BAB 64

Romance Completed 7256

Bodyguard terpaksa menyuruh semua VIP untuk beransur pulang kerana terlalu bising di dalam Dewan. Mereka terpaksa menyuruh Pihak Media mengundur diri. Datuk Alina dan Indah hanya berdiri di sudut Dewan.

"Lia ok tak? "Tanya Zahid.

Lia menganggukkan kepalanya. Indah menghampiri mereka. Ian menghalang Indah mendekati ke arah mereka.

"Takpe Ian biar dia ke arah kami. "Kata Lia.

Ian menjauhi mereka.

"Apa semua ni? "Tanya Indah.

" Apa yang Cik Indah itu dengar fakta. Zahid abang saya."Kata Lia.

HAHAHAHAHA!!!!! Datuk Alina tertawa sekuat hati. Datuk Alina datang ke arah Lia.

"Kau fikir kalau kau tu Putri aku pandang kau dengan hormat. Jangan harap. "Kata Datuk Alina.

"Saya tak suruh pun Datuk Alina hormat saya."Kata Lia.

"Apa masalah kau ha sampai kau nak ambil alih syafikat aku? Kau bukan orang miskin sampai nak ambil alih syarikat aku. "Tanya Datuk Alina.

"Datuk tak kenal kami ke? "Tanya Zahid.

"Aku tak kenal. "Kata Datuk Alina.

"Kami anak Kamal yang Datuk nak bunuh dulu."Kata Lia.

Indah terkejut mendengar pengakuan Lia.

"Kau anak Kamal hahaha!!!!!"Gelak Datuk Alina.

Mereka bertiga memandang ke arah Datuk Alina yang gelak tak ingat dunia.

"Hei korang dengar ni kenapa korang semua tak mampus je. "Kata Datuk Alina sambil tangannya menunjuk ke arah Lia dan Zahid.

"Apa salah kami sampai ibu nak bunuh kami?"Tanya Zahid.

"Ibu? "Indah pelik.

"Datuk Alina adalah ibu kandung kami. "Kata Lia.

Datuk Alina hanya mampu memandang sinis ke arah mereka.

"Dia bukan ibu awak Lia!!! "Jerit satu suara.

ketika itu Ikmal masuk..

"Apa maksud awak Ikmal? "Tanya Lia.

Ikmal menyuruh bodyguard Zahid membuka pintu dewan. Ketika itu muncul Kamal dan seorang wanita yang hampir sama dengan usia Bonda.

"Ayahanda buat apa kat sini? "Tanya Zahid.

Ketika itu semua tunduk ke arah Kamal selaku raja mereka.

"Ayahanda nak selesai kan perkara lama. "Kata Kamal.

Datuk Alina ketakutan saat melihat wajah yang dikenalinya.

"A... Abang masih hidup? "Tanya Datuk Alina.

"Kenapa kecewa sebab tak dapat bunuh aku."Balas Kamal.

"Apa semua ni Ikmal? "Tanya Zahid.

"Datuk Alina ini bukan ibu korang tapi kembar ibu korang iaitu Azira. "Kata Ikmal.

Datuk Alina ketika itu wajahnya menjadi pucat.

Imbas Kembali.....

"Adik panggil kakak buat apa? "Tanya Alina.

"Kakak kenapa kakak keluar dari rumah Mak Tengku? "Tanya Azira.

"Abang Kamal nak hidup aman tanpa pergaduhan harta Ira. "Balas Alina.

"Adik nak akak tinggalkan Abang Kamal. "Kata Azira.

Alina yang tengah menikmati air tersedak mendengar kata adiknya.

"Apa adik mengarut? "Tanya Azira.

"Kahwin dengan Tengku Hariz. "Kata Azira.

"Adik ni tak habis -habis dengan harta. Ingat akak akan ikut ke? "Tanya Alina dengan nada tinggi.

"Kalau akak tak nak ikut adik bunuh anak akak. "Kata Azira.

"Apa salah abang Kamal? "Tanya Alina.

"Ira benci abang Kamal sebab dia pilih akak!!! "Jerit Ira.

"Perkara lama jangan diungkit Ira. "Kata Alina.

Alina ingin meninggalkan rumah Azira namun tidak sempat untuk keluar Azira memukulnya menggunakan Kayu.

"Ira apa yang kau buat ni? "Tanya Alina sebelum pengsan.

Azira yang terkejut mendekati kakaknya. Azira mendekati tangannya ke hidung Alina. Dia merasakan nafas kakaknya yang lemah.

Puas hati aku hahahahaha!!!! Aku suruh ikut kau tak nak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience