"Assalamualaikum Bonda. "Lia mengangkat panggilan telefon bonda.
Lia yang tengah bersiap untuk ke majlis pelancarannya menjawab panggilan Permaisuri.
"Lia bila nak balik? "Tanya Bonda.
"Lia selesai sahaja urusan, Lia akan balik bonda. "Jawab Lia.
Lia dan Bonda membual di telefon sekitar 10 minit. Lia menutup panggilan telefon. Tiba -tiba pintu diketuk....
"Nak apa Dina? Aku tengah bersiap ni."Kata Lia.
"Ambil ni. Ikmal kasi kau. "Balas Dina.
Lia membuka kotak dan melihat Ikmal memberi dress berwarna hitam. Lia kagum dengan design dress itu yang elegan namun tidak terlalu menonjol. Di dalam itu terdapat sebuah nota..
"Lia sayang pakai dress itu tahu malam ini. Malam ini ada suprise. "Dari Ikmal.
Lia tersenyum membaca nota itu. Lia terus bersiap. Selepas satu jam Lia keluar dari bilik...
"Lia lawanya!!!! "Jerit Dina.
Zahid hanya tersenyum pada Lia dan berkata...
"Seumur hidup abang baru abang tahu Lia ini cantik. "Kata Zahid serius.
Lia terus ke arah Zahid dan menepuk bahu abangnya kerana tahu Zahid mengusiknya.
"Dah la Lia gerak dulu. Abang datang kan sikit lagi? "Tanya Lia.
Zahid menganggukkan kepalanya. Dina terus membawa Lia ke arah kereta.
Dina membawa kereta terus ke Pavillion Hotel.
Share this novel