BAB 71

Romance Completed 7256

Lia dan Dina berjalan masuk ke dalam MCD. Mereka terus ke arah Zain dan Indah.

"Dah lama sampai? "Tanya Lia.

"kitaorang baru je sampai."Balas Lia.

Indah memandang wajah Dina dan berkata...

"Ni siapa? "Tanya Indah.

"Ohh ni Dina bodyguard Lia plus friend kat campus. "Jawab Zain.

Indah menganggukkan kepalanya.

"Indah ok ?"Tanya Lia.

"Ok.Indah nak minta maaf sebab banyak sakitkan hati.Kena panggil Puteri kan? "Indah jadi blur untuk bahasakan Lia.

Mereka bertiga memandang Indah dan ketawa geli hati.

"Tak payah. Panggil je kak Lia.Lagipun kita cousin"Kata Lia.

"Oo.. ok kak Lia."Balas Indah.

Lia meletakkan sebuah sampul besar di atas meja. Dia meletakkan di hadapan Indah.

"Apa ni Kak Lia? "Tanya Indah.

"Akak serahkan semula syarikat pada Indah."Jawab Lia.

"But Why? "Tanya Lia.

"Sebab ni bukan akak punya. Memang niat akak nak rampas syarikat ni. Tapi dendam tak bawa ke mana. "Lia berkata.

"Tapi Indah still kosong? "Indah berkata dengan nada tidak yakin.

"Habis tu sapa yang layak? Akak dah cakap kat kak Sally untuk bimbing Indah so tak payah risau. Ok? "Lia memberi semangat pada Indah.

"Abang Zain ada juga untuk tolong Indah so tak payah risau. "Zain berkata pada Indah.

Indah memandang wajah Zain dan memberi senyuman. Lia dan Dina memandang satu sama lain dan merasa sesuatu terjadi antara mereka.

"Thanks kak Lia. "Kata Indah ikhlas.

Mereka berempat berborak antara satu sama lain dan bergelak ketawa di MCD sehingga membuatkan ramai yang memandang.

Kamal mendatangi rumah Salina.Salina membawa Kamal ke halaman belakang rumahnya.

"Kak besok pagi adik balik Bornea. Banyak urusan negara kena settlekan. Kesian pula kat isteri adik nak buat semua."Kata Kamal.

"Cepatnya! Tapi takpe la akak faham. Akak teringin juga nak tengok muka isteri adik. Dia ok?"Tanya Salina.

"Dia ok, sanggup kahwin dengan adik. Jaga Lia dan Zahid macam anak dia sendiri. Adik sayang dia. "Kata Kamal.

Salina tersenyum mendengar jawapan Kamal.Pembantu rumah meletakkan dulang berisi air di meja hadapan mereka.

"Nanti buatkan sekali air untuk bodyguard yang kat depan tu. "Kata Salina.

"Baik Puan. "Kata Pembantu rumah itu.

Salina dan Kamal berborak mengimbau masa lalu dengan secawan kopi.

Setelah hampir dua jam Lia dan Dina meminta diri untuk pulang.

"Ni nak balik terus ke? "Tanya Dina.

Lia dan Dina menuju ke park kereta.

"Aku nak keluar dengan Ikmal. Kau tak payah ikut. Aku dah pakai pengesan. "Kata Lia.

Lia membuka pintu kereta dan mengambil sesuatu di tempat duduk. Lia menutup pintu di hadapan Dina.

"Ok la kalau macam tu. Hah!! Tu pakwe kau dah sampai. "Kata Dina.

Kereta Ikmal meluncur di hadapan kereta Lia.Lia terus masuk ke dalam kereta dan membuat tangan bye-bye.

Di dalam kereta Lia memerhati Ikmal. Ikmal nampak kacak apabila memakai pakaian kasual berwarna merah.

"Kenapa pandang saya? Ada apa-apa ke kat muka saya atau... sebenarnya awak rindu nak tengok muka saya. "Kata Ikmal selamba dengan matanya memandang ke depan.

"Saja.. "Balas Lia.

Ikmal tergelak mendengar jawapan Lia yang bersahaja.

Ikmal membawa Lia ke Taman Tema.

"Kita pergi sini? "Tanya Lia.

"Haah! Taman tema ni buka sampai malam."Jawab Ikmal.

Sesudahnya Ikmal meletakkan parkir kereta yang berdekatan dengan pintu utama. Lia yang tidak sabar terus menarik tangan Ikmal. Ikmal berhenti membeli tiket dan mengajak Lia masuk.

"Nak main apa dulu eh? "Tanya Lia yang teruja.

"Jom main Ballon Race. "Ajak Ikmal.

"Ermmm tak nak la. Jom main roller coaster."Kata Lia membangkang pilihan Ikmal.

Muka Ikmal menjadi pucat mendengarnya. Lia yang tidak perasan raut muka Ikmal terus menarik Ikmal ke tempat Roller Coaster.

Habis sahaja main,Ikmal ditarik lagi oleh Lia untuk bermain permainan yang ekstrem lagi.

Sesudahnya mereka bermain hampir lima permainan di situ. Ikmal terus meluru ke tandas. Lia menunggu Ikmal keluar dari tandas.

"Awak ok? "Tanya Lia yang risau akan keadaan Ikmal yang pucat.

Lia merasa bersalah kerana mengajak Ikmal bermain kalau tahu Ikmal takut akan permainan ekstrem.

"Saya Ok! Jangan risau la. Ada yang awak nak main lagi? "Tanya Ikmal.

"Jom la main Ferris Wheel. "Kata Lia.

Lia menarik tangan Ikmal dan menuju ke permainan tersebut. Lia dan Ikmal masuk ke dalam itu. Lia dan Ikmal duduk bersebelahan di dalam itu.

"Cantik kan permandangan kat sini waktu malam! "Kata Lia.

Ikmal mengangguk dan tersenyum memandang Lia.

"Saya akan balik besok. "Kata Lia.

Ikmal terkejut mendengar kata-kata Lia.

"Kenapa tak bagi tahu awal. "Ikmal membalas.

"Keputusan drastik oleh ayahanda. "Kata Lia lagi.

Ikmal mendiamkan diri. Lia memegang tangan Ikmal dan berkata...

"Kalau kita ada jodoh pasti akan bertemu lagi."Kata Lia perlahan.

Selesai bermain Ikmal membawa Lia pergi ke tempat makan. Sementara menunggu..

"Nah! "Kata Lia.

Ikmal mengambil kotak di tangan Lia dan membukanya.

"Jam tangan? "Tanya Ikmal.

Lia mengambil jam itu dan memakaikan Ikmal jam tangan itu.

"Cantik tak? "Tanya Lia.

"Cantik. "Kata Ikmal ikhlas.

"Ni untuk awak simpan kenangan tentang saya."Kata Lia.

Ikmal dan Lia memandang antara satu sama lain dan menunggu kesudahan apa yang akan terjadi pada takdir mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience