Mereka sampai di hotel.Ikmal membawa Lia ke tempat makan. Pelayan memberi menu kepada mereka. Lia memerhati Ikmal di balik menu..
"Riana, awak nak makan apa? Tanya Ikmal.
"Bukan kita ada meeting ke? Tanya Lia balik.
"Makan dulu. Diorang datang dalam satu jam lagi.
"Macam tu saya nak Chicken chop dan fresh orange. Kata Lia.
"Bagi saya sama macam dia. Kata Ikmal pada pelayan yang bernama Azira
Lia yang canggung dengan situasi mereka hanya mendiamkan diri.
"Awak dah ada ilham untuk rekaan awak? Tanya Ikmal.
"Err.. dah tengku. Kata Lia.
"Saya sebenarnya tak kisah kalau projek ni gagal tapi saya kesiankan syarikat Datuk. Kata Ikmal pada Lia.
"Kenapa pula? tanya Lia
"Yela kalau syarikat Datuk dalam masalah ,awak pon terjejas juga. Kata Ikmal.
"Haah la saya lupa.
Aku memang nak kasi musnah syarikat perempuan itu. Dalam hati Lia berbicara.
Sampai sahaja makanan mereka terus makan tanpa berbicara satu sama lain
"Sikit lagi ada client dari Jepun. Awak duduk diam je kalau tak tau nak cakap apa biar saya je cakap. Ikmal memulakan perbualan.
"Baik tengku. Lia menjawab.
JEPUN!! Bukan susah pun cakap. Aku dah hafal 20 bahasa. Setakat Jepun petik jari la. Lia berbicara dalam hati.
"Mulut awak memang ada besi ke susah sangat nak cakap. Ikmal bercakap dalam nada marah.
" Tak tengku. Saya tak tau nak cakap apa dengan Ikmal. Lia berkata.
Tiba -tiba Lia ternampak Dina dari jauh yang sedang memerhatinya.
"Tengku saya nak ke toilet jap. Kata Lia.
Ikmal membenarkan Lia pergi. Lia terus ke arah Dina.
" Kau kenapa ada kat sini? tanya Lia.
"Puteri, ni memang kerja aku. Lagipun aku risau dengan keselamatan kau. Kata Dina.
" Aku lagi risau dengan kau. Kata Lia.
" Asal dengan aku? Tanya Dina.
" Yela tengok la. Pemakaian kau boleh buatkan kau kena syak tau.
Dina memakai baju jaket berwarna hitam bersama topi dan cermin mata hitam.
"Lantak aku la. Lagipun dah tugas aku. kata Dina lagi
"Aku pergi dulu. Kata Lia.
Share this novel