membuka kotak itu dan terdapat rantai bintang yang sangat cantik.

"Tengku saya tak boleh terima ."Kata Lia.

"Saya buat ni khas untuk awak. Saya sendiri design. "Kata Ikmal.

Lia terharu mendengar kata Ikmal. walaupun Lia mempunyai barang kemas yang sangat banyak namun dia rasa pemberian Ikmal yang paling bermakna baginya.

"Terima kasih Tengku. "Kata Lia.

Ikmal bangun dari tempat duduk dan memakaikan rantai ke leher Lia. Lia tersenyum melihat rantai yang terpasang di lehernya.

Sementara itu...

"Putera ni adalah perkembangan terbaru mengenai Puteri. "Kata Ian.

Ian memberi gambar Lia bersama Ikmal. Zahid memandang wajah itu dan tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience