BAB 22

Romance Completed 7256

Pulang saja Lia dari syarikat, Dina terus memanggilnya ke ruang tamu.

"Putera dah ada kat Malaysia Lia. "Kata Dina dengan tenang.

"Hah, abang! "Lia terkejut dengan
Dina.

Dina terus membuka tv. Terpapar wajah Zahid yang keluar dari lapangan terbang KLIA.

"Apa yang abang buat kat sini? "Tanya Lia.

"Putera datang sini sebab nak buat kerjasama dengan syarikat barang kemas. "Beritahu Dina.

"Macam mana pula Bonda dengan Ayahanda kasi abang datang sini? "Tanya Lia lagi.

"Putera dapat kebenaran dari Permaisuri."Kata Dina.

Lia risau urusannya tergendala dengan rancangan abangnya.

Keesokan harinya Lia dibawa oleh Dina secara senyap ke rumah sewa Zahid. Lia berjumpa dengan abangnya di bilik rehat.

"Apa semua ni abang? "Tanya Lia lantang.

"Tak ada apa-apa. "Jawab Zahid sambil lewa.

"Lia tahu abang jangan ganggu rancangan Lia, faham."Amaran Lia pada Zahid.
Zahid mengeleng kepala dengan perangai Lia yang degil. Zahid faham peristiwa lama itu masih menghantui hidup Lia.

Imbas kembali....

"Ina nak apa lagi, abang kasi semua kat
sayang."Kata Kamal.

"Ina nak abang lepaskan Ina. "Kata Alina dengan lantang.

Ketika itu Zahid dengar dengan jelas pergaduhan ibunya dengan ayahnya. Lia walaupun masih berumur 5 tahun pun tahu ibu dengan ayahnya bergaduh.

"Abang kenapa ibu gaduh dengan ayah ,adik takut la? "Lia mula menangis.

Zahid menenangkan adiknya. Dari dalam Zahid mendengar semua pergaduhan ibu dan ayahnya.
Tiba-tiba dari luar terdengar seorang suara lelaki.

"Ina jangan keluar dari rumah. "Jerit Kamal.

'Ina tak nak hidup susah, abang ceraikan Ina. "

Datuk Alina keluar dari rumah bersama orang kaya yang mengambilnya setelah Kamal dipaksa melafazkan cerai.

Zahid melihat ayahnya menangis. Zahid walaupun baru berumur 7 tahun, dia memahami semua apa yang terjadi.

Hidup mereka bahagia walaupun tanpa Datuk Alina disisi. Lia pun tidak bertanya tentang ibunya mungkin sudah penat dengan jawapan Kamal dan Zahid.

Suatu malam Datuk Alina datang ke rumah dengan berpakaian mewah. Lia yang gembira terus memeluk ibunya

"Jangan peluk aku,Jijik la. "Kata Datuk Alina.

Lia menangis mendengar kata ibunya. Bayangkan perasaan seorang anak yang gembira dengan kepulangan ibunya tapi diperlakukan sebegitu.

"Apa yang awak cakap ni Ina, ni anak awak tau. "Marah kamal.

Zahid memerhati kelakuan ibunya dengan geram. Datuk Alina yang perasan dengan pandangan Zahid memandang anak lelakinya.

"Apahal pandang aku macam tu?ni ke didikan awak selama beberapa bulan saya tinggalkan rumah buruk ini Kamal. "Kata Datuk Alina.

Kamal hanya mengeleng kepala melihat kelakuan Datuk Alina kepada anak-anak.

"Apa urusan awak ke sini? "Tanya Kamal.

"Saya nak awak buang nama saya dalam surat beranak mereka. Lepas itu, kita tak ada hubungan lagi. Saya nak hidup saya bersih dari semua ni"Kata Datuk Alina.

"Apa yang awak cakap ni, awak sedar tak? "Kata Kamal.

"Saya sedar ,sebab saya tak nak sesiapa tahu saya ada anak dan pernah berkhawin. "Jawab Datuk Alina.

Kamal terus menghalau Datuk Alina dari rumahnya. Dia tak sangka perempuan yang dicintainya dulu berubah sedemikian.

Namun tak disangka ,ketika Kamal keluar berkelah bersama dengan anaknya mereka diserang dan diculik.

Mereka dibawa je gudang lama. Walaupun Zahid dan Lia masih kecil, mereka tetap didera dengan ganas. Selama seminggu mereka ditahan.

Entah macam mana ketika itu ada insan yang baik melepaskan mereka. Mereka dapat melepaskan diri dengan bantuan salah seorang dari penculik tersebut. Mereka melalui pintu belakang. Ketika itu,mereka mendengar perbualan salah seorang penculik...

"Puan jangan risau, mereka masih ada di tangan saya. "Kata penculik itu.

"Bagus! Lepas ni aku nak kau bunuh semua tu "Kata wanita itu.

"Baik Puan Alina."Jawab penculik itu.

Mereka yang mendengar terkejut apabila mengetahui dalang disebalik penculikan itu. Mereka terus berlari dari gudang itu dan tanpa disangka semasa di jalan besar, Kamal dilanggar.

Zahid dan Lia terkejut melihat ayah mereka dilanggar. Mereka menangis sekuat hati melihat ayahnya. Rupanya yang melanggarnya adalah Datuk Alina sendiri yang kebetulan hendak ke gudang.

"Lia dan Zahid yang nampak semuanya terus ke arah ayahnya. Datuk Alina terus pergi selepas melihat dari jauh.

Waktu itu muncul Bonda yang lalu di jalan itu. Dari situ mereka bertemu Bonda. Tanpa Bonda mungkin mereka sudah mati. Bonda membawa mereka ke Bornea.

Putar Kembali...

Zahid faham kebencian adiknya yang diseksa dari segi mental dan fizikal.Namun dia risau akan keadaan adiknya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience